Showing posts with label Penyakit. Show all posts
Showing posts with label Penyakit. Show all posts

19 May 2015

Ladies Be Alert!!!


Risau jugak Cik RR bila tengok artikel ni kan. Yelah, sejak due menjak ni pimples ni melata pulak tumbuhnya. Motif sangat kan....



Harap sangat lepas ni pimples I ni sekejap lagi hilang...

27 December 2011

(Sebarkan) Hulurkan Bantuan Untuk Anak Che Amran (Raihan) Yang Menghidapi Tumor Otak


Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan, bolehlah disalurkan terus ke akaun MAYBANK 164397966095 atas nama CHE AMRAN BIN IDRIS. Segala sumbangan dan bantuan yang diberi amat dihargai dan hanya Allah yang dapat membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran

Semoga Allah memberikan kesihatan dan kesejahteraan buat dirinya serta seluruh ahli keluarganya. Tengoklah keadaan anaknya dalam video ini. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul

30 March 2011

Kanak-Kanak Tiga Tahun Memiliki Berat 59.87kg!!

BEIJING, China - Seorang kanak-kanak, Lu Hao yang berusia tiga tahun memiliki berat sebanyak 59.87 kilogram (kg), lima kali lebih berat daripada kanak-kanak seusia dengannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Hao yang dilahirkan normal dengan berat badan hanya 2.6kg.

Bagaimanapun, dia membesar dari semasa ke semasa sehingga mencecah usia tiga bulan sehingga tubuhnya gemuk dan setinggi 107 sentimeter.

Selera makan kanak-kanak yang berasal dari wilayah Guangdong itu cukup tinggi apabila dia boleh menghabiskan tiga mangkuk nasi semasa waktu makan.

Menurut bapanya, Lu Yuncheng, tabiat pemakanan Hao lebih besar berbanding dia dan isterinya.

Keluarga Hao dilaporkan cuba untuk memantau amalan diet anaknya sejak dia berusia setahun.

Jelas ibu Hao, Chen Yuan, dia dan suami sebaliknya terpaksa akur dengan kehendak anaknya yang akan menangis tanpa henti jika tidak diberi makanan.

LU HAO didukung oleh bapanya di wilayah
 Guandong,China baru-baru ini.
Keluarganya juga memasang jaring bola keranjang di halaman rumah dan membawa Hao melakukan aktiviti renang di sebuah sungai berhampiran bagi menggalakkan Hao melakukan aktiviti sukan supaya badannya kurus.

Namun, latihan yang dilakukan oleh Hao hanya membuatkan dia menjadi lebih lapar selain berat badan kanak-kanak itu terus meningkat.


Yuncheng telah membawa Hao ke hospital sebanyak tiga kali.

Seorang doktor menyatakan anaknya itu mengalami tumor di kepala manakala dua doktor lain menyatakan dia tidak mempunyai tumor.

Doktor juga mendakwa hormon kanak-kanak itu normal. Cuma, mereka tidak tahu punca Hao menjadi gemuk.

"Harapan terbesar kami adalah untuk melihat Hao kurus suatu hari nanti," jelas ibunya. - Agensi
Powered by Blogger.