Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

22 September 2010

Kaum Muslimin di China

Hari Jumaat 10 Sept 2010 bersamaan 1 Syawal 1431H umat Islam menyambut Hari kemenangan umat islam setelah menunaikan Rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa di dalam Bulan Ramadhan. Jom Cik RR bawak y'all semua tengok bagaimana saudara Islam kita di China bersembahyang Aidilifitri :)

Lihat lagi gambar seterusnya saudara islam kita di China bersembahyang Aidilfitri

20 September 2010

Maaf Ya.

Agak lama belog ini ditinggalkan tanpa sebarang berita/post. Ada pun 2-3 itu pun ikut mood. Kadang-kadang Cik RR tak sempat membebel pun. Upload sahaja. Ini semua gara 'ke'. Apa itu ke? Kebengangan, kemalasan, kemarahan, kepenatan, dan paling penting ketiadaan. Ketiadaan apa? Ceritanya macam ni, Hari raya pertama hari tu jek Cik RR dah dapat bala. Gara-gara kabel telefon dicuri oleh makhluk-makhluk sengal. Dekat seminggu jugak lah tak berinternet. Seksa nya allah jela tahu. Kalau guna phone pun Cik RR tak puas macam online guna komputer.

Jadi dapat je terus internet bukan belog dulu Cik RR kejar. Tapi Farmville. Sebab semua tanaman Cik RR layu. Haishh. Kalau Cik RR dapat pencuri kabel tu Cik RR tanggalkan tangan dia pulak seminggu. Agak-agak dia apa rasanya benda penting kita kena ambil? jahat sungguh makhluk tuhan yang bernama MANUSIA ni kan. (Macam la aku alien)


Ok cukup cerita pasal kebengangan Cik RR tu kan, sekarang Cik RR nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kat semua bloggers terutamanya kawan-kawan Cik RR yang kat belog ni. Walaupun agak lambat tapi okey la kan daripada Cik RR cakap tahun depan kan. Hihihi. Jangan marah. Apa-apa pun ni ucapan paling penting, sebab selama Cik RR ni berblogging ni banyak yang Cik RR dah tulis kat belog ni dan belog Cik RR yang lain-lain tu kan, dah post terlalu banyak dan mungkin ada ayat Cik RR yang mungkin ada menyinggung atau menyakitkan hati mana-mana pihak Cik RR mintak maaf la banyak-banyak ya. Ada la kadang kadang tu Cik RR emosi sikit mula la buat statement off record, dan Cik RR akui Cik RR hanya manusia biasa yang tak akan terlepas dari berbuat kesalahan. Oleh itu Cik RR menyusun 10 jari di tapak tangan (dan bukan di jari kaki) menghulurkan (nak duit raya!) tangan meminta maaf seikhlas-ikhlas nya kat y'all yang selama ni banyak menolong Cik RR. Terima kasih tak terhingga.
Powered by Blogger.