Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

18 January 2015

Pernah Tak Jadi Macam Ni?

Pernah tak jadi macam ni dekat korang?
Korang dah karang baik punya ayat untuk tersayang....

tapi tiba-tiba terhantar mesej dekat orang lain. Damn!
Bila nak cancel kan dah tak sempat. Lagi damn

Huhu dulu Cik RR selalu jadi macam ni. Le me af  --__--


17 September 2014

Bilik Tidur Cik RR


Macam mana bilik tidur Cik RR okay tak? Okay la kan.. Lagi pun rumah baru, tak pandai lagi nak hias. #IdeaSuami

14 November 2013

Darah Keluar Hidung?

Dear diary,

Pagi ni fefeeling tengah mengadap laptop, baru perasan ada cecair keluar dari hidung. Apakah? Masa tu terus lap dengan tangan sahaja. Sebab expect yang keluar dari hidung tu is........

DARAH..... (Okay aku tahu aku banyak berimaginasi)

Biasa la tu mesti aku ingat darah ke kan sebab sekarang musim panas + musim hujan (ala-ala drama korea keluar darah dekat hidung. Nampak cool giler) padahal yang keluar adalah hingus. Boleh tak macam tu? Ah! Tak nak cakap lagi. Pengotor!


03 September 2013

Di Antara Makanan Sedap dan Berat Badan.

oh seriously lepas semalam tengok movie Charlie and The Chocolate Factory (2005) terus macam gilekan cekelat dan berharap dapat jumpa waterfall cekelat segitu. oh berangan la kau RR.


lepas tu sampai office, kawan belanje makan cupcake cekelat. die order dekat jiran sebelah rumah die. omaigod mase nampak tu, rase nak makan semue je. tapi still control ayu lagi. tapi bile sorang amik sorang satu cupcake rase macam nak menjerit je. huhu. sebab RR punye terase sangat-lah sedap. jadi mesti la diorang punye cupcake sedap jugak kan.

ade yang tak tahan tu. makan tak sampai suku dan buang dalam tong sampah sebab diet katenye. grrr. kalau ye tak payah makan bagi kat RR terus pun tak ape. huh.

oh cupcake oh cekelat oh berat badan.
kenape la wanita dipakse membuat pilihan antara makanan sedap dan berat badan?
T-T

21 January 2012

Salah Faham : Teksi

Kejadian ni berlaku berapa hari lepas. Masa Cik RR nak balik rumah. Cik RR tahan teksi. Ceritanya macam ni


Paling yang tak dapat Cik RR terima akal, dia terus pergi. Seolah-olah Cik RR ni cuma nak bertegur sapa dengan dia sahaja. Apakah? Betul-betul tak dapat terima akal.

10 January 2012

Cerita Cinta Cik RR [Video]

Hari ni mood cinta-lah u'olls.


Dear diary,
RR rasa hari ni RR rasa RR -lah orang paling bahagia. Sebab si dia rupa-rupanya sukakan RR juga.
Rasa macam jantung ni rasa nak tercampak bila dia balas rasa cinta ni. Setiap hari ada sahaja kejutan dia berikan pada RR. Kadang-kadang masa RR nak pergi tandas dia terkejutkan RR dengan topeng gorilla. Memang comel! Tak pernah ada orang layan RR bagaikan puteri, dia lah yang pertama dan dialah segala-galanya. Best sangat! RR rasa dah demam cinta. Oh, dia betul-betul dah buat RR rasa macam dunia ni memang bukan RR punya. Oh! hebat sungguh perasaan ini. Dia memang 'jahat'! Heermmmm

22 December 2011

Dinner



Just had my Japanese dinner. Wow never thought it so tasty. Thanks mom !

31 October 2010

Saya Dipaksa!!


Setiap kali Cik RR jumpa artikel atau apa sahaja yang aneh, Cik RR terpaksa memikirkan 50-60 kali sama ada mahu post atau tidak. Tapi kali ni lain. Artikel selepas ini akan dikeluarkan sebaik sahaja translation e-mail dari seorang kawan Cik RR siap. s#it!
Al-kisahnya :
Perempuanmulutlaser : RR nanti bukak e-mail. I ada hantar artikel baik punya kat you. Tengok tau.
Cik RR membuka email. Setelah membaca dan mengamati hanya fuuuuuu keluar dari mulut.
Perempuanmulutlaser : macam mana? Okay tak?
Cik RR : tak kan you nak I keluarkan cerita macam ni? NO WAY!
Perempuanmulutlaser : habis tu you tak mahu keluarkan la?!
Cik RR : yup! tidak akan.
Cik RR : eh. eh. apa ni. I buat la. I gurau je pun tak boleh. (berpeluh) > telah dipaksa menggunakan pisau.

sekarang ni hanya perlu blog tentang 'itu'. Jadi kalau y'all nak tahu apakah benda nya apa yang Cik RR perlu buat. Tunggu la.. Saya dipaksa (T.T)~~

04 October 2010

Who Is Me (Game)

Real Name - Cik Riang-Riang
Nickname(s) - Cik RR, that is all.
Age - 21
Current Location - Rawang
Eye Color - Dark Brown
Hair Color - Black
Height - 163 cm
Zodiac Sign - Gemini
Do you have a crush on someone - Seems like something I might do.
Have any pets - Yeah. I had a cat called comel. But his names doesn't represent his self at all!
Have a job - Yes. Working with my brother cause nobody will hire me. (sad)
Have any special talents or skills - I can make people laugh in 3 seconds (sigh)
Have any fears - Snake, Lizards, Frogs. There’s probably loads more I can’t think of.
Parents Still Together - Yup.
Piercings - ears
Tattoos - No
Siblings - 10 siblings. 4 girl, 6 boys. Boys win. LOL
Favourite colour - Black, Purple.
Favorite Animal - Cat.
Favorite Bands/Artists - In-Team (I'm a Nasyid Lover)
Why Blog? - It's FREE! I love all FREE stuff. *wink*wink*

23 September 2010

Bla Bla Bla Blah...

Hari ni Cik RR kepenatan sebab pergi ke sana ke mari dengan high heel. Grr. Selalu pakai selipar jepun jek. Lepas tu bila jalan gaya macam Diva bagai, ketak ketuk kat office. Paling tak tahan ayat sorang pakcik kat Cik RR. "Satu Rumah Satu Degree" (Baca : gaya PM). Hahaha.
Cik RR bila teringat rasa nak gelak jek. Pergi dengan bestie Cik RR ke area Segambut. Macam-macam jadi. Apa-apa pun hari ni nya pengalaman agak best kot. and to Kak Ima thanks belanja Cik RR nasi ayam. Hihihi. Sodap! > lupa pasal diet

04 September 2010

What?!!!


Apa sudah jadi ni. Cik RR makin nak raya ni makin lemah nak update belog kesayangan ni. Maafkanlah Cik RR ya. Mood selalu kurang baik. Lagi-lagi bila Farmville Cik RR sangat menyakitkan hati. Tapi Cik RR tetap tak boleh remove my head over that game! (and that was a big problem).

Agak-agak kurang menyengat la belog ni rasanya tanpa Gengblogger. Siapa tahu apa yang terjadi dengan Gengblogger ya? site under mantainance dekat sebulan sudah. Mengapa ya? :)

Cik RR dapat banyak e-mail yang menarik dari kawan-kawan. Tapi tu la masalahnya, Cik RR bukan kerja suka copy paste je. Kena banyak edit dulu. Bagi la cerita tu nampak lain kan. Takla kita punya isi sama dengan beloger lain kan? Memang sampai ada kawan tegur. Cik RR buat cerita tu betul-betul macam cerita sendiri. Jangan marah noo. Harus diingati juga sesetengah beloger akan claim kat y'all yang dia dah buat cerita yang sama. Tapi mungkin dari segi gambar SAHAJA, tetapi kalau isi y'all lain dan 100% adalah ayat sendiri, y'all ada peluang cerah untuk membela diri y'all bahawa y'all bukan plagiat dan hanya kebetulan y'all buat cerita yang sama. Tapi bukan bermaksud meniru bukan?

Apa-apa pun Cik RR ucap terima kasih banyak pada sesiapa yang sudi juga tegur dan jenguk belog ini walaupun tanpa kehadiran Cik RR. Oh terharunya. Skodeng la tiap-tiap hari ya y'all. Mana la tahu tengah skodeng tu jumpa harta karun ke, pakwe hensem ke. Hohohoho.
Tolong la klik Nuff Cik RR takde duit raya nie. T.T

27 August 2010

Bila Cik RR Dah Menyampah..

Kenapa la ya bulan puasa ni Cik RR selalu pengsan(tidur) je kan? Rasanya kalau boleh mata ni letak dengan cungkil gigi tu pun boleh tembus. Paling tak boleh blah Cik RR tengah main Farmville boleh tertidur pulak. Mungkin ni ada gara-gara seminggu Cik RR tak dapat masuk dekat farm kot? Out of Sync je. Ada satu hari tu memang tak tahan sangat. Sampai nak hempas je keyboard ni. Lepas tu semalam baru dapat, cuma boleh guna dekat Chrome. Guna kat IE tak boleh jalan. Apekah?
Kemarahan memang agak tak boleh dikawal bila Chrome dan CPU, Cik RR ni tak mampu bersatu. Mungkin kapasiti beta ni agak berat dan hanya mampu di bawa baik oleh komputer yang berkuasa tinggi dan berjenama sahaja. Kalau macam tu, PC Cik RR ni memang mampu tolak lombong jela.

Hue, tidak mampu membebel dengan lebih banyak lagi. Hati dah sakit. Sekarang dah pukul 2. Terpaksa juga tidur. Sebab esok nak bangun sahur. Kerja kat Farmville belum siap. Farmville asyik out of sync dekat Chrome. Kat IE saving je. Alamatnya, tak akan siap la sampai bila-bila.
dan Minta Maaf bebanyak pada PIXILstar. Tiada masa untukmu. Huhuhu.

Bila imaginasi Cik RR sudah tidak dapat dibendung lagi. Gara-gara Zynga buat kerja macam haiwan si bunga matahari tu.

18 August 2010

(Baca : Personal)

We use to do it. oh, so well once upon a time.

12 August 2010

Mission Possible

-Mencari Identiti Diri-
Alhamdulillah, hari ni ayah Cik RR bawak balik CPU dari berubat,
bayangkan, selepas dekat seminggu Cik RR berhempas pulas update blog tanpa PC. Rasanya terlalu sukar bagi Cik RR yang dah biasa bekerja dan duduk di depan PC berbanding menggunakan laptop dan bukan itu sahaja semua fail yang Cik RR simpan di dalam PC sememangnya Cik RR tak buat file back up. Jadi ini menyulitkan keadaan bila ruang kerja Cik RR (tanpa PC) sangat panas, dan sempit malah jauh dari pandangan orang ramai. Bila puasa ni emosi cepat naik. Jadi bila panas mula la nak cari salah itu salah ini. Hohoho.
Apa pun entry Cik RR kali ni nak beritahu dekat y'all yang Cik RR minggu ini akan kurang update berikutan masa yang kurang mengizinkan. Tapi insyaallah Cik RR akan cuba untuk curi masa untuk update blog kesayangan Cik RR ni.
Ya allah permudahkan urusan aku esok
Terima kasih sekali lagi pada semua kawan Cik RR yang sudi datang ke blog Cik RR ni. Insyaallah bila urusan Cik RR sudah siap, Cik RR akan roger y'all okay. Selamat Berpuasa dan jangan nakal-nakal. Assalamualaikum ツ

Salam Sayang,
Cik Riang Riang ◕‿◕

09 August 2010

Cik RR Buat Luahan Hati Bhg 2

(Baca : Tersentak)
See. Aritu Cik RR buat luahan hati sebab CPU masuk ICU. Sekarang ni yang tak boleh blah Cik RR dah hilangkan sijil penting Cik RR pula. Ya allah, bertimpa-timpa masalah ya Cik RR ni. Masalahnya Cik RR baru perasan sekarang, sebab sijil tu tak silap Cik RR ambil masa 3-4 bulan yang lepas. Baru sedar sekarang. Huh, nampak sangat Cik RR kurang prihatin dengan sijil-sijil Cik RR kan.
Macam mana ya nanti? Kalau Cik RR hilangkan sijil tu Cik RR kena mohon dimana balik ya?
776878687876.jpg
Originally uploaded by -Si Riang-Riang-
FYI, sijil MUET cik RR yang hilang. Anyone? Tolong la Cik RR demi kucing yang comel ni.

08 August 2010

Cik RR Buat Luahan Hati

(Baca : Sedih)
Semalam, eh bukan semalam tapi hari Jumaat lepas CPU Cik RR terpadam dengan tiba-tiba masa Cik RR nak menulis kat blog ni. Tekejut sakan la Cik RR ni y'all. Sebab dia padam tak bagi salam dulu. Tekesima la dua minit cam gitu bukan apa semua fail-fail penting Cik RR ada dalam tu. Nak tulis apa kan. Bayangkanla semua bahan-bahan untuk blog Cik RR simpan dalam tu. Sedapkan hati sendiri Cik RR cuba la try ON balik, tapi tak boleh juga. Akhirnya Cik RR buat keputusan dengan bukak satu-satu badan CPU nak tengok kot-kot ada cicak mati tersepit dalam tu ke kan.
Tapi bila bukak tak jumpa pun benda yang memusykilkan cuma debu jela. Cerita sebenarnya Cik RR ni tak pandai betulkan pun. Jadi memang tak boleh buat apa-apa la. Ingat nak kacau-kacau wayar kat dalam tu. Tapi takut tersalah buat pula. Tak pasal-pasal berganda-ganda duit Cik RR terbang. Dekat 1 jam Cik RR teliti tapi tak dapat juga jawapannya. Last-last pasang balik semua 'baju' CPU tu, Cik RR cuba tengok Power plug pulak. Tapi itu pun okay je, takde la bau hangus ke apa kan. Jadi terpaksa la suruh ayah Cik RR bawa kat kawan dia(hari ni baru ayah Cik RR hantar). Cik RR rasa tak riang la. Sebab sebelum tu keyboard Cik RR buat hal. Dua minggu sebelum tu, mouse yang buat hal. Dua bulan sebelum tu monitor nya buat hal jugak!
Lepas dah Cik RR membebel ni kan ada la hamba allah tu tanya, "Habes Cik RR online guna apa ni? Kata PC rosak" Cik RR jawab balik, "guna gigi". Terus hamba allah tu diam. Dah Cik RR kata rosak, maksudnya betul-betul rosak la kan. Internet Cik RR okey je, yang rosak tu CPU apa kena mengena kan. Sekarang dengan phone pun Cik RR boleh post bahan. Cuma susah sikit la kan.

63437264326423.jpg
Originally uploaded by -Si Riang-Riang-
Powered by Blogger.