Showing posts with label Makanan Sedap. Show all posts
Showing posts with label Makanan Sedap. Show all posts

30 September 2015

Resepi Nasi Goreng Udang Geragau


Assalamualaikum pembaca RR. Alhamdulillah, akhirnya ada juga masa saya berblogging setelah berkurun lamanya tak buka blog (nasib masih ingat password blog, hihihi)

Saya sekeluarga selamat sampai ke rumah Maghrib semalam biasalah balik ke kampung nak sambut Hari Raya Aidil Adha di rumah Mak Mertua jadi sibuk sedikit. Jadi macam biasa-lah lepas balik dari jalan jauh hari ni kerja mendobi dan mengemas pun jadi berganda-ganda la kan. Mana nak basuh kain kotornya, mana nak sidainya, basuh itu basuh ini, kemas sana, kemas sini dan rasanya masak untuk hari ni pun ala kadar jer la ye Encik Asben? (sambil jeling manje pada suami) Hehe.

Lagi pun dengan cuaca jerebu ni satu family jadi kurang sihat dan Encik Asben pula kena kerja pagi ni. Jadi ingat nak memudahkan kerja saya masak guna Pes Sambal yang saya buat sebelum balik kampung itu hari. Alhamdulillah senang kerja saya. Nak masak Nasi Goreng dengan Pes Sambal ni, bukak laci peti ais ada pulak lebih udang geragau masa buat cucur haritu memang elok sangat la. Suami dengan anak-anak pun suka dengan Nasi Goreng ni. Tak payah susah-susah campak-campak je masaknya, senang dan jimat masa.

Okay-lah tak nak cakap banyak jom kita layan resepi Nasi Goreng Geragau ala-kadar saya ini. Hee Selamat Mencuba.


Bahan-Bahan Nasi Goreng Udang Geragau :

✿ 1 biji bawang besar (dipotong dadu)*
✿ 1/2 biji lobak merah (dipotong dadu)*
✿ Udang Geragau (segenggam)
✿ 2 biji bawang putih (diketuk dan dicincang)*
✿ Capsicum/ Lada Benggala Hijau (dipotong dadu)*
✿ Pes Sambal (saya buat sendiri)
✿ Nasi Putih (lebih elok yang semalam punya)


Cara-Cara Memasak :

✿ Panaskan kuali dan masukkan minyak sedikit untuk menumis. Apabila minyak sudah panas masukkan semua bahan yang bertanda (*). Tumis semua bahan itu tadi sehingga naik bau. 


✿ 1 Apabila bawang sudah mula nampak layu masukkan pes sambal (Resepi di bawah) lebih kurang 1 1/2 sudu (bergantung pada jumlah nasi). Kemudian gaul rata pes itu tadi bersama dengan nasi

Bahan-Bahan Pes Sambal :

✿ 1 1/2 biji bawang besar (lebih banyak lebih sedap dan manis)*
✿ 3 biji bawang putih*
✿ 15 tangkai cili hijau (dipotong-potong dan dibuang biji cili)*
✿ 5 tangkai cili burung (dipotong-potong dan dibuang biji cili)*
✿ Udang kering (agak-agak untuk sedapkan sambal,tak letak pun tak pe)*
✿ Ikan bilis (diambil sedikit, agak-agak untuk sedapkan sambal)*
✿ 1 biji bawang besar (dihiris halus)
✿ Garam dan gula secukup rasa
✿ 1 kiub ikan bilis 
✿ 2 Keping asam keping - (bergantung pada jenis asam)

Note : Semua bahan bertanda (*) dikisar 

✿ Tumis bawang besar yang dihiris-hiris tadi dan kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan tumis dengan minyak secukupnya. 
✿ Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa, 3 - 5 keping asam keping.
✿ Selepas itu masukkan kiub ikan bilis dan kacau rata dengan api perlahan hingga sambal pecah minyak dan garing, 
✿ RR selalu masak lebih kurang 1 jam. Memasak sambal ni perlu pandai agak2 minyak tu masa memasak supaya sambal tak mudah kering dan hangit semasa proses memasak.  
✿ Setelah sambal pecah minyak,sejukkan dan boleh masukan kedalam bekas bersih bertutup rapat dan boleh disimpan dalam freeze dan boleh bertahan hingga 2 minggu lebih. 
✿ Semasa hendak mencedok sambal, gunakan sudu bersih yang kering. 



✿ Setelah itu masukkan udang geragau ke dalam nasi dan kacau sebati bersama-sama bahan tadi. Selalunya RR tak masukkan dah garam ke dalam nasi sebab dalam pes sambal tu dah cukup rasa. Tapi kalau korang rase macam tak cukup masin boleh je tambah perasa bagi mabeloss and meletopsss.

✿ Kacau Nasi Goreng sebentar dan boleh tutup api.



✿ Nasi Goreng Udang Geragau siap untuk dihidangkan dan boleh la makan nasi goreng ini panas-panas.

02 May 2015

Maggi Masak Hitam.

Maggi Masak Hitam. 

Fuuhhh. Menyengat. Lagi-lagi makan masa hujan macam ni.



04 January 2015

29 December 2014

Cafe Comel

Terima Kasih Encik suami sebab bawak Cik RR jalan-jalan masa Krismas hari tu. Al- maklumlah sejak dah berbadan dua ni kan ada je nak mengidamnya.

Bukan senang tau nak 'curi' masa dengan tersayang ni memandangkan suami sudah tiada cuti dan akhirnya masa Public Holiday hari tu suami ajak. ♡ℒฺℴฺνℯฺ♡

Masa melangkah masuk tu Cik RR tak sangka betul Cafe dia memang comel sangat. Lepas tu tak lupa jugak kat sini banyak yang menarik tau makanan dia. Ada aiskrim, cupcake, kek dan macam-macam lagila. Paling penting semuanya sedap!

Maaf kalau gambar tak berapa clear memandangkan tangkap gambar guna Phone je. Hewhew~ Jom kita Enjoy!









Comel kan?  (◕‿◕✿)

01 November 2014

Macaron.

Yummy.

Hari ni Cik RR dating dengan Encik Hubby. Masa jalan-jalan jumpa pulak favorite Cik RR ni tau. Apa lagi macam biasalah manja-manja baru dapat. Hee. Jom layan gambar Macaron Cik RR beli tengahari tadi.

Serius. Bukan setakat comel. Sedap lagi!














28 October 2014

Resepi Sambal Belacan Mempelam


Bahan-Bahan :

Sebiji Cili Merah (Cili Masak)*
6-7 Biji Cili Kampung (ikut kepedasan anak tekak)*
2 Biji Bawang Merah (Dihiris)*
Belacan 1 inci (Dibakar atau Digoreng)*
Bahan Perasa (Garam, Gula, Ajinamoto)
Sebiji Limau Kasturi (Ambil jusnya sahaja)
Mempelam (Dipotong kecil)


Cara Membuatnya :

1. Masukkan semua bahan bertanda (*) dan tumbuk lumat semua bahan-bahan itu tadi.

2. Kemudian setelah lumat masukkan air limau yang telah diambil jusnya tadi. (Cik RR potong sedikit kulit limau untuk dapatkn aroma limau dalam Sambal Belacan)

3. Setelah itu perasakan sambal belacan tadi dengan bahan perasa seperti garam, gula, ajinamoto dan sebagainya.

4. Akhir sekali masukkan Mempelam bagi pelengkap belacan ini. dan siap untuk dihidangkan bersama-sama dengan Nasi Panas.


Cik RR makan sekali dengan Sup Kaki Ayam. Suami Cik RR paling suka style makan begini. Ada Sup + Belacan suami Cik RR mesti makan bertambah-tambah.


21 October 2014

Resepi Pad Thai Paling Simple Tapi Gerenti Sedap!


Bahan-Bahan :

- Kueyteow Kering (dicelur)
- 2 Biji Bawang Putih (dicincang halus)
- 2 Biji Telur (dipukul sedikit)
- Kacang Pis (untuk dimasukkan ke dalam telur, jika tiada pun tidak mengapa)
- Daun Kucai (potong panjang)
- Sos Pad Thai *
- Red Chili Pepper Flakes (saya tidak masukkan)
- Kacang Tanah (ditumbuk kasar) **
- Limau Nipis **

* Jika anda ingin membuat sendiri sos Pad Thai anda boleh menggunakan Asam Jawa, Gula Melaka dan Sos Ikan. Kemudian campurkan kesemua bahan-bahan tadi dan seimbangkan rasa sos.
** Hiasan

Cara Memasak :


Panaskan minyak, kemudian masukkan sedikit kacang peas dan telur yang telah dipukul tadi ke dalam pan, dan pecah-pecahkan telur itu. Kemudian setelah telur masak, ketepikan.



Setelah itu masukkan sedikit minyak lagi untuk menumis bawang putih dan setelah naik bau masukkan Kueyteow dan letakkan sedikit air untuk mengelakkan ia terlalu kering.

Campurkan daun kucai dan masukkan sos Pad Thai (bergantung pada berapa banyak Kueyteow anda)



Gaulkan semua bahan-bahan tadi kemudian masukkan telur yang telah digoreng sebentar tadi dan gaulkan kesemuanya.



Setelah siap, hidangkan bersama dengan kacang tanah dan limau nipis.


17 September 2014

Kek Coklat

Kek coklat, lepas tu kau salut coklat lagi tambah dengan coklat at the top dengan coklat M&M. Perghhh! Mantop mak cakap hokeyss


31 August 2014

Nasi Goreng

Makan Nasi Goreng Sosej saje-lah pagi ni.


02 July 2014

Aiskrim!!

Alhamdulillah , Aiskrim Buffet for berbuka. Anda semua berbuka dengan apa?


Strawberry Lemonade Cupcake


Powered by Blogger.