Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

02 May 2015

Maggi Masak Hitam.

Maggi Masak Hitam. 

Fuuhhh. Menyengat. Lagi-lagi makan masa hujan macam ni.



27 February 2015

04 January 2015

29 December 2014

Cafe Comel

Terima Kasih Encik suami sebab bawak Cik RR jalan-jalan masa Krismas hari tu. Al- maklumlah sejak dah berbadan dua ni kan ada je nak mengidamnya.

Bukan senang tau nak 'curi' masa dengan tersayang ni memandangkan suami sudah tiada cuti dan akhirnya masa Public Holiday hari tu suami ajak. ♡ℒฺℴฺνℯฺ♡

Masa melangkah masuk tu Cik RR tak sangka betul Cafe dia memang comel sangat. Lepas tu tak lupa jugak kat sini banyak yang menarik tau makanan dia. Ada aiskrim, cupcake, kek dan macam-macam lagila. Paling penting semuanya sedap!

Maaf kalau gambar tak berapa clear memandangkan tangkap gambar guna Phone je. Hewhew~ Jom kita Enjoy!









Comel kan?  (◕‿◕✿)

10 November 2014

Iklan VS Realiti

Seriously? 


Klik disini untuk paparan yang lebih besar

01 November 2014

Macaron.

Yummy.

Hari ni Cik RR dating dengan Encik Hubby. Masa jalan-jalan jumpa pulak favorite Cik RR ni tau. Apa lagi macam biasalah manja-manja baru dapat. Hee. Jom layan gambar Macaron Cik RR beli tengahari tadi.

Serius. Bukan setakat comel. Sedap lagi!














31 August 2014

6 Jenis Makanan Yang Boleh Membuat Perut Kita Kempis

Enam jenis makanan ini ia dibuktikan berkesan dan mampu menjadikan anda bukan sahaja memiliki tubuh badan idaman anda tapi juga menyihatkan.

20 August 2014

Resepi Aiskrim Yang Sihat Lagi Menyegarkan [Step-By-Step]

Hai Apa Khabar semua.
Diharapkan semua pembaca Riang-Riang sihat sahaja ye...

Okaylah, tanpa buang masa Cik RR nak perkenalkan anda dengan Resepi Aiskrim hari ni yang memang kedebabommm. Dah la sekarang kan musim tak berapa nak sejuk kan. Jadi resepi kali ni Insyallah mampu menyejukkan anda dan bahkan bukan itu sahaja ianya juga sihat. Hee, jom layan resepinya di bawah!


02 July 2014

Strawberry Lemonade Cupcake


Budaya


"Orang Memberi Kita Merasa, Orang Berbudi Kita Berbahasa" Ehhhhhhhhh

22 January 2014

Seni membuat Roti Canai

Jenuh Cik RR nak menunggu mamak ni buatkan roti canai. Dia punya terbang tu dah macam nak pergi ke luar kedai pun iya.

Apa-apa pun syabas sebab mampu menerbangkan roti canai tu Encik Macha. Lapar -.-"


25 October 2013

Resepi Roti Sosej Goreng Rangup Berkeju [SEDAP]

Bahan-Bahan : (Untuk 3 orang makan) 

3 Batang Sosej Ayam 
3 Keping Roti * Leperkan dahulu dengan roller pin supaya roti tidak menyerap terlampau banyak minyak 
3 Keping Keju
1 Biji Telur * Dipecahkan dan kacau 
Bread Crumbs 
dan minyak secukupnya untuk menggoreng 

Cara Memasak :
Hiris permukaan sosej agar sosej lebih cepat masak

Goreng sosej di dalam minyak yang banyak untuk deep fried

Letak Keju dan Sosej di atas Roti

09 September 2013

Gambar Step-By-Step: Cara Membuat Makanan Tradisional Korea, Kimchi


Kimchi merupakan makanan tradisional Korea. Kimchi boleh dibuat daripada  napa cabbage (kobis cina), timun, lobak dan daun bawang. Kebiasaannya kimchi dibuat guna napa cabbage.

Bahan sos
* 1 cawan serbuk lada merah (serbuk lada paprika)
* Air secukupnya bagi menggaul ke semua bahan
* 2 sudu besar sos ikan
* 2 sudu besar gula
* 1 sudu besar bawang putih tumbuk
* 1 sudu kecil halia tumbuk
* 4 batang daun bawang












Cara membuat kimchi

  • Pilih kobis panjang yang bersaiz gemuk pendek kerana rasanya lebih sedap dan sesuai di buat kimci.
  • Potong bahagian atas kobis berbentuk + dan koyakkan sahaja menjadi 4 bahagian
  • Celup kobis sekali di dalam air supaya tidak rosak
  • Tabur garam kasar pada setiap lapisan kobis panjang. Simpan dalam bekas dan bubuh sedikit sahaja air tetapi jangan di rendam. Biar 6 jam kerana garam akan mengeluarkan air daripada dalam kobis.
  • Bilas kobis dengan dicelup-celup di dalam air sebanyak 3 kali. Toskan airnya sehingga kering
  • Sementara itu buat sos dengan mencampurkan kesemua bahan ini ke dalam besen
  • Lumur sos pada setiap helaian kobis sehingga rata. Lakukan dengan lembut supaya kobis tidak koyak atau patah.
  • Kemaskan semula daun kobis yang dilumur tadi dan ikat dengan helaian daun yang atas sekali. Genggam sekejap bagi memastikan tiada udara tersimpan di antara celah-celah daun.
  • Selepas itu, simpan dalam bekas.
  • Ia boleh di makan terus sebagai salad kimci segar atau anda boleh menjeruk kimci dengan membiarkan dalam suhu bilik selama 1 hari dan kemudian simpan dalam peti sejuk. Bila hendak di makan, keluarkan kimci dalam kuantiti yang diperlukan dan simpan selebihnya. Ia boleh tahan sehingga berbulan-bulan.

Powered by Blogger.