Showing posts with label Memasak. Show all posts
Showing posts with label Memasak. Show all posts

21 July 2013

18 February 2012

Roti Panda

Cik RR ingat hari ni nak buat roti Panda. Siapa nak tolong?

28 December 2011

Resepi Paling Oley!

Hari ni u'olls I nak ajar u'olls memasak tau.
Biasalah sejak mak cuti ni, mak memang suka mencuba resepi baru.
Jadi u'olls jangan-lah risau kalau suami u'olls dah bising sebab makan makanan si badut je.
Sebab Cik RR akan tunjuk resepi yang mudah dan LAZAT tapi tak berkhasiat.

Ha ye. Ikut je semua step Cik RR. Musti jadi ini resepi.
Siapa yang memang HARAM tak pernah jejak kaki ke dapur atau jerang air selama ni pun tak boleh buat, tidak mengapa. Sebab Cik RR dah sediakan gambar siap dengan video sekali. Jadi ikut sebijik-sebijik je.

1. Ini bahan-bahan yang kita perlukan. Beras (yang dah dibasuh) dan Set Big Mac


Kalau nak bagi rasa tu lagi KAW, Cik RR cadangkan untuk tidak masak terlalu banyak beras. Sebab mak RR kata untuk resepi ni kalau beras letak terlalu banyak akan mengurangkan rasa keenakannya. Oleh itu Cik RR cadangkan u'olls ambil beras 1-2 cawan. Kemudian tambah air selepas membasuh beras dengan sempurna. (Siapa yang masih tak tahu nak sukat, pergi tanya mak)

2. Masukkan kentang Mc'D


Letak kentang itu di atas beras okay. Jangan pandai nak selit-selit dalam beras. So, kita boleh nampak la fries yang ada tu serap air beras tu kan. Ha jangan la gelabah, tak apa biarkan. Sebab lepas ni kita akan masukkan air Coca Cola untuk menggantikan air yang hilang. Jadi jangan pandai-pandai nak tambah air lain. Mak pukul kang!

3. Kemudian masukkan Big Mac


Kemudian Cik RR nak u'olls letakkan roti bawah Big Mac ni ke bahagian tengah. Sebab kita tak nak la roti bawah tu serap semua air beras tu kan. Tapi kalau u'olls suka makan roti basah gitu tak apalah. Sebab ia adalah pilihan u'olls. U'olls yang masakkan? Tapi (lagi) kalau u'olls lepas habis masak tu Cik RR rasa buang saja-lah sebab kemungkinan ia untuk menyerap terlalu banyak air sehingga ia menjadi lembik adalah sangat tinggi peluangnya.

4. Masukkan pula Nugget ayam


5. Letakkan Sos di atas Nugget


Lepas u'olls dah masukkan Nugget (susun elok-elok okay!) Cik RR nak u'olls letak sos ikut kesesuaian dan citarasa anda. Sebab ia adalah pilihan dan tiada paksaan. Sos pilihan Cik RR untuk resepi ini iala sos BBQ.

6. Kemudian masukkan air Coca Cola ZERO


Tolong jangan gunakan air Coca-Cola biasa ini kerana Coca Cola biasa akan membuat resepi ini menjadi terlalu manis. Cik RR tak nak u'olls kencing manis okay?

7. Tanak resepi tadi



Masa tanak ni jangan nak mengada-ngada bukak tutup bukak tutup. Masak macam kita masak nasi biasa cuma untuk resepi ni Cik RR sarankan u'olls masak lama sikit, tapi jangan risau resepi ni berbaloi-baloi.

8. OLEY!


Sebelum anda semua cedok resepi ni ke pinggan u'olls, periksa dahulu sama ada roti Big Mc terlalu lembik atau tidak. Kalau terlalu lembik ambilnya dan boleh la buat roti bakar. Kalau tidak, anda memang dah pakar macam Cik RR. Hahahaha. (ehemm). Okay, tambahkan lagi sos untuk menambahkan rasanya.

Resepi ni mungkin sesuai untuk peminat Set Big Mac Mc'D je kot tapi siapa yang berani nak cuba resepi baru dan gila-gila inilah resepi untuk anda dan kita OLEY!




18 October 2010

Masak Telur Tanpa Menggunakan Kuali


Kesibukan dan konvo sepanjang bulan ni menyebabkan Cik RR tiada masa sebenarnya nak update belog. Pergi pagi, balik tengah malam. Jadi Cik RR agak kepenatan dan terpaksa menangguhkan niat nak mencari bahan. Hari ni Cik RR diberi cuti dan selepas ini akan terus sambung kerja di USIM. Okay stop cerita pasal kerja Cik RR.

Sekarang ni Cik RR nak tunjuk dekat y'all cara memasak telur yang sangat senang tanpa menggunakan kuali. Cara ni mamang sangat sesuai bagi y'all yang suka pergi berkhemah. Yerla kan, kadang-kadang kita ni pening kepala nak fikir macam mana nak bawak kuali dan periuk belanga bagai. (baju pun dah bawak sampai 3 beg, sekarang nak bawak lagi 1 beg ah pusing) Jadi jom tengok video nya bagaimana nak memasak telur dengan cara yang senang tanpa membawa kuali! :)

20 September 2010

Memasak di Tempat Kerja

Raya-raya ni agak-agaknya mesti yang ramai tak sempat balik kampung kan? Sedih je pasang lagu kat radio, lepas tu kat TV sibuk tengok orang buat ucapan bagai kan. Takpe jangan sedih, fikirkan hikmahnya. Daripada kena serang dengan anak buah mintak duit raya kan. Ha lagi sayu. Ehehehe. Cik RR? Erm Cik RR sebelum Ramadhan lagi dah sampai ke kampung. Semangat woo nak raya :P

Sudah. Tidak mahu menyakitkan hati orang yang tidak dapat balik ke kampung. (nawaitu sebenarnya memang nak menyakitkan hati orang pun) Tapi Cik RR ada idea yang sangat sesuai dibuat ketika di pejabat. Apakah itu? ya Memasak!!! Tidak perlu kuali, tiada gas, dan tiada mancis pun tidak mengapa. Tak percaya?

Sebelum tu apa yang y'all perlukan ialah adapter USB. Ya itu sahaja! Senang kan. Memang tak susah langsung. Dan bahagian terbaik tentang cara memasak yang Cik RR akan ajar y'all ini ialah y'all tidak perlu meninggalkan tempat y'all bekerja. Duduk di depan komputer dan y'all boleh memasak pada masa yang sama. Wah bunyi pun dah kewl gitu kan.


[Untuk pengetahuan y'all PC yang akan digunakan untuk memasak ini memiliki 30 port USB. Tapi kalau y'all cuma ada 4 atau 6 port USB Cik RR agak tak yakin la y'all boleh memasak daging yang Cik RR nak tunjuk sekejap lagi ni]

Teruskan membaca untuk melihat cara-cara memasaknya :)
Powered by Blogger.