Showing posts with label Kool. Show all posts
Showing posts with label Kool. Show all posts

21 December 2011

Game Cik RR


Game ni memang woooa. Sila klik pada perempuan gedik itu dan Enjoy!


Cik RR suka main game =)

31 March 2011

Pembantu Paling Laju Dalam Dunia


Lihat lah betapa laju nya beliau mengecop (wah betul-kah ejaan Cik RR ni) tiket tu semua. Sangat laju! Kompem dia ni adik-beradik Clark Kent. Ahaks.

30 March 2011

Tahukah Anda?


Pasti anda perasan baru-baru ini di pencarian Google terdapat gambar ini? Siapakah beliau? Beliau ialah Harry Houdini (lahir di Budapest, Hungary, 24 Mac 1874–meninggal di Detroit, 31 Oktober 1926) adalah seorang ahli silap mata terkemuka yang berasal dari Amerika Syarikat. Beliau paling dikenali melalui aksi-aksi meloloskan dirinya, antara lain melepaskan diri dari ikatan tali, gari, rantai, dan yang paling terkenal: muslihat Chinese water torture, di mana tubuh Houdini digantung terbalik lalu dia berjaya meloloskan diri dari almari kaca yang diisi penuh dengan air.

Houdini mula menjadi ahli silap mata bermula pada tahun 1891. Awalnya dia hanya melakukan aksi silap matanya menggunakan kad-kad terup, namun kerjayanya menanjak sejak mula memfokuskan diri pada aksi-aksi meloloskan diri. Pertunjukan terakhir Houdini berlangsung pada 24 Oktober 1926. Sehari kemudian dia telah dimasukkan kedalam hospital dan meninggal dunia akibat peritonitis di bahagian apendiks pada 31 Oktober 1926.

28 December 2010

Kenapa Anda Tidak Harus Mempunyai Facebook?

Hendak tahu kenapa? Izinkan teman lelaki (pinjam) Cik RR akan menerangkan pada anda. Jadi kena tengok video selepas ini.

28 November 2010

Pergaduhan Paling Hebat Pada Abad Ini!!!

Sila tonton video hebat ini. Pada  pembaca-pembaca ahli Kelab Pecinta Keamanan sila lihat entry lain kerana saya tak fikir anda mampu melihatnya. Jangan banyak cakap. Jom kita saksikan pergaduhan terhebat di antara 2 kaum ini!

27 November 2010

Roti Canai Satu!

Tepuk tangan. Tepuk tangan. Kool kan? Mamak yang memasak tu pun dengan selamba balada je dia sambut. Hihihi. Tahniah. Dah lama praktis ni.

16 November 2010

Bagaimana Untuk Mengetahui Kawan Kita Tidak Menyukai Kita?

Perhatikan gambar ini ...


Gambar lagi selepas ini untuk mengetahui bagaimana untuk mengenali kawan anda baik atau jahat.

01 November 2010

Mesin Sarapan Pagi Yang Kool Perabes

Akhir-akhir ni ciptaan gila dan bernas dari makhluk bernama manusia ni dah buat Cik RR mampu tersenyum dengan riang sekali. Kali ni mereka telah mencipta mesin sarapan pagi. Wah! Dengar nama pun dah best kan? (terbayang diri tidak perlu bersusah payah menyiapkan makanan pagi untuk suami) Kalau biasa anda lihat kebanyakan filem tentang masa depan atau evolusi teknologi mesin dan robot telah menunjukkan tentang kegunaan mesin seperti ini iaitu dengan hanya menekan satu butang sahaja, makanan yang sedap dan berkhasiat telah tersedia.

Tapi adakah perkara ini mungkin terjadi jikalau tiada pencipta-pencipta ini? Jadi salah seorang daripada manusia dari Amsterdam telah mendapat ilham dengan menubuhkan Platform 21 untuk membawa mimpi Cik RR ke alam realiti di mana mimpi pun akan menjadi kenyataan jikalau kita berusaha (kind of). Lagi gambar selepas ini

Michael Jackson dan Jadi Cina????!!

LOL. ayat kat atas tu sengaja. Video ini telah di edit dengan filem dolu-dolu dengan menggunakan lagu Michael Jackson yang terkenal Beat It. Sebenarnya dah lama juga Cik RR cari video ni. Alhamdulillah jumpa juga video nie. Walaupun kurang jelas gambarnya tapi Cik RR cuba jugak post kan di sini. Sebab kalau you all cuba tengok di Youtube video ini tak dapat punya. Sedih. Nasib baik ada kawan bagi video ni. Seronok tengok video ni.Jom beat it!!! :)

Saya Peminat Tegar MarshMallow :)

Masa kerja minggu lepas, Cik RR terjumpa satu booth yang jual semua barangan makanan yang berasal daripada coklat. Mula-mula Cik RR tak berminat nak masuk sebab takut Cik RR tidak dapat mengawal nafsu makanan yang membuak-buak. (Baca : Menyampah) Sedangkan poket sangat kosong. Tapi entah macam mana terlihat ada section menarik di situ (sebenarnya nampak pakwe hensem berdiri di situ) dan baru Cik RR perasan sebab di dalam booth tu dijual marshmallow!! Semua marshmallow. Patut la ramai budak perempuan "yang kurus" berkumpul di situ (Tengok : Jeles)


Akhirnya RM10 telah dikeluarkan demi membeli marshmallow yang lembut, sedap dan tomel ini. Disebabkan Cik RR tidak dapat menahan diri dari membeli sesuatu yang tidak bermakna Cik RR berjanji pada diri tidak akan top-up selama 2 tahun. (silang jari) Jadi pada kenalan yang mengenali diri ini. Beritahu la sekiranya anda ingin berbuat kebajikan pada Cik RR. Menunggu dengan tangan yang terbuka *senyumkambing*

11 October 2010

Wow Besarnya Cucumis Sativus Awak...

Apa tu Cucumis Sativus? Hehehe itu la nama timun dalam Bahasa Latin. Cik RR baru belajar, tu sahaja nak menggedik kat y'all nieh.

Okay seperti gambar yang y'all lihat di atas ialah gambar seorang nenek memegang timun yang sebenar nya terbesar di dunia! Tetapi tidak diambil kira oleh Guinness World Record kerana ianya sudah membusuk sebelum waktunya. Cik RR ada caranya kalau y'all nak pecahkan rekod dunia.
  • Ambil sepaket benih yang dah dua tahun tamat tarikh
  • Tanam dalam rumah kaca
Seterusnya y'all boleh masuk rumah dan tak payah kisah tentang Cucumis Sativus y'all tu. Sampai la ia membesar. Sama la macam apa yang nenek atau lebih dikenali sebagai Puan Pearce ni buat.

04 October 2010

Bila Iron Man Dah Takder Kerja [Video]

Kuku Cik RR Version Iron Man
Aperla susah sangat nak upload sekarang video ni. Internet punya pasal la nie!! Webpage pun banyak tak lepas masuk. Adoi. Rasa geram la pulak. Tapi nasib baik terhibur tengok video Iron Man ni. Layan! (Cakap layan pun macam nak makan orang, jadi dari Cik RR makan y'all baik y'all tengok)

30 September 2010

Nenek Oh Nenek

Nenek dan saya sedang belajar bagaimana menggunakan Microsoft Words. Tapi bila nenek salah tulis saya suruh nenek padam semula. Cuba teka bagaimana nenek padam ayat yang salah???
Pandai! Liquid Paper. Kewl habis la nenek!!

28 September 2010

Perkahwinan

Suatu hari, seorang lelaki membuat keputusan yang paling besar di dalam hidupnya iaitu berkongsi hidup dengan seorang wanita. Malangnya lelaki ini belum mempunyai teman wanita. Jadi lelaki ini terfikir untuk mengiklankannya di surat khabar 'Isteri diperlukan'. Keesokannya, lelaki ini sangat terkejut kerana beliau menerima beratus-ratus pucuk surat dan kebanyakan adalah dari lelaki! Paling mengejutkan semua berkata ayat yang sama: 'Awak boleh ambil isteri saya'


Perkahwinan - buatkan Cik RR speechless. Sebenarnya masa Cik RR dapat je tajuk ni Cik RR ingat nak cakap "No Komen". Tapi pendek la pulak. Jadi Cik RR teringat la lawak ni. Letak la sikit kan. Nanti y'all kata Cik RR ni sombong la pulak kan. (Hahaha, kalau ada orang baca)
Lagi gambar selepas ini...

Senjata Terbaru Di Sekolah

Inilah kerja budak-budak sekarang. Terlebih kreatif. Suruh belajar tak nak, buat senjata nak pulak. Daripada nak gurau karang jadi tragedi. Mata tercucuk ke. Tangan tertusuk ke. Tak pasal-pasal!
Wah siap instruction bagai kan. Cik RR ni macam nak bagi y'all buat je kan. Ala, y'all semua dah besar kan. Ha, jadi faham-faham ajerlah. (Baca : Suara gedik)

24 September 2010

Membeli Belah Kobis!!! [Video]

La. Cerita orang shopping kobis je pun. Itu pun Cik RR nak cerita kan? Tapi! Perempuan ni bukan macam Cik RR (okey tipu, Cik RR mengaku Cik RR cantik sikit. lalala~) dan mana-mana perempuan kat dunia ni yang beli kobis, belek-belek masuk dalam troli. Perempuan ni memang lain dari lain. Kalau y'all nak tahu apa yang lain. Tengok video ni sampai habis!!

21 September 2010

Tahukah Anda?

Selalu tak kita merasakan yang kadang-kadang kita membenci sesuatu walhal sesuatu yang kita benci itu sebenarnya demi kebaikan kita?

Contohnya seperti di dalam gambar sebentar tadi.
Kita selalu sahaja merasakan ibu kita mempermain-mainkan kita.
Sedangkan hanya hati seorang ibu sahaja yang mengetahui betapa gembiranya melihat anak nya dapat berjalan walaupun 3 langkah setiap hari.
Sanggup si ibu menahan sebak melihat anaknya terjatuh setiap kali anaknya cuba melangkah. Tahukah kita?

Jadi sebaiknya kita jangan la membenci kedua orang kita. Kerana tidak pernah yang mereka katakan untuk keburukan kita. Jangan baru di nasihati sekali melenting. Jadikan kata bebelan itu suatu benda yang akan kita akan rindui suatu hari nanti.... Senyumlah.

16 September 2010

Sambung Peribahasa

Orang dulu kata,
"Sayang isteri tinggal-tinggalkan.
"Sayang anak tangan-tangankan
"Sayang haiwan????

Ha, tue saper nak jawab? Jawapannya selepas ini :)

Jawapannya sayang haiwan bagi bawak rempit ah. Hehehe. Gurau sahaja.
Tapi macam kool la pulak kan kalau Cik RR boleh bawak kucing Cik RR ni merempit. (Heh! Merempit kunun. Beskal jek pun reti bawak)

07 September 2010

Buat Kopi Bersama Cik RR & Adiknya yang Comel

Wah pertama kali Cik RR menggedik nak tunjuk adik Cik RR kan. Ha, agak-agak y'all macam mana la ya rupa adik Cik RR tu kan. Ha, nak tengok tak? Jap.! Cik RR nak upload. Jeng Jeng Jeng.
2321321.jpg upload by Si Riang-Riang
Ha ini lah dia adik Cik RR atau lebih dikenali sebagai Cik R a.k.a. Cik Robot. Hohoho. Seperti yang y'all lihat walaupun Cik R ni cuma kelihatan seperti anak patung biasa. Sebenarnya ia bukanlah sebegitu lemah sehingga dipanggil anak patung. Sebenarnya dia ni lah robot yang akan membuat kopi untuk Cik RR.
La. Tak percaya lagi? Jom tengok video Cik R menggedik ketika membuat kopi. (Baca : Tu tangan tu, tepuk la)
Powered by Blogger.