Showing posts with label Rakan Meriang-riang. Show all posts
Showing posts with label Rakan Meriang-riang. Show all posts

18 February 2012

Roti Panda

Cik RR ingat hari ni nak buat roti Panda. Siapa nak tolong?

23 January 2012

Nak Balik Bekerja Dah! Babai

Pertama sekali, saya nak ucap Selamat Tahun Baru Cina pada semua kawan-kawan cina saya. Selamat Menyambut tahun baru dan murah rezeki. Gomenne Chen and Lee for my late wishes :]
Semalam Cik RR pergi Jusco, cemburu betul dengan pokok bunga sakura yang diorang hiaskan untuk tema Tahun Baru Cina. Rasa macam nak bawak balik rumah, nak letak dalam bilik je. Apa-apa pun hiasan ni memang
Terbaek!


Apa-apa pun Cik RR esok dah kena balik semula, jadi hati ni berat nya nak pergi. Rasa macam tak puas cuti lagi. So, siapa kenal Cik RR tahu-lah yang Cik RR ni memang sumpah tak minat melukis dan tak suka melukis. Tapi Cik RR tetap melukis juga. Err, ini first time lukis kereta dan hasilnya.
Taaadaa..... (macam lukisan budak tadika)

Lukisan ni dihasilkan sebab esok dah balik rumah no 2 balik semula di KL. Sebab cuti untuk CNY Cik RR cuma dapat 3 hari sahaja. Erm, jeles tengok adik-adik yang bersekolah. Dapat cuti seminggu. Hmm, tak apa-lah nak buat macam mana kan. *Rindu zaman sekolah


Hari tu cukup-lah sebulan dapat bercuti (kena marah sebab tak habiskan cuti tahunan). So, Cik RR nak balik bertugas semula. Jadi jangan nakal-nakal semua. Sayang u'olls! Lurbe you ♥

17 January 2012

Ouuu-Chakkk!


Hihihi, tekejut tak? Terkejut tak? Waka waka. By the way sempena Gong Xi Fa Cai yang bakal menjelma tak lama lagi ni Cik RR nak minta maaf sebab lepas ni Cik RR dah mula sibuk kembali, kerana bertugas seperti biasa. Hanya akan update apabila senang sahaja. Minta maaf ye. Tapi hope lepas ni jangan lupa selalu-selalu la datang menjenguk di sini. Post kat sini pun masih banyak. Baca-lah setiap hari satu. Lepas tu tolong klik-klik iklan tu insyaallah anda tolong rezeki anda pun bertambah. Hee, jadi ada masa lapang sahaja Cik RR akan terus update (pasti). Tapi kalau tak ada, jangan tarik muka ya. Sayang semua.

Love,
RR

08 December 2010

Memori Yang Tak Dapat KU Lupakan

Sejak dari peristiwa ini saya telah diberi surat berhenti sekolah oleh guru besar. (tapi apa salah saya? T^T)

14 November 2010

Cerita Tentang 20 Sen

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.

11 November 2010

Teknik Mempertahankan Diri Untuk Wanita SAHAJA

Berserta dengan translation :)

1- Wah amani!! (sambil tangan menuju ke dada)
2- Bongkokkan badan anda sedikit untuk memberi anda ruang untuk mempertahankan diri
Baca sampai habis. Jangan sekerat jalan ja..

09 November 2010

Tag For a Week (3)

Your Facebook Profile Picture.

Hi guys. Cik RR is too busy working this weeks. So no much time to update my Riang-Riang. But I promise I'll be back and find a good stuff for you. (perhaps) I hope all of you can understand . Please never say never to my blog ;) Please please.....
and Thanks for reading guys. Cik RR love all of you! :)

02 November 2010

Tag For a Week (2)

Day 2 : The most favourite game and pictures of your games


I'm addicted to Farmville
Farmville!! Okay I know what you will be thinking of me. I know about a woman killed her baby after shaking it repeatedly and accidentally hitting the child’s head because it was interrupting her time on Farmville. Seriously when I heard 'bout this I said waderpak. Personally, it doesn't mean all Farmville players will be the same too! (actually we can. LOL).Come on, don't judge everyone like that, it obviously wasn’t the games fault. Blame her horrible parenting.

Okay, here we go. This is Farm of mine. I know it's simple but it's full of happiness baby. (I need more Farmcash to happy!)

31 October 2010

10 Burger Yang Tidak Pernah Dimakan Cik RR

Dekat sini disenaraikan Burger yang tak pernah dimakan, akan dimakan dan bakal dimakan oleh Cik RR. Sebab Cik RR akan mencari resepi nya dan buat. lebih terjamin kebersihan, dan semestinya kandungannya HALAL :)

10. Burger Cendawan dan Kacang Hitam

Yummy! Mula-mula sekali Cik RR nak perkenalkan burger untuk orang vegetarian dan untuk orang gemuk dan juga perut berlapis-lapis (merujuk diri sendiri). FYI, perkataan burger itu sendiri datang daripada perkataan hamburger, iaitu berasal dari perkataan Jerman yang bermaksud daging dari Hamburg. Rujuk di sini untuk keterangan yang lebih mantop.

04 October 2010

Mengapa Menjadi Kanak-Kanak Lebih Baik?

Who Is Me (Game)

Real Name - Cik Riang-Riang
Nickname(s) - Cik RR, that is all.
Age - 21
Current Location - Rawang
Eye Color - Dark Brown
Hair Color - Black
Height - 163 cm
Zodiac Sign - Gemini
Do you have a crush on someone - Seems like something I might do.
Have any pets - Yeah. I had a cat called comel. But his names doesn't represent his self at all!
Have a job - Yes. Working with my brother cause nobody will hire me. (sad)
Have any special talents or skills - I can make people laugh in 3 seconds (sigh)
Have any fears - Snake, Lizards, Frogs. There’s probably loads more I can’t think of.
Parents Still Together - Yup.
Piercings - ears
Tattoos - No
Siblings - 10 siblings. 4 girl, 6 boys. Boys win. LOL
Favourite colour - Black, Purple.
Favorite Animal - Cat.
Favorite Bands/Artists - In-Team (I'm a Nasyid Lover)
Why Blog? - It's FREE! I love all FREE stuff. *wink*wink*

Gambar Terpilih 5 [Istimewala sangat]

02 October 2010

Soalan Yang Sering Ditanya Semasa Interview

Baru-baru ni Cik RR cuba nasib dengan interview di sebuah syarikat terkemuka di Kuala Lumpur. [Ini cerita yang sebenar!] Nasib tidak baik sebab Cik RR lupa nak bertanya pada yang berpengalaman tentang soalan-soalan yang bakal ditanya semasa sesi interview nanti.

Tapi, ada satu soalan ni memang tak akan terlepas punya semasa interview nanti

"Apa yang awak lihat dalam masa 5 tahun akan datang?"

"Apa yang saya lihat dalam masa 5 tahun akan datang? (Dengan penuh ketenangan)Saya akan jadi boss awak, ini kerana dalam masa 5 tahun target jualan awak jatuh menjunam dan menyebabkan boss rugi maka tindakan memecat awak adalah sesuatu yang baik untuk syarikat. Seterusnya boss akan menawarkan position awak pada saya dan sudah tentu lah saya menerimanya dengan hati yang riang gembira. Kemudian awak akan kembali ke sini untuk memohon jawatan yang saya sedang mohon ini.
Mungkin juga saya tidak perlu mengambil 5 tahun. 3 tahun pun ia sesuatu yang tidak mustahil
."
(Reaksi Cik RR: Tersenyum puas sebab dapat jawab dengan penuh keyakinan)


Apek Handsome : Baiklah. Awak boleh keluar sekarang. Terima Kasih
Cik RR : Sama-sama
Tapi sejak hari itu Cik RR tak pernah dapat telefon dari mereka. Huuu~

Apa salah saya??

28 September 2010

Perkahwinan

Suatu hari, seorang lelaki membuat keputusan yang paling besar di dalam hidupnya iaitu berkongsi hidup dengan seorang wanita. Malangnya lelaki ini belum mempunyai teman wanita. Jadi lelaki ini terfikir untuk mengiklankannya di surat khabar 'Isteri diperlukan'. Keesokannya, lelaki ini sangat terkejut kerana beliau menerima beratus-ratus pucuk surat dan kebanyakan adalah dari lelaki! Paling mengejutkan semua berkata ayat yang sama: 'Awak boleh ambil isteri saya'


Perkahwinan - buatkan Cik RR speechless. Sebenarnya masa Cik RR dapat je tajuk ni Cik RR ingat nak cakap "No Komen". Tapi pendek la pulak. Jadi Cik RR teringat la lawak ni. Letak la sikit kan. Nanti y'all kata Cik RR ni sombong la pulak kan. (Hahaha, kalau ada orang baca)
Lagi gambar selepas ini...

23 September 2010

Bla Bla Bla Blah...

Hari ni Cik RR kepenatan sebab pergi ke sana ke mari dengan high heel. Grr. Selalu pakai selipar jepun jek. Lepas tu bila jalan gaya macam Diva bagai, ketak ketuk kat office. Paling tak tahan ayat sorang pakcik kat Cik RR. "Satu Rumah Satu Degree" (Baca : gaya PM). Hahaha.
Cik RR bila teringat rasa nak gelak jek. Pergi dengan bestie Cik RR ke area Segambut. Macam-macam jadi. Apa-apa pun hari ni nya pengalaman agak best kot. and to Kak Ima thanks belanja Cik RR nasi ayam. Hihihi. Sodap! > lupa pasal diet

21 September 2010

Makanan Untuk Gergasi

Pernah tengok makanan untuk gergasi. Pernah?
Ha ni la makanan untuk gergasi.
Kalau Cik RR ni makanan stok untuk sehari jek. pasal adik-beradik Cik RR yang 10 orang ni pun semua nafsu makan ala-ala gergasi. hahahaha

Tahukah Anda?

Selalu tak kita merasakan yang kadang-kadang kita membenci sesuatu walhal sesuatu yang kita benci itu sebenarnya demi kebaikan kita?

Contohnya seperti di dalam gambar sebentar tadi.
Kita selalu sahaja merasakan ibu kita mempermain-mainkan kita.
Sedangkan hanya hati seorang ibu sahaja yang mengetahui betapa gembiranya melihat anak nya dapat berjalan walaupun 3 langkah setiap hari.
Sanggup si ibu menahan sebak melihat anaknya terjatuh setiap kali anaknya cuba melangkah. Tahukah kita?

Jadi sebaiknya kita jangan la membenci kedua orang kita. Kerana tidak pernah yang mereka katakan untuk keburukan kita. Jangan baru di nasihati sekali melenting. Jadikan kata bebelan itu suatu benda yang akan kita akan rindui suatu hari nanti.... Senyumlah.

Show Off!!

Bila Cik RR menggedik di bilik yang baru dikemaskan selepas bertahun-tahun.
(Reaction : Senyum puas)

Wah! Terasa bangga amat bila kelihatannya Cik RR dapat berbuat sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh mana-mana orang di dalam dunia ni! Hahahahaha.

20 September 2010

Maaf Ya.

Agak lama belog ini ditinggalkan tanpa sebarang berita/post. Ada pun 2-3 itu pun ikut mood. Kadang-kadang Cik RR tak sempat membebel pun. Upload sahaja. Ini semua gara 'ke'. Apa itu ke? Kebengangan, kemalasan, kemarahan, kepenatan, dan paling penting ketiadaan. Ketiadaan apa? Ceritanya macam ni, Hari raya pertama hari tu jek Cik RR dah dapat bala. Gara-gara kabel telefon dicuri oleh makhluk-makhluk sengal. Dekat seminggu jugak lah tak berinternet. Seksa nya allah jela tahu. Kalau guna phone pun Cik RR tak puas macam online guna komputer.

Jadi dapat je terus internet bukan belog dulu Cik RR kejar. Tapi Farmville. Sebab semua tanaman Cik RR layu. Haishh. Kalau Cik RR dapat pencuri kabel tu Cik RR tanggalkan tangan dia pulak seminggu. Agak-agak dia apa rasanya benda penting kita kena ambil? jahat sungguh makhluk tuhan yang bernama MANUSIA ni kan. (Macam la aku alien)


Ok cukup cerita pasal kebengangan Cik RR tu kan, sekarang Cik RR nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kat semua bloggers terutamanya kawan-kawan Cik RR yang kat belog ni. Walaupun agak lambat tapi okey la kan daripada Cik RR cakap tahun depan kan. Hihihi. Jangan marah. Apa-apa pun ni ucapan paling penting, sebab selama Cik RR ni berblogging ni banyak yang Cik RR dah tulis kat belog ni dan belog Cik RR yang lain-lain tu kan, dah post terlalu banyak dan mungkin ada ayat Cik RR yang mungkin ada menyinggung atau menyakitkan hati mana-mana pihak Cik RR mintak maaf la banyak-banyak ya. Ada la kadang kadang tu Cik RR emosi sikit mula la buat statement off record, dan Cik RR akui Cik RR hanya manusia biasa yang tak akan terlepas dari berbuat kesalahan. Oleh itu Cik RR menyusun 10 jari di tapak tangan (dan bukan di jari kaki) menghulurkan (nak duit raya!) tangan meminta maaf seikhlas-ikhlas nya kat y'all yang selama ni banyak menolong Cik RR. Terima kasih tak terhingga.
Powered by Blogger.