25 October 2013

Resepi Roti Sosej Goreng Rangup Berkeju [SEDAP]

Bahan-Bahan : (Untuk 3 orang makan) 

3 Batang Sosej Ayam 
3 Keping Roti * Leperkan dahulu dengan roller pin supaya roti tidak menyerap terlampau banyak minyak 
3 Keping Keju
1 Biji Telur * Dipecahkan dan kacau 
Bread Crumbs 
dan minyak secukupnya untuk menggoreng 

Cara Memasak :
Hiris permukaan sosej agar sosej lebih cepat masak

Goreng sosej di dalam minyak yang banyak untuk deep fried

Letak Keju dan Sosej di atas Roti



Gulungkan Sosej dan Keju seperti di atas

Selepas itu golekkan roti tadi di dalam telur yang telah dipukul tadi

Akhir sekali, golekkan roti sosej tadi di atas bread crumbs

Goreng Roti Sosej tadi di dalam minyak sehingga ia betul-betul tenggelam

Bila dah siap hidangkan dengan Sos. Sedap dimakan untuk makanan petang!

0 Beriang Ria:

Powered by Blogger.