Showing posts with label Kelakar. Show all posts
Showing posts with label Kelakar. Show all posts

14 May 2015

She Did Her Eyebrows




18 March 2015

Roti Ingatey!!

untuk melihat bagaimana Roti di dalam kartun Doraemon ni di dalam dunia sebenar teruskan membaca

07 February 2015

18 January 2015

Pernah Tak Jadi Macam Ni?

Pernah tak jadi macam ni dekat korang?
Korang dah karang baik punya ayat untuk tersayang....

tapi tiba-tiba terhantar mesej dekat orang lain. Damn!
Bila nak cancel kan dah tak sempat. Lagi damn

Huhu dulu Cik RR selalu jadi macam ni. Le me af  --__--


04 January 2015

Google Chrome Feels


Al-Kisah Pompuan Yang Pemalas

Tahap kemalasan ini perempuan telah mencapai tahap super serius. =_=


06 November 2014

Khas Buat Peminat Naruto


Naruto (1999-2014)

22 October 2014

Bagaimana Perangkap Kucing Anda Like A Pro

Nak tahu bagaimana cara yang betul untuk perangkap seekor kucing?
Pastinya tanpa menyakiti kucing anda. Cik RR bagitahu caranya!





Macam Mana Cara Saya Jogging

11 September 2014

Bila Spongebob Tak Nak Jadi Orang Dewasa









Siapa macam Spongebob? Angkat tangan. Jujur ye..... Hehehe
Semua rindukan zaman masa kecil kan.. Dimanjakan adalah perkara terbaik semasa kanak-kanak.

09 September 2014

Baru dia tersedar, rupa-rupanya dia adalah.............

Najmi (bukan nama sebenar sebab nama sebenar dia Mohd. Najmi) telah berkenalan dengan seorang perempuan di dalam sebuah laman sosial yang cukup sosial di Malaysia. Nama perempuan itu ialah Farra. Setelah 3 hari pengenalan mereka Najmi sudah mula jatuh hati pada Farra. Walaupun singkat perkenalannya Najmi merasakan mereka ada chemistry untuk pergi dalam perhubungan yang lebih jauh.

Tetapi dia takut cintanya ditolak kerana sebelum ini dia pernah melamar lebih 10 gadis di laman sosial namun semua jual mahal. Tetapi disebabkan Najmi merasakan dia tidak mahu lagi digelar Forever Alone dengan rakan-rakan sebayanya Najmi tekad ingin melamar Farra menjadi "Gorillafriend". Rupa-rupanya Najmi tidak bertepuk sebelah tangan. Wanita itu juga memendam perasaan jantung dan hati yang sama kepada Najmi. Seronok bukan kepalang lagi Najmi bila medapat tahu dia bakal menjadi seorang "Boyafriend" tidak lama lagi.

Seminggu sudah berlalu, tetapi Najmi dan Farra masih belum berjumpa lagi dan Farra belum sempat buat video berapa lama dia couple dengan Najmi pun. Najmi menjadi gelisah kerana dia sudah menukar relationship di laman sosial kepada In Relationship. Sudah ramai rakan-rakannya like status itu. Malah ada juga yang bertanyakan siapakah gerangan wanita yang bertakhta di hatinya. Ada juga mulut-mulut longkang yang mengatakan "entah-entah couple dengan diri sendiri kot.." dan komen itu telah mendapat 234 like sejak ia di post kan.

Hati Najmi mula gelisah, panas membara, takut juga kalau Farra tidak wujud kerana banyak sebelum ini dia terbaca mengenai orang yang menggunakan akaun palsu. Bukan itu sahaja yang membimbangkan Najmi, sejak perkenalan mereka dan sejak mereka dengan rasminya jadi couple mereka masih belum pernah bertemu. Hanya berhubung di laman sosial dan whysapp sahaja.

Besok adalah hari Ahad, Najmi mendapat idea mungkin sudah sampai masanya mereka bertemu dan dating buat pertama kalinya untuk Najmi. Najmi kemudian menghubungi Farra tetapi Farra tidak angkat. Berkali-kali dia mencuba menelefonnya namun tidak diangkat.  Tiba-tiba Najmi dapat Whysapp dari Farra. "sorry you I tengah membuang tadi kenape you call I?". Najmi tanpa membuang masa terus mengajak Farra untuk keluar dating bersamanya pada esok hari. "erm boleh, tapi I boleh keluar masa malam je. Mama dengan papa I tak berapa sporting la you kalau I keluar siang-siang dengan you"

Najmi agak pelik dengan pemintaan Farra. Sebab selalunya mak bapak bagi anak dara mereka keluar siang bukannya malam. Tapi tak apalah Najmi on sahaja. Kerana bagi Najmi dia ingin sangat bertemu Farra walau apapun terjadi.

Malam yang ditunggu-tunggu sudah tiba, kelihatan Najmi sudah siap menunggu awal 1 jam daripada masa yang mereka janjikan. Malah tempat yang Farra ajak untuk bertemu sangat gelap. Hanya mengharapkan sedikit cahaya sahaja daripada lampu keretanyan. Walau ada sedikit ketakutan dalam dirinya dikuatkan jua semangat janji dia dapat bertemu "Gorillafriend" nya itu.

Tiba-tiba dia mendengar bunyi tapak kaki. Kelihatan dari samar-samar cahaya terlihat sebuah susuk badan yang lemah gemalai sedang berjalan menghampirinya. Bergetar rasa hati Najmi bila melihat susuk tubuh yang kurus dengan memakai gaun putih dengan rambut blonde yang diikat tepi ikal mayang. "Perghhhhh" bisik hati Najmi, tidak sangka cantik juga awek aku ini. Tapi di dalam kesamaran malam wajah awek nya itu kurang nampak kelihatan. Tidak apa lah bisik hati Najmi janji badan dia cantik, jangan seperti tong dram sudah.

"So kita nak pergi mana you", Farra hanya mendiamkan diri sambil menyerahkan kad bisnes sebuah restoran kepadanya. Najmi faham. Farra ingin pergi ke restoran itu. Najmi membukakan pintu kereta untuk wanitanya itu. Baru gentleman bisik hati Najmi. Ketika di dalam perjalanan Farra hanya mendiamkan diri, sesekali dia tersenyum melihat Najmi. Najmi tahu pasti Farra malu dengannya sebab itu dia tidak bercakap sepatah pun. Walaupun begitu Najmi di dalam kereta asyik dengan bau aroma minyak wangi Farra bau yang sangat menggetarkan jiwa jantannya.

Sampai sahaja mereka di restoran itu semua sudah bersedia menyambut mereka. Seolah-olah mereka sudah lama mengenali Farra. Tidak disangka rupanya aweknya itu mempunyai taste yang tinggi. Najmi hanya budak gerai dan kedai mamak. Seumur hidupnya ini pertama kali dia datang ke sini.

Ketika menunggu makanan siap dihidangkan bermain-main di mindanya muka sebenar aweknya itu kerana dari tadi dia masih belum dapat melihat dengan jelas. Cuma tahu mukanya cerah. Lampu di restoran itu juga tidak membantu kerana lampunya agak samar-samar. Namun hati Najmi mengatakan supaya tidak gopoh dan memujuk hatinya nanti selfie puas-puas dengan aweknya itu selepas makan nanti.

Belum sahaja panas punggung Najmi duduk tiba-tiba di atas pentas nama Farra dipanggil. Tidak tersangka rupa-rupanya Farra seorang penyanyi di restoran yang mahal ini. Bangga Najmi, kembang kempis hidungnya bila merasakan dia seperti bercinta dengan artis gitu. Najmi menepuk-nepuk dengan kuat tanda sokongannya pada teman wanitanya itu, lighting terus menuju ke Farra dan pada masa itu Najmi yang yang sedang beria-ria menepuk-nepuk itu tangannya mulai longlai kerana dia tersedar rupa-rupanya Farra itu adalah................

Nama sebenar Farra adalah Farrahan

02 September 2014

You Know What I Means??

Salah satu rancangan kartun yang Cik RR minat. Kelakar dan mungkin ada double meaning dekat joke yang mereka sampaikan. Dan ia memang hanya sesuai untuk tontonan mereka yang 18 tahun ke atas.


08 August 2014

Dugaan Ketika Berpuasa


Tips Tidak Memberi Anak Anda Keluar Bermain

Tips 1

Suruh anak anda isi air dalam bakul sampai penuh.

Mak tak bagi keluar main sebab mak kata selagi air tak penuh dalam ni mak tak bagi keluar. Korang rasa bila ia penuh?




Tips Membuat Kawan Anda Gembira

Hai!

Hari ni kami cuti Minggu. Jadi macam biasa kami akan berehat dan bersantai sahaja sepanjang hari di rumah tanpa membuat apa-apa perkara yang berfaedah. Memandangkan saya sangat bosan dan rakan serumah saya ini tidak bangun daripada pagi sehingga membawa kepada pada hari seterusnya, maka saya cuba ingin membuat sesuatu yang pasti akan menggembirakan beliau sebaik sahaja beliau bangun dari tidur.

Pada mereka yang di luar sana juga boleh cuba pada rakan serumah anda. Good Luck!

Sayang,
Kawanmu Yang Hensem x


02 July 2014

Budaya


"Orang Memberi Kita Merasa, Orang Berbudi Kita Berbahasa" Ehhhhhhhhh

Kursus Menepati Masak


12 June 2014

Nailed It !



Just Tell The Truth

I've learned,

If you want to tell you secrets, find someone who no one believe on him,
Tell them every secret of yours, because in the end whatever he says to people about you

No one will ever believe on him
and it's worth it *devil laugh*

Truly,
Mrs. RR











15 November 2013

Sepatutnya Lahir 1993!!

Cik RR says : Kartun ni bukan hanya sekadar LAWAK namun ia mempunyai banyak maksud tersirat. Ia untuk membuat pembaca berfikir. 


Powered by Blogger.