Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

29 December 2014

Cafe Comel

Terima Kasih Encik suami sebab bawak Cik RR jalan-jalan masa Krismas hari tu. Al- maklumlah sejak dah berbadan dua ni kan ada je nak mengidamnya.

Bukan senang tau nak 'curi' masa dengan tersayang ni memandangkan suami sudah tiada cuti dan akhirnya masa Public Holiday hari tu suami ajak. ♡ℒฺℴฺνℯฺ♡

Masa melangkah masuk tu Cik RR tak sangka betul Cafe dia memang comel sangat. Lepas tu tak lupa jugak kat sini banyak yang menarik tau makanan dia. Ada aiskrim, cupcake, kek dan macam-macam lagila. Paling penting semuanya sedap!

Maaf kalau gambar tak berapa clear memandangkan tangkap gambar guna Phone je. Hewhew~ Jom kita Enjoy!









Comel kan?  (◕‿◕✿)

28 October 2014

Resepi Sambal Belacan Mempelam


Bahan-Bahan :

Sebiji Cili Merah (Cili Masak)*
6-7 Biji Cili Kampung (ikut kepedasan anak tekak)*
2 Biji Bawang Merah (Dihiris)*
Belacan 1 inci (Dibakar atau Digoreng)*
Bahan Perasa (Garam, Gula, Ajinamoto)
Sebiji Limau Kasturi (Ambil jusnya sahaja)
Mempelam (Dipotong kecil)


Cara Membuatnya :

1. Masukkan semua bahan bertanda (*) dan tumbuk lumat semua bahan-bahan itu tadi.

2. Kemudian setelah lumat masukkan air limau yang telah diambil jusnya tadi. (Cik RR potong sedikit kulit limau untuk dapatkn aroma limau dalam Sambal Belacan)

3. Setelah itu perasakan sambal belacan tadi dengan bahan perasa seperti garam, gula, ajinamoto dan sebagainya.

4. Akhir sekali masukkan Mempelam bagi pelengkap belacan ini. dan siap untuk dihidangkan bersama-sama dengan Nasi Panas.


Cik RR makan sekali dengan Sup Kaki Ayam. Suami Cik RR paling suka style makan begini. Ada Sup + Belacan suami Cik RR mesti makan bertambah-tambah.


21 October 2014

Apakah Unsur Anda

Mari lihat anda unsur apa. Cik RR unsur Air.
Macam betul je kan? Hehe.



Jika ada mungkin kebetulan, kerana apa yang penting kita sebagai Hamba-Nya bersyukur dan menikmati segalanya dengan ucapan #Alhamdulillah

13 July 2013

Pilihan Kos Perkahwinan


'Sex bloggers' back with offensive Ramadhan post



Remember the infamous sex bloggers Alvin Tan and Vivian Lee? Well, they’re back, but this time they have clothes on.

The duo – Alvin Tan Jye Yee and Vivian Lee – who caused a scandal here and across the Causeway with their explicit sex blog in October last year, now appear to be out to nudge the sensitivities of Muslims during the holy month of Ramadhan.

In a photo posted on their Facebook fanpage, the pair is seen enjoying a meal of ‘bak kut teh’, a dish popularly known to consist of pork. The words “Selamat berbuka puasa (dengan bak kut teh…wangi, enak menyelerakan!)’ (Happy breaking fast (with bak kut teh….aromatic, tasty and appetizing) appear at the top.

The photo also displayed the Halal logo. 

These words captioned the photo: Izinkan kami memperkenalkan cara kami memupuk semangat 1Malaysia dengan bertukar-tukar makanan antara kaum-kaum Malaysia pada musim perayaan yang mulia ini. Hak untuk menikmati juadah enak tempatan seharusnya merentasi batasan bangsa dan juga agama. Kepada saudara-saudari yang beragama Islam, selamat berbuka puasa dan Salam Aidilfitri!  - Sahabatmu, Alvin dan Vivian.

[Allow us to introduce our way of inculcating the the spirit of 1Malaysia and that is by exchanging food between the races in Malaysia during this holy celebration. The right to enjoy local delicacies should cross the boundaries of race and also religion. To Muslims, happy breaking fast and Salam Aidilfitri - Your friends, Alvin and Vivian).

Needless to say the post drew the wrath of not just Muslims, but Facebook users of various races and faiths who joined the bandwagon and slammed the couple for using the Halal logo on their photo and insulting Muslims.

02 July 2013

Harga Tiket Running Man Di Malaysia Bermula Daripada RM169

Akhirnya yang dinanti-nanti sudah tiba. Harga tiket untuk sesi bertemu peminat oleh Running Man sudah pun diketahui. Bermula daripada RM169 sehingga RM689, tiket-tiket ini dijangka akan habis dijual seperti pisang goreng panas.

Perlu diingatkan hanya 4 orang ahli Running Man iaitu Haha, Seok Jin, Gary dan Jong Kook yang akan hadir pada 7 September ini. Pembeli tiket turut sama akan mendapat hadiah ekslusif seperti di bawah:-
Pakej Premium 
Hi5 & Sesi Autograf
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad
Pakej VIP RM469.00
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad
Cabutan Bertuah – 20 Peminat berpluang menghadiri Sidang Media
Pakej RM369.00
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad
Pakej RM269.00
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad
Pakej RM169
Poster RM edisi terhad 



Sesi bertemu peminat ini akan diadakan di Kenanga Wholesale City bermula jam 7 malam. Untuk maklumat lanjut dan cara pembelian tiket, sila layari www.bigpocketgroup.com atau Facebook BigPocketGroup.

Kredit : Beautifulnara

06 January 2013

Kat Malaysia JER!!

03 August 2012

28 January 2012

Selebriti

Artis yang RR suka, tapi dah kahwin la.

23 January 2012

Nak Balik Bekerja Dah! Babai

Pertama sekali, saya nak ucap Selamat Tahun Baru Cina pada semua kawan-kawan cina saya. Selamat Menyambut tahun baru dan murah rezeki. Gomenne Chen and Lee for my late wishes :]
Semalam Cik RR pergi Jusco, cemburu betul dengan pokok bunga sakura yang diorang hiaskan untuk tema Tahun Baru Cina. Rasa macam nak bawak balik rumah, nak letak dalam bilik je. Apa-apa pun hiasan ni memang
Terbaek!


Apa-apa pun Cik RR esok dah kena balik semula, jadi hati ni berat nya nak pergi. Rasa macam tak puas cuti lagi. So, siapa kenal Cik RR tahu-lah yang Cik RR ni memang sumpah tak minat melukis dan tak suka melukis. Tapi Cik RR tetap melukis juga. Err, ini first time lukis kereta dan hasilnya.
Taaadaa..... (macam lukisan budak tadika)

Lukisan ni dihasilkan sebab esok dah balik rumah no 2 balik semula di KL. Sebab cuti untuk CNY Cik RR cuma dapat 3 hari sahaja. Erm, jeles tengok adik-adik yang bersekolah. Dapat cuti seminggu. Hmm, tak apa-lah nak buat macam mana kan. *Rindu zaman sekolah


Hari tu cukup-lah sebulan dapat bercuti (kena marah sebab tak habiskan cuti tahunan). So, Cik RR nak balik bertugas semula. Jadi jangan nakal-nakal semua. Sayang u'olls! Lurbe you ♥

21 January 2012

Salah Faham : Teksi

Kejadian ni berlaku berapa hari lepas. Masa Cik RR nak balik rumah. Cik RR tahan teksi. Ceritanya macam ni


Paling yang tak dapat Cik RR terima akal, dia terus pergi. Seolah-olah Cik RR ni cuma nak bertegur sapa dengan dia sahaja. Apakah? Betul-betul tak dapat terima akal.

15 January 2012

Cerita Pasal Artis

Kah kah kah.
Ayat ni paling Cik RR tak tahan. "Cuma ikut tema".
Amboi RCW boleh tak kalau Cik RR cakap macam ni, tema tuhan tak ikut pulak?
Tak apa-lah. Cik RR berdoa semoga RCW bakal dapat hidayah.

‘Cuma ikut tema’

Oleh FIRDAUS SAHAT
firdaussahat@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: “Saya mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan cara pemakaian saya. Saya hanya mengikut tema pada majlis berkenaan dan tidak berniat ‘mengganggu’ sesiapa,” kata aktres jelita, Rozita Che Wan mengulas tindakannya memakai skirt pendek paras lutut ketika menghadiri majlis hari jadi seorang pelakon di restoran The Ship, Bukit Bintang, baru-baru ini.

Pemakaian skirt yang dikatakan seksi hingga menampakkan paha pelakon ini turut diperdebatkan di beberapa ruangan hiburan media cetak dan laman blog hiburan.

Malah, beberapa keping gambar yang dipaparkan di laman blog itu turut mencetuskan reaksi kurang senang peminatnya.

Sebelum ini, beberapa keping gambarnya berpakaian seksi yang turut menampakkan paha pernah tersebar di Internet. Antaranya, ketika menyaksikan Konsert Akhir Akademi Fantasia Kelapan (AF8).

Menurut Rozita, bukan dia seorang berpakaian ‘seksi’ pada malam itu. Katanya, dia hanya mengikut tema K-Pop diberikan penganjur majlis, malah semua tetamu dan beberapa pelakon lain, sama ada lelaki dan wanita, turut hadir dengan tema sama.

“Saya hanya mengikut trend dan tema diberikan. Janggal pula jika saya hadir di majlis itu dengan berpakaian berbaju kurung. Lagipun, ia majlis hari jadi, bukan kenduri kahwin.

“Yang peliknya, kenapa mesti saya yang menjadi sasaran pada hal ramai lagi yang berpakaian sama?” katanya.

“Memang sukar mahu puaskan hati semua orang. Lagipun, ia hak masing-masing. Saya juga tidak kisah dengan komen dan penerimaan mereka yang tidak puas hati dengan saya,” katanya.

Rozita berkata, dia “tidak pernah bermusuh dengan sesiapa tetapi kenapa ada yang mahu bermusuh dan tidak boleh melihatnya senang.

“Saya terima dengan hati terbuka jika mereka mahu memberi nasihat. Namun bila menggelar saya tidak sedar diri, tidak takut tuhan, perasan remaja, ia bukan lagi nasihat.

“Tidak ada yang sempurna di muka bumi ini. Lebih baik jaga hal sendiri dan cermin diri dulu sebelum mahu menghukum orang lain. Cukup-cukuplah mengaibkan orang lain. Lagipun, pakaian saya itu bukan untuk disebarkan di Internet,” katanya.

Ibu kepada dua anak, Ammar Effendy, 14, dan Aniq Ezzra, 12, ini turut berharap perkara itu tidak diperbesarkan atau disensasikan.

Sumber : Metro

10 January 2012

Cerita Cinta Cik RR [Video]

Hari ni mood cinta-lah u'olls.


Dear diary,
RR rasa hari ni RR rasa RR -lah orang paling bahagia. Sebab si dia rupa-rupanya sukakan RR juga.
Rasa macam jantung ni rasa nak tercampak bila dia balas rasa cinta ni. Setiap hari ada sahaja kejutan dia berikan pada RR. Kadang-kadang masa RR nak pergi tandas dia terkejutkan RR dengan topeng gorilla. Memang comel! Tak pernah ada orang layan RR bagaikan puteri, dia lah yang pertama dan dialah segala-galanya. Best sangat! RR rasa dah demam cinta. Oh, dia betul-betul dah buat RR rasa macam dunia ni memang bukan RR punya. Oh! hebat sungguh perasaan ini. Dia memang 'jahat'! Heermmmm

27 December 2011

(Sebarkan) Hulurkan Bantuan Untuk Anak Che Amran (Raihan) Yang Menghidapi Tumor Otak


Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan, bolehlah disalurkan terus ke akaun MAYBANK 164397966095 atas nama CHE AMRAN BIN IDRIS. Segala sumbangan dan bantuan yang diberi amat dihargai dan hanya Allah yang dapat membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran

Semoga Allah memberikan kesihatan dan kesejahteraan buat dirinya serta seluruh ahli keluarganya. Tengoklah keadaan anaknya dalam video ini. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul

22 December 2011

Iklan Aiskrim [4 Video]

Iklan Aiskrim di Jepun :



Iklan Aiskrim di Korea :



Iklan Aiskrim di India



But well, this is Malaysia punyer


Powered by Blogger.