Showing posts with label Dunia. Show all posts
Showing posts with label Dunia. Show all posts

11 January 2012

MacBook Air Paling Kecil Di Dunia!


Wahai pembaca belog Cik RR ni, adakah anda salah seorang yang bermimpi untuk memiliki MacBook?Salah satu untuk wanita, anda bermimpi untuk mempunyai Macbook? Tapi tak ada cukup budget? No, no, no jangan risau sayang, sekarang, walaupun anda cuma mempunyai bajet yang kecila anda pasti bleh mendapatkan MacBook Air anda sendiri! dan kini ia hanya sebesar tapak tangan anda!

07 January 2012

Dunia Berubah

Kalau dulu, anak akan dimarahi kalau markahnya kurang
Sekarang dunia sudah terbalik, guru pula dimarahi kalau markah anaknya kurang

21 December 2011

Adakah Anda Ketagih Internet?

Jika anda masih ragu-ragu. Ini jawapan yang sesuai untuk anda.
Jika tanya Cik RR, YA Cik RR sebenarnya mempunyai ketagihan internet yang SANGATSANGAT teruk.



09 July 2011

Kecantikan Semulajadi


Assalamualaikum semua. Apa khabar? Lamanya-lah Cik RR tak dapat nak update belog ni secara betul-betul kan. Mungkin dah ada yang malas nak jejak kaki ke sini pun ada. Huhuhu. *sedih*
Maaf la ya semua, kesibukan yang melanda ditambah dengan tiada internet nya di tempat belajar Cik RR membuatkan Cik RR ni dah menjadi malas nak update belog ni. Tapi insyaallah lepas ni Cik RR akan lebih rajin untuk menghiburkan anda semua. Lagipun masa cuti hari tu kakak Cik RR dah ambilkan broadband untuk Cik RR. Ingat Cik RR nak mula bergiat aktif dengan pertolongan beliau.Terima kasih ye sis. You are the best sis I ever had. I swear  ♥

Okay kita terus pada video hari ini dibawakan daripada luar negara iaitu Lernert & Sander dengan tajuk 'Natural Beauty'. Ianya adalah special edition untuk kaum-kaum Cik RR ni kan. Yang sememangnya tak lekang dengan pakai make-up semua tu. Erm kalau ikut Cik RR ni memang kategori kurang pakai make-up ni. Kalau pakai pun memang pakai bodo bodo je bukan la selalu macam ada setengah orang tu kan. Sehari kalau tak pakai memang menggila la hari wanita tu. Jadi pada wanita kat luar sana tu Cik RR nak tanya jujur dari hati y'all kan pernah ke y'all terfikir apa yang y'all pakai kat muka tu, yang y'all dok salut salut kat muka tu selama satu tahun sebenarnya akan jadi suatu benda yang menjijikkan ? Err,


Cik RR : Tak suka pakai make-up sebab mak kata kalau selalu pakai nanti masa jadi Raja Sehari dah takde seri. Ahaks

20 June 2011

Kentut Diharamkan


MALAWI - Penggubal undang-undang Malawi dilaporkan akan membahaskan sebuah undang-undang baru pada minggu hadapan kerana kesalahan kentut di khalayak ramai.

Menurut AFP, Parti Progresif Demokrat Party berusaha untuk meminda undang-undang anti pencemaran yang pertama kali diperkenalkan pada 1929, tetapi belum pernah dikuatkuasa oleh pihak berkuasa untuk keadaan 'perut kembung'.

Undang-undang menyatakan: "Sesiapa yang sengaja merosakkan suasana di mana-mana tempat sehingga ia menjadi beracun bagi kesihatan orang ramai di tempat kediaman atau kawasan perniagaan atau kawasan kejiranan atau melintas laluan awam, akan didapati bersalah kerana perbuatan salah laku."

Menteri Perundangan dan hal ehwal perlembagaan, George Chaponda memberitahu Capital Radio: "Kerajaan mempunyai hak memastikan kesopanan awam. Kami berhak memperkenalkan peraturan di negara ini."

"Adakah anda mahu melihat rakyat negara ini kentut di khalayak ramai di mana-mana saja? Ia tidak berlaku pada zaman pemerintah diktator kerana orang ramai takutkan akibatnya. Kini disebabkan oleh multipartism atau kebebasan, rakyat boleh berkentut di mana saja."

Dia menambah bahawa "ia (kentut) boleh dikawal" dan rakyat "sepatutnya pergi ke tandas, bukannya kentut di khalayak ramai".

Bagaimanapun, menurut Metro, peguam Anthony Kamanga tidak bersetuju dengan tafsiran Chaponda tentang undang-undang 1929, kerana fasa undang-undang tersebut hanya berkaitan dengan pencemaran udara ( sedangkan kentut tidak mencemarkan udara).

31 March 2011

Pembantu Paling Laju Dalam Dunia


Lihat lah betapa laju nya beliau mengecop (wah betul-kah ejaan Cik RR ni) tiket tu semua. Sangat laju! Kompem dia ni adik-beradik Clark Kent. Ahaks.

30 March 2011

10 KELEBIHAN COCA COLA

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

Kumpulan mafia bantu mangsa gempa, tsunami


TOKYO: Kumpulan mafia Jepun turut membantu ketika negara itu mengalami saat genting akibat gempa bumi dan tsunami 11 Mac lalu apabila turut melakukan tugas sivik yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal.

Sehari selepas gempa bumi, Inagawa-kai (kumpulan penjenayah terancang ketiga terbesar di Jepun yang diasaskan pada 1948) menghantar 25 trak empat tan dipenuhi lampin pakai buang, mee segera ramen, bateri, lampu picit, minuman dan keperluan harian ke kawasan Tohoku. Seorang anggota Sumiyoshi-kai, kumpulan penjenayah kedua terbesar pula menawarkan perlindungan kepada warga asing. Yamaguchi-gumi, kumpulan jenayah terbesar Jepun di bawah kepimpinan Tadashi Irie, juga membuka pejabatnya di seluruh negara kepada orang awam dan menghantar trak dipenuhi bekalan, namun secara senyap-senyap.

Antara tengah malam 12 Mac dan awal pagi 13 Mac lalu, ahli Inagawa-kai di sini menghantar 50 tan bekalan ke Dewan Bandaraya Hitachinaka di daerah Ibaraki.

Bekalan termasuk mee cawan ramen, tauge, lampin pakai buang, teh dan air minuman. Perjalanan dari bandar ini mengambil masa 12 jam. Anggota Inagawa-kai di Kanagawa pula menghantar 70 trak ke kawasan Ibaraki dan Fukushima untuk menghantar bekalan di kawasan paras tinggi radiasi.

Secara keseluruhan, Inagawa-kai menggerakkan lebih 100 tan bekalan ke rantau Tohoku. Mereka ke kawasan terdedah radiasi tanpa sebarang perlindungan atau memakan pil potassium iodida.
Anggota Yamaguchi-gumi yang mana penulis temui berkata: “Tolong jangan kata apa-apa lagi berkenaan apa yang kami lakukan.”

Bagi mereka yang tidak begitu mengenali yakuza, ia mungkin mengejutkan untuk mendengar sifat dermawan mereka, namun ini bukan kali pertama mereka menunjukkan semangat kemanusiaan.

Pada 1995 selepas gempa bumi Kobe, Yamaguchi-gumi paling aktif menyalurkan bekalan ke kawasan terjejas.

Mereka mengakui bekalan itu dibayar dengan wang hasil memeras penduduk di kawasan itu namun tiada siapa mampu nafikan mereka pantas apabila penduduk memerlukan bantuan.

Mungkin membingungkan bahawa yakuza, yang juga kumpulan penjenayah terancang, mendapatkan hasil daripada aktiviti haram seperti mengumpul wang perlindungan, mengugut, memeras dan penipuan, memiliki sifat sivik semula jadi.

Bagaimanapun, di Jepun sejak selepas perang mereka sentiasa memainkan peranan penting dalam memastikan keamanan. – Agensi

Kanak-Kanak Tiga Tahun Memiliki Berat 59.87kg!!

BEIJING, China - Seorang kanak-kanak, Lu Hao yang berusia tiga tahun memiliki berat sebanyak 59.87 kilogram (kg), lima kali lebih berat daripada kanak-kanak seusia dengannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Hao yang dilahirkan normal dengan berat badan hanya 2.6kg.

Bagaimanapun, dia membesar dari semasa ke semasa sehingga mencecah usia tiga bulan sehingga tubuhnya gemuk dan setinggi 107 sentimeter.

Selera makan kanak-kanak yang berasal dari wilayah Guangdong itu cukup tinggi apabila dia boleh menghabiskan tiga mangkuk nasi semasa waktu makan.

Menurut bapanya, Lu Yuncheng, tabiat pemakanan Hao lebih besar berbanding dia dan isterinya.

Keluarga Hao dilaporkan cuba untuk memantau amalan diet anaknya sejak dia berusia setahun.

Jelas ibu Hao, Chen Yuan, dia dan suami sebaliknya terpaksa akur dengan kehendak anaknya yang akan menangis tanpa henti jika tidak diberi makanan.

LU HAO didukung oleh bapanya di wilayah
 Guandong,China baru-baru ini.
Keluarganya juga memasang jaring bola keranjang di halaman rumah dan membawa Hao melakukan aktiviti renang di sebuah sungai berhampiran bagi menggalakkan Hao melakukan aktiviti sukan supaya badannya kurus.

Namun, latihan yang dilakukan oleh Hao hanya membuatkan dia menjadi lebih lapar selain berat badan kanak-kanak itu terus meningkat.


Yuncheng telah membawa Hao ke hospital sebanyak tiga kali.

Seorang doktor menyatakan anaknya itu mengalami tumor di kepala manakala dua doktor lain menyatakan dia tidak mempunyai tumor.

Doktor juga mendakwa hormon kanak-kanak itu normal. Cuma, mereka tidak tahu punca Hao menjadi gemuk.

"Harapan terbesar kami adalah untuk melihat Hao kurus suatu hari nanti," jelas ibunya. - Agensi

30 January 2011

Cincin Bentuk Makanan (Sedap!!)

Akhirnya. Setelah hampir sebulan barulah Cik RR dapat sign-in ke blog ni. Selalu online dalam kelas tapi dapat tengok je. Nak sign in tak lepas. Maaf. Maaf dan maaf sebab Cik RR sebenarnya terlampau sibuk dan terima kasih banyak pada internet dalam kelas yang sememangnya super-lembap telah menyebabkan hasrat untuk kata tidak pada belog adalah pilihan terbaik masa tu. Sekarang ni cuti untuk CNY jadi dapat la jenguk belog ni sebentar. Kalau nak lama-lama tak boleh sebab Cik RR ada berlambak lagi assignment ni. Huhuhuhu.

Okay tanpa buang masa Cik RR nak bagi y'all layan cincin-cincin yang diinspirasikan daripada makanan yang ada kat dunia ni. Enjoice! :)

09 December 2010

Jamuan Perkahwinan Di China

Kalau orang kita disebut sebagai kenduri. Tapi kalau bangsa lain menyebutnya sebagai jamuan. Mungkin berbeza sebutan namun konsep nya tetap sama iaitu menjamu orang ramai untuk mengumumkan sesuatu perkahwinan. Ia dilakukan selepas sesuatu upacara perkahwinan selesai. Jadi masa ni la warga desa, kampung atau sanak-saudara dapat mengenali pasangan yang berkahwin ini. Dengan kata lain dapat memperkenalkan pasangan ini iaitu sudah berkahwin dan boleh mengelakkan fitnah. Itu kalau dalam konsep islam la kan. Kalau bangsa lain mungkin adat sahaja. Tutup cerita pasal sesebuah perkahwinan dan jom saksikan lebih banyak lagi gambar perkahwinan orang Cina ini :)

08 December 2010

Lidah Terpanjang

Tengok kehebatan beliau bermain-main dengan lidahnya. Sile tepuk tangan.

07 December 2010

Tidur Yang Melampau

Tahukah anda tidur dan kesihatan saling berkait rapat? Tapi apa pula cerita tidur yang melampau ni? Tidur yang tak kira tempat dan masa? Ini bukan untuk kesihatan dah. Kalau dah jadi kebiasaan dah boleh jadi kemudaratan pada orang lain dah. Kih kih kih.

02 December 2010

Mahu Gugurkan Anak Kerana Michael Jackson Sudah Tiada??


Ini memang peminat Michael Jackson yang GILA. Kalau agak-agak anak kau lahir kat dunia ni pun kalau Michael ada pun belum tentu si Michael tu kenal anak kau ya. Jadi dah 2 tahun kau tunggu nak dapat anak tapi bila dah dapat kau nak gugurkan semata-mata alasan bodoh yang memang PALING BODOH ni kau tak anak tu. GILER bole? grrr

28 November 2010

Kanak-Kanak Dengan Dua Kemaluan!


Seperti yang anda lihat Kumar atau kanak-kanak dari India ini mempunyai kes yang agak istimewa dimana dia dilahirkan dengan empat kaki dan tiga tangan. Atau boleh Cik RR katakan si Kumar ini sebenarnya mempunyai kembar parasit. Kumar dilahirkan dengan 7 anggota kerana kembarnya itu dikatakan berhenti berkembang ketika berada di dalam rahim sebelum dapat dipisahkan sepenuhnya.Ini menyebabkan kanak-kanak malang ini terpaksa membesar bersama dengan kembar parasitnya itu disebabkan kos belanja yang sangat tinggi untuk pembedahan. Cik RR pasti ramai yang memandang nya sebagai bahan ketawa dan pelik. Lihat sahajalah rupanya yang kasihan itu ketika cuba diwawancara oleh pihak media kerana ingin mendapatkan kepastian.

Teruskan membaca untuk melihat gambar Kumar selepas ini

18 November 2010

Sembur Untuk Mendapatkan Baju

Seorang jurutera dan pereka kain baru-baru ini telah bekerja sama untuk membuat kain yang didatangkan di dalam tin. Seorang jurutera zarah Paul Luckham dari Imperial College of London telah bekerja sama dengan Manel Torres iaitu seorang pereka fesyen untuk memulakan Fabrican Ltd untuk mencipta sebuah spray pada kain. Menarik bukan?

Mungkinkah ini kain baru yang membantu industri menjadi fashion zero waste, atau kekurangan produk tersebut lebih besar daripada potensi produk untuk pergi lebih jauh? Mari kita lihat produk spray ini dan berbincang tentang kelebihan dan kebaikannya.

Kain di dalam spray ini terdiri dari serat kapas kecil terlarut dalam pelarut yang pantas kering selepas anda menyemburkannya. Kain itu kita tahu ianya diperoleh dari botol aerosol yang kita lihat ia agak versatile. Tapi dari sudut pandangan saya ada sesuatu yang perlu kita beri perhatian yang lebih.

Ini video dari New Scientist memberikan kita sedikit gambaran tentang produknya dan beliau akan menerangkan lebih lanjut tentang produk yang beliau hasilkan ini

05 November 2010

Kostum Halloween Paling Mengarut!!


Lihat gambar lain selepas ini

03 November 2010

01 November 2010

31 October 2010

Ciptaan Paling Simple dan gila

Lagi gambar ciptaan yang mampu mencuit hati anda
Powered by Blogger.