Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

24 January 2012

Internet Explorer

Dipandang enteng~ Huhuhu.
Kenapa? Kena tanya Pakcik Google, tapi secara jujur Cik RR masih lagi guna IE dan browser lain (of course - tak payah nak sentap sangat la).
Seriously kalau korang nak bandingkan kelajuan browser memang IE ketinggalan jauh, tapi ada 1 sebab je kenapa Cik RR masih bertahan dengan IE. Hee~ Tapi itu rahsia. Kalau y'all nak tahu kena-lah cari sendiri.
Klu nya ia hanya ada pada IE, browser lain semua tak mampu challenge.


Apa-apa pun gambar di atas hanyalah sketsa malam ini tentang isu semasa. Kbai

27 November 2010

Bertudung Tapi Hanya Hipokrit?

From Seutas Renungan, Tasbih Perjuangan by Mohd Yusof Hadhari Bin Saidon

Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.

Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).

Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat. Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh.

Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya.

Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka. Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yang bukan muhrim, pengotor dan pelbagai karenah lagi. Walaupun saya tidak memakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya.

Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang.

Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amiin...
- Diera -

Teruskan membaca untuk mengetahui jawapan dari Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

26 November 2010

Isu Bertudung

Tudung dan fesyen masa kini seolah-olah tidak boleh dipisahkan. Namun ada pihak tertentu sengaja menggunakan agama sebagai platform mengaut KEUNTUNGAN. Sebahagian orang menjadikan tudung itu sebagai fesyen dan bukannya sebagai tanggungjawab suruhan allah. Kerana itu kita dapat lihat sekarang ramai yang memakai tudung tetapi tidak menepati dengan syariat Islam. Bahkan umat islam juga sendiri kelihatan tidak sensitif dengan tudung yang dipakai dengan membuat pemilihan pakaian yang sesuai iaitu menutup aurat!

Teruskan membaca

Nenek Obama Berdoa di Mekah Supaya Cucunya Memeluk Islam

RIYADH - Nenek Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyatakan dia berdoa supaya cucunya itu menganut agama Islam.
Menurut nenek Obama itu, Sarah Omar, doa itu dipohon semasa dia mengerjakan haji di Mekah.
"Saya berdoa agar Obama memeluk agama Islam," kata Sarah Omar yang berusia 88 tahun dalam satu temu ramah bersama akhbar Al-Watan Saudi di Jeddah yang disiarkan kelmarin

18 October 2010

Tudung Wanita Moden


Inilah fesyen bertudung zaman sekarang yang anda banggakan/orang sekeliling anda banggakan. Moga selepas anda membacanya,bakal mengukuhkan jiwa anda supaya bertudung seperti Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w perkatakan dan BUKANNYA semata-mata berfokuskan kepada fesyen dan ingin menunjukkan bentuk tubuh anda kepada KHALAYAK RAMAI. Kepada sesiapa yang masih ingkar perintah ALLAH S.W.T dan tidak mengenakan pakaian yang menutup aurat dan bentuk tubuh anda 100%, mulakanlah langkah pertama anda KERANA sesungguhnya manusia pada hari ini lebih teruk berbanding apa yang berlaku pada zaman Jahiliyah dahulu.

(Contoh ringkas: Wanita di zaman Jahiliyah dulu,perempuan sudah tiada maruah dan menayangkan bentuk badan kepada semua LELAKI SEMATA-MATA INGIN MENARIK PERHATIAN. Benarkah, zaman Jahiliyah kembali mengungkap sejarah pada zaman KITA KETIKA INI??? Zaman Jahiliyah dulu anak perempuan akan ditanam hidup-hidup,TETAPI KINI tak kisah anak perempuan atau anak lelaki dibuang hidup-hidup)

Isu yang saya hendak fokuskan bukannya kepada wanita yang tidak menutup auratnya(tidak memakai tudung) kerana isu tersebut kita sudah pun tahu apakah hukuman di akhirat kelak kepada manusia yang tidak menutup aurat apatah lagi sengaja mendedahkan aurat TETAPI isu yang saya hendak kaitkan disini ialah ISU PEMAKAIAN Tudung Wanita Moden.

Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.
Hadis nabi :"Barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – Riwayat Abu Daud.
RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA.

Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan. Gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah. Jauhilah dari memakai sebegini. Agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian.
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).
Jom kita perhatikan beberapa kesalahan pemakai tudung hari ini.

04 October 2010

Bagaimana Memberhentikan Dengkuran Secara Cepat dan Semulajadi


Dengkuran adalah bunyi bising yang dihasilkan semasa anda tidur di bahagian hidung dan tekak, terutamanya di langit-langit yang akan bergetar semasa anda bernafas dan menghembus nafas.

Biasanya ianya berlaku pada waktu malam kerana otot-otot yang membantu anda dalam menjaga saluran udara terbuka dan berehat, gagal berfungsi. Hal ini menyebabkan penyempitan di bawah saluran udara , yang menyebabkan getaran lebih dan akhirnya akan menyebabkan lebih banyak dengkuran.

Beberapa Faktor Yang Menyebabkan Dengkuran Bertambah Buruk :
- Mengambil alkohol sebelum tidur
- Mengambil pil pada waktu malam
- Overweight
- Alergi, Resdung, Selsema, dan apa sahaja yang menyebabkan hidung anda tersumbat dan menyebabkan anda bernafas melalui mulut.
- Perokok. Biasanya perokok akan berdengkur dua kali ganda lebih teruk dari bukan perokok

Teruskan membaca tentang info berguna tentang dengkuran

23 September 2010

Berenang Di Dalam Lautan Penuh Minyak

Pernah membayangkan keadaan y'all berenang di dalam lautan yang penuh dengan minyak? Cik RR akan melengkapkan bayangan y'all

Nak tengok lagi? Teruskan la membaca. Macam tak biasa pulekkk.. Hihihi

22 September 2010

Anak Angkat

Haiwan pun dah reti ambil anak angkat. Kalau kartun ni tak dapat nak perli y'all yang menggatal di luar sana, buat anak lepas tu buang anak tu! rasanya baik y'all bagi jek monyet-monyet kat hutan sana. Monyet-monyet di sana pun mampu jaga anak yang y'all buang tu. Kalo tak tahu malu gak sah y'all ni memang spesies makhluk sengal kot.

19 August 2010

Masalah Sosial Di Malaysia

SANDAKAN [ 3 Julai 2010 ] Mayat seorang bayi perempuan ditemui di tapak pelupusan sampah di Batu 8 Jalan Fook Kim . Sandakan Sabah .


JOHOR BHARU [ 12 Julai 2010 ] Mayat bayi lelaki yang disimpan di dalam sebuah beg plastik di kawasan semak ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu . Johor Bharu .

JOHOR BHARU [ 22 Julai 2010 ] seorang bayi perempuan ditinggalkan dalam sebuah beg berhampiran hentian bas dekat Hospital Sultan Ismail sebelum ditemui seorang pekerja kilang wanita yang sedang menunggu bas di tepi jalan pesiaran Mutiara Emas yang mengesyaki sesuatu apabila melihat sebuah beg bergerak - gerak .

KUALA LUMPUR [ 24 Julai 2010] Mayat bayi perempuan baru lahir yang dibungkus dalam beg plastik ditemui bersama longgokan sampah di Flat Sri KelantanBandar Baru Sentul. Mayat yang masih bertali pusat dan diselimuti dengan kain batik itu ditemui dalam tong sampah oleh pengutip barangan lusuh ketika menggeledah tong sampah di flat itu .

NIBONG TEBAL [ 31 Julai 2010 ] Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditinggalkan berbalut dengan plastik dan kertas surat khabar di kaki lima sebuah bangunan kedai di taman Cegar Simpang Ampat .

KUALA LUMPUR [ 6 August 2010 ] seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditinggalkan dalam sebuah lubang paip dalam longkang berhampiran sebuah stesen minyak di Klang Gate.

GEORGE TOWN [ 9 August 2010 ] Janin bayi lelaki dipercayai digugurkan ditemui seorang lelaki pemungut tin kosong dalam tong sampah di Pasar Borong Pulau Mutiara Jalan Makloom.

TAMPIN [ 10August 2010 ] Tidak sampai 4 jam selepas dilahirkan , seorang bayi perempuan terpaksa menahan sejuk lapar sambil menangis akibat ditinggalkan dihadapan sebuah rumah di Air Kuning Selatan dekat Gemencheh .

TANAH MERAH [ 12 August 2010 ] Bayi perempuan masih bertali pusat dipercayai dibuang sejak seminggu lalu ditemui seorang murid di dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej di bandar Bukit Bunga .

MELAKA [ 12 August 2010 ] Bayi baru dilahirkan dan masih hidup ditemui dalam tong sampah berdekatan pondok kawalan sebuah kilang plastik di Ayer keroh . Bayi perempuan yang masih bertali pusat itu dimasukkan dalam sebuah beg pakaian berwarna hitam sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

KELANTAN , MELAKA DAN KUALA LUMPUR [13 August 2010 ] 3 kes lagi pembuangan bayi telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam di kelantan , Melaka dan Kuala Lumpur .

PETALING JAYA [ 15 August 2010 ]- Meskipun kerajaan telah mengumumkan akan bertindak tegas terhadap pesalah kes buang bayi, ia masih gagal memberi kesedaran malah perbuatan itu berlaku lagi. Kali ini, mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebuah beg sandang yang tersangkut di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara di sini hari ini.
Powered by Blogger.