Showing posts with label Selebriti. Show all posts
Showing posts with label Selebriti. Show all posts

11 July 2013

28 January 2012

Selebriti

Artis yang RR suka, tapi dah kahwin la.

19 January 2012

Bila Jersey Shore's Snooki Tidak Menggunakan Makeup


Cuba tengok muka Cik RR kalau tak pakai make-up. Ok tak? Hahahaha.


15 January 2012

Cerita Pasal Artis

Kah kah kah.
Ayat ni paling Cik RR tak tahan. "Cuma ikut tema".
Amboi RCW boleh tak kalau Cik RR cakap macam ni, tema tuhan tak ikut pulak?
Tak apa-lah. Cik RR berdoa semoga RCW bakal dapat hidayah.

‘Cuma ikut tema’

Oleh FIRDAUS SAHAT
firdaussahat@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: “Saya mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan cara pemakaian saya. Saya hanya mengikut tema pada majlis berkenaan dan tidak berniat ‘mengganggu’ sesiapa,” kata aktres jelita, Rozita Che Wan mengulas tindakannya memakai skirt pendek paras lutut ketika menghadiri majlis hari jadi seorang pelakon di restoran The Ship, Bukit Bintang, baru-baru ini.

Pemakaian skirt yang dikatakan seksi hingga menampakkan paha pelakon ini turut diperdebatkan di beberapa ruangan hiburan media cetak dan laman blog hiburan.

Malah, beberapa keping gambar yang dipaparkan di laman blog itu turut mencetuskan reaksi kurang senang peminatnya.

Sebelum ini, beberapa keping gambarnya berpakaian seksi yang turut menampakkan paha pernah tersebar di Internet. Antaranya, ketika menyaksikan Konsert Akhir Akademi Fantasia Kelapan (AF8).

Menurut Rozita, bukan dia seorang berpakaian ‘seksi’ pada malam itu. Katanya, dia hanya mengikut tema K-Pop diberikan penganjur majlis, malah semua tetamu dan beberapa pelakon lain, sama ada lelaki dan wanita, turut hadir dengan tema sama.

“Saya hanya mengikut trend dan tema diberikan. Janggal pula jika saya hadir di majlis itu dengan berpakaian berbaju kurung. Lagipun, ia majlis hari jadi, bukan kenduri kahwin.

“Yang peliknya, kenapa mesti saya yang menjadi sasaran pada hal ramai lagi yang berpakaian sama?” katanya.

“Memang sukar mahu puaskan hati semua orang. Lagipun, ia hak masing-masing. Saya juga tidak kisah dengan komen dan penerimaan mereka yang tidak puas hati dengan saya,” katanya.

Rozita berkata, dia “tidak pernah bermusuh dengan sesiapa tetapi kenapa ada yang mahu bermusuh dan tidak boleh melihatnya senang.

“Saya terima dengan hati terbuka jika mereka mahu memberi nasihat. Namun bila menggelar saya tidak sedar diri, tidak takut tuhan, perasan remaja, ia bukan lagi nasihat.

“Tidak ada yang sempurna di muka bumi ini. Lebih baik jaga hal sendiri dan cermin diri dulu sebelum mahu menghukum orang lain. Cukup-cukuplah mengaibkan orang lain. Lagipun, pakaian saya itu bukan untuk disebarkan di Internet,” katanya.

Ibu kepada dua anak, Ammar Effendy, 14, dan Aniq Ezzra, 12, ini turut berharap perkara itu tidak diperbesarkan atau disensasikan.

Sumber : Metro

08 January 2012

Justin Bieber Bersama Kekasih & 'Anak-Anak'

Well, hello there 
Hahaha. Budak ni memang tahu macam mana nak bagi gambar ni menarik DEBOMM!
Err, apa pasal anak-anak JB ni macam lain-lain. Lain mak ke? Lain bapak ni? Hehehe. Tehee :D

09 July 2011

Cik RR Bebas Botulinum Toxin

Cik RR tahu ada di antara kita selalu kata selebriti ni kalau tak botox kalau tak suntik memang tidak sah. Yang baru baru ni semua orang dok kata Megan Fox ni muka plastik. Banyak sangat dok cucuk sana sini. Ishh tak percaya mak. Wajah Megan Fox bebas tanpa Botox la ! Jom tengok gambar Megan Fox yang shantek ini



Tapi rasa macam kat molot la dia botox. Hahahaha. Opss.
After the jump ada gambar lebih eksklusif daripada si kembar Megan Fox. LOLOLOLOLOL

24 December 2010

Justin Bieber Nak Buat Parti Krismas Kat Rumah Cik RR???

kehenseman bieber akibat meningkat remaja membuatkan Cik RR teringin menjadi muda kembali. ahaks. 

KESIBUKAN bintang remaja sensasi Justin Bieber mempromosikan album di serata dunia membuatkan penyanyi berusia 16 tahun itu sudah tidak sabar untuk kembali ke Kanada meraikan Hari Natal bersama ahli keluarganya.

Katanya, "Apa yang paling saya nanti-nantikan pada Hari Natal kali ini adalah untuk meraikan perayaan itu bersama ahli keluarga saya."

Bieber secara berseloroh turut berharap kelakuannya yang baik sepanjang tahun ini membolehkan dia untuk menerima hadiah Hari Natal dengan banyak.

"Adakah saya berkelakuan baik atau nakal sepanjang tahun ini? Saya senang untuk menganggap saya berkelakuan baik."

Sumber : mStar Online

Sebelum Cik RR tutup cerita ni. Cik RR nak tunjuk kat y'all barang berharga Cik RR masa Cik RR jumpa Bieber tempoh hari. Uhhh~ tengok je. Jangan sentuh my dear okay! Nanti Cik RR gigit tangan y'all.

Kenapa Demi dan Miley Bergaduh?

Paling penat bukan nak cari isu ni. Tapi isu nak mengeja eksklusif. Ingat nak guna je terus exclusive tapi bila ingat balik nampak macam berlagak bagus la pulak kan. Aha. Terus bukak photoshop, edit dan Cik RR terus transfer perkataan EXCLUSIVE ke melayu jadi esklusif. (anda nampak kesalahan Cik RR? Nampak? Okay jangan cakap. Cik RR dah malu. Kah Kah Kah. Rupanya Cik RR alphabet 'K' diperlukan sebelum perkataan 'S'. Tiba-tiba rasa lain macam, terus tanya pada kakak macam mana mengeja perkataan ni, lepas tu check kamus sekali. Baru Cik RR tahu Cik RR salah (sebenarnya tak nak mengaku salah). Dah lama tak masuk sekolah, otak pun dah berkarat. Asik telan maggi je pun kan. Kesian Cik RR. Ingat nak masuk darjah 1 balik la. Agak-agak kalau Cik RR apply masuk darjah 1 masuk Buletin Utama kat TV3 tak? Kah Kah Kah. Teringin gak di interview by Ally Iskandar. Kot-kot die kenen dengan budak tak reti mengeja ni. Kah kah kah

Okay, siapa nak tahu kenapa mereka berdua ni tak boleh duduk bersama. Asal sama je, ada je tak kena. Asal tak kena je mesti sebab mereka berdua ni tak boleh duduk bersama. Teruskan membaca untuk penjelasannya

23 December 2010

Selebriti Pilihan Bulan Ini

Zhao Wei adalah seorang pelakon dan penyanyi yang berbakat dan beliau ialah anak kelahiran negara China. Beliau telah dilahirkan pada 12 Mac 1976. Dan dikenali dengan nama Vicki Zhao, selepas namanya gah setelah membintangi beberapa drama hebat. Semasa beliau belajar di Beijing Film Academy, Zhao menyertai dalam pelbagai projek filem. Zhao akhirnya memulakan perjalanan hidup seninya sebagai seorang pelakon utama di dalam Princess Pearl, iaitu sebuah siri televisyen Taiwan yang sangat terkenal.

Kepopularan drama siri itu akhirnya telah mengembangkan lagi bakat Zhao di dalam bidang nyanyian. Berikutan itu, pada tahun 1999 selepas Puteri Pearl disiarkan, Zhao juga memulakan kerjaya bernyanyi melalui album pertama beliau, Swallow.


Bukan itu sahaja Zhao meletup menjadi seorang bintang antarabangsa apabila mendapat peranan sebagai heroin di dalam filem Shaolin Soccer (2001), bersama Stephen Chow, So Close (2002) dan epik kepahlawanan dari Heaven and Earth(2004). Dalam epik sejarah John Woo's Red Cliff (2009), beliau memainkan watak sebagai seorang puteri pahlawan Sun Shangxiang. Beliau mendapat ulasan positif dari Associated Press: "But the biggest surprise in the cast is Chinese actress Zhao Wei, who steals the show with her portrayal of Sun's spunky tomboy sister Sun Shangxiang".

Zhao Wei menjadi selebriti Hong Kong pilihan untuk menyiasi majalah "Marie Claire" bagi penutup untuk tahun 2011 ini.

Lagi gambar Zhao Wei selepas ini.

12 December 2010

Noh Mencarut?


NAIK muak juga bila nak menulis perihal mulut celupar tetapi bila ramai sangat yang mengomel, panas hati jugalah bila mendengarnya apatah lagi ia membabitkan artis yang sama.

Vokalis kumpulan Hujan terkenal dengan cerita kontroversi. Tak dapat secara bersemuka, secara bertulis pun dia gasak. Kali ini menerusi laman sosial Twitter.

Dia tahu ramai yang mengikuti perkembangannya

11 December 2010

Beatbox Jepun

ALONG [Video]

Ni lagu lama di mana gandingan arwah Din Beramboi dengan Afdlin Shauki untuk lagu ALONG yang dihasilkan sangat kelakar! :)

07 December 2010

Cristina Aguilera Yang Menggiurkan

Majalah Fesyen terkenal di United Kingdom iaitu Majalah InStyle bulan ini telah menetapkan Christina Aguilera sebagai covergirl, dan beliau tampak menawan di dalam photoshoot nya. Di dalam majalah ini Christana Aguilera telah ditemuramah tentang movie terbaru beliau iaitu "Burlesque", gaya , dan sexuality beliau. (alah kan baru-baru ni ada cerita yang dia ni sebenarnya lesbian). Nak full interview kena beli majalah Instyle ni la ye? :D

02 December 2010

Justin Bieber Dah Gemuk???!!

Apa agaknya perasaan peminat-peminat Bieber ni kalau artis kesayangan mereka ni dah jadi gemuk? Sentap? Masih banyakkah peminat yang meminatinya? Apa-apa pun y'all jangan sentap dulu ye. Sebenarnya gambar yang Cik RR tunjuk ni bukanlah gambar sebenar beliau. Cuma ia adalah hasil photoshop. Bieber yang ada sekarang masih lagi kacak, bergaya, kurus, dan err apa-apa sahajalah.

Lihat gambar selebriti lain selepas ini yang menjadi gemuk akibat PHOTOSHOP. (terima kasih photoshop sebab buat Cik RR rasa lega)

26 November 2010

Nenek Obama Berdoa di Mekah Supaya Cucunya Memeluk Islam

RIYADH - Nenek Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyatakan dia berdoa supaya cucunya itu menganut agama Islam.
Menurut nenek Obama itu, Sarah Omar, doa itu dipohon semasa dia mengerjakan haji di Mekah.
"Saya berdoa agar Obama memeluk agama Islam," kata Sarah Omar yang berusia 88 tahun dalam satu temu ramah bersama akhbar Al-Watan Saudi di Jeddah yang disiarkan kelmarin

Cristiano Ronaldo dan Awek-Awek [18 SX]

Pemain bola sepak yang terkenal ini sememangnya sangat dikenali ramai bukan sahaja kerana skil permainan nya malah skil memikat juga yang boleh tahan. Cik RR dapat tahu yang si Cristiano Ronaldo ini sudah pun mempunyai 28 teman wanita yang telah dikenalpasti. Inilah orang kata kelebihan menjadi atlet yang berbakat dah la popular siap ramai pulak pompuan-pompuan yang sangkut.

06 November 2010

Selebriti Hari Ini!

Katheryn Elizabeth Hudson (born October 25, 1984), better known by the stage name Katy Perry, is an American singer-songwriter, musician and actress. Born in Santa Barbara, California, and raised by Christian pastor parents; Perry grew up listening to only gospel music and sang in her local church as a child. After earning a GED during her freshman year of high school, she began to pursue a music career. She released a self-titled gospel album in 2001 as Katy Hudson which was deemed unsuccessful due to the closing of its record label that year. She later recorded an album with production team The Matrix and completed the majority of a solo album from 2004–2005, neither of which was released.

Gambar Panas Brad Pitt!

Eh siapa kat sini yang tak kenal Brad Pitt ni? Dia ni memang hangat okay. Alah isteri dia Angelina Jolie tu. Bekas suami Jennifer Lopez eh silap Jennifer Aniston.


Erm beliau ni la. Lihat lagi gambar di bawah untuk melihat gambar-gambar hangat beliau. Sekian terima kasih.

05 November 2010

Siapa kata Lisa Surihani tak Comel!!

Lisa Surihani menari poco-poco. Memang cute la dia menari. Cik RR loike! :)

Tapi orang menari poco-poco ni cute kalau orang tu kurus weh. Kalao tak jadi macam makcik kat depan Lisa. Rasanya Cik RR macam tu kot. Ekekeke.

31 October 2010

Rahsia Bieber

Cik RR pernah buat post tentang Justin Bieber sebelum ni di dalam Selebriti Hari ini. Jadi ini adalah sambungannya di mana JB berkongsi 25 perkara yang we all semua tak tahu tentang beliau.
Kredit : pixilstar
Powered by Blogger.