Showing posts with label Sedih. Show all posts
Showing posts with label Sedih. Show all posts

15 November 2013

Sepatutnya Lahir 1993!!

Cik RR says : Kartun ni bukan hanya sekadar LAWAK namun ia mempunyai banyak maksud tersirat. Ia untuk membuat pembaca berfikir. 


03 September 2013

Di Antara Makanan Sedap dan Berat Badan.

oh seriously lepas semalam tengok movie Charlie and The Chocolate Factory (2005) terus macam gilekan cekelat dan berharap dapat jumpa waterfall cekelat segitu. oh berangan la kau RR.


lepas tu sampai office, kawan belanje makan cupcake cekelat. die order dekat jiran sebelah rumah die. omaigod mase nampak tu, rase nak makan semue je. tapi still control ayu lagi. tapi bile sorang amik sorang satu cupcake rase macam nak menjerit je. huhu. sebab RR punye terase sangat-lah sedap. jadi mesti la diorang punye cupcake sedap jugak kan.

ade yang tak tahan tu. makan tak sampai suku dan buang dalam tong sampah sebab diet katenye. grrr. kalau ye tak payah makan bagi kat RR terus pun tak ape. huh.

oh cupcake oh cekelat oh berat badan.
kenape la wanita dipakse membuat pilihan antara makanan sedap dan berat badan?
T-T

09 August 2013

02 January 2013

Whatever 'LOVE' is


19 August 2010

Masalah Sosial Di Malaysia

SANDAKAN [ 3 Julai 2010 ] Mayat seorang bayi perempuan ditemui di tapak pelupusan sampah di Batu 8 Jalan Fook Kim . Sandakan Sabah .


JOHOR BHARU [ 12 Julai 2010 ] Mayat bayi lelaki yang disimpan di dalam sebuah beg plastik di kawasan semak ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu . Johor Bharu .

JOHOR BHARU [ 22 Julai 2010 ] seorang bayi perempuan ditinggalkan dalam sebuah beg berhampiran hentian bas dekat Hospital Sultan Ismail sebelum ditemui seorang pekerja kilang wanita yang sedang menunggu bas di tepi jalan pesiaran Mutiara Emas yang mengesyaki sesuatu apabila melihat sebuah beg bergerak - gerak .

KUALA LUMPUR [ 24 Julai 2010] Mayat bayi perempuan baru lahir yang dibungkus dalam beg plastik ditemui bersama longgokan sampah di Flat Sri KelantanBandar Baru Sentul. Mayat yang masih bertali pusat dan diselimuti dengan kain batik itu ditemui dalam tong sampah oleh pengutip barangan lusuh ketika menggeledah tong sampah di flat itu .

NIBONG TEBAL [ 31 Julai 2010 ] Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditinggalkan berbalut dengan plastik dan kertas surat khabar di kaki lima sebuah bangunan kedai di taman Cegar Simpang Ampat .

KUALA LUMPUR [ 6 August 2010 ] seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditinggalkan dalam sebuah lubang paip dalam longkang berhampiran sebuah stesen minyak di Klang Gate.

GEORGE TOWN [ 9 August 2010 ] Janin bayi lelaki dipercayai digugurkan ditemui seorang lelaki pemungut tin kosong dalam tong sampah di Pasar Borong Pulau Mutiara Jalan Makloom.

TAMPIN [ 10August 2010 ] Tidak sampai 4 jam selepas dilahirkan , seorang bayi perempuan terpaksa menahan sejuk lapar sambil menangis akibat ditinggalkan dihadapan sebuah rumah di Air Kuning Selatan dekat Gemencheh .

TANAH MERAH [ 12 August 2010 ] Bayi perempuan masih bertali pusat dipercayai dibuang sejak seminggu lalu ditemui seorang murid di dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej di bandar Bukit Bunga .

MELAKA [ 12 August 2010 ] Bayi baru dilahirkan dan masih hidup ditemui dalam tong sampah berdekatan pondok kawalan sebuah kilang plastik di Ayer keroh . Bayi perempuan yang masih bertali pusat itu dimasukkan dalam sebuah beg pakaian berwarna hitam sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

KELANTAN , MELAKA DAN KUALA LUMPUR [13 August 2010 ] 3 kes lagi pembuangan bayi telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam di kelantan , Melaka dan Kuala Lumpur .

PETALING JAYA [ 15 August 2010 ]- Meskipun kerajaan telah mengumumkan akan bertindak tegas terhadap pesalah kes buang bayi, ia masih gagal memberi kesedaran malah perbuatan itu berlaku lagi. Kali ini, mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebuah beg sandang yang tersangkut di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara di sini hari ini.

18 August 2010

Ibu...... [Video]

Muhasabah lah diri kita
Lihatlah betapa manusia semakin kejam dan tidak berperikemanusiaan. Membuang bayi yang tidak berdosa walau sedikit pun rasa belas kasihan? Apakah akal yang allah beri kepada manusia ini sudah tidak berfungsi lagi?! Bukan setakat membuang malah ada juga ibu yang kejam dan sanggup membunuh anaknya?! Tidakkah kita seperti kaum di Zaman Jahiliah?! Apa salah bayi itu??!! Haiwan sendiri pun tahu menjaga anaknya.
Bukan itu sahaja video ini mahu kita mengenali siapa ibu kita. Siapa ibu di mata kita? Bila kedudukan kekasih kita diletakkan lebih tinggi dari IBU kita. Adakah kita layak dipanggil anak yang soleh dan solehah?!


Video ni sangat menyanyat hati. Sebahagian video ni tak mampu ditatap oleh semua orang. Bukan niat di sini ingin mengaibkan sesiapa tetapi ingin ianya menjadi iktibar untuk kita semua. Insyaallah.
Credit : ZonBebas
Powered by Blogger.