Showing posts with label China. Show all posts
Showing posts with label China. Show all posts

28 January 2012

Pengorbanan Seorang Ibu

Hanya mampu mengalirkan air mata membacanya. Apa lagi kita harapkan daripada pengorbanan seorang ibu? :'(

30 March 2011

Kanak-Kanak Tiga Tahun Memiliki Berat 59.87kg!!

BEIJING, China - Seorang kanak-kanak, Lu Hao yang berusia tiga tahun memiliki berat sebanyak 59.87 kilogram (kg), lima kali lebih berat daripada kanak-kanak seusia dengannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Hao yang dilahirkan normal dengan berat badan hanya 2.6kg.

Bagaimanapun, dia membesar dari semasa ke semasa sehingga mencecah usia tiga bulan sehingga tubuhnya gemuk dan setinggi 107 sentimeter.

Selera makan kanak-kanak yang berasal dari wilayah Guangdong itu cukup tinggi apabila dia boleh menghabiskan tiga mangkuk nasi semasa waktu makan.

Menurut bapanya, Lu Yuncheng, tabiat pemakanan Hao lebih besar berbanding dia dan isterinya.

Keluarga Hao dilaporkan cuba untuk memantau amalan diet anaknya sejak dia berusia setahun.

Jelas ibu Hao, Chen Yuan, dia dan suami sebaliknya terpaksa akur dengan kehendak anaknya yang akan menangis tanpa henti jika tidak diberi makanan.

LU HAO didukung oleh bapanya di wilayah
 Guandong,China baru-baru ini.
Keluarganya juga memasang jaring bola keranjang di halaman rumah dan membawa Hao melakukan aktiviti renang di sebuah sungai berhampiran bagi menggalakkan Hao melakukan aktiviti sukan supaya badannya kurus.

Namun, latihan yang dilakukan oleh Hao hanya membuatkan dia menjadi lebih lapar selain berat badan kanak-kanak itu terus meningkat.


Yuncheng telah membawa Hao ke hospital sebanyak tiga kali.

Seorang doktor menyatakan anaknya itu mengalami tumor di kepala manakala dua doktor lain menyatakan dia tidak mempunyai tumor.

Doktor juga mendakwa hormon kanak-kanak itu normal. Cuma, mereka tidak tahu punca Hao menjadi gemuk.

"Harapan terbesar kami adalah untuk melihat Hao kurus suatu hari nanti," jelas ibunya. - Agensi

23 December 2010

Tat Telur

Sori ye u'all. Lama Cik RR tak menyapa dan berborak dengan u'all. Cik RR sangat-sangat-sangat busy sebab pergi holiday dekat Hong Kong you all. Best ke tidak tak boleh nak cakap sekarang. Sebab Cik RR nak bercuti lagi ni. Tapi ini ada ole-ole buat you all okay. Cik RR bawakkan tat telur punya resepi. Kek tat telur ni sangat femes okay. Gile sedap. Senang cerita Cik RR ingat nak kahwin je ngan chef yang buat tat telur ni. Tapi dia kata takut kena 'potong'. Hahahah. Okay, kalau you all nak tengok resepi tat telur yang pemes kat negara paling banyak produk tiruan China ni sila la teruskan membaca. Da~

Selebriti Pilihan Bulan Ini

Zhao Wei adalah seorang pelakon dan penyanyi yang berbakat dan beliau ialah anak kelahiran negara China. Beliau telah dilahirkan pada 12 Mac 1976. Dan dikenali dengan nama Vicki Zhao, selepas namanya gah setelah membintangi beberapa drama hebat. Semasa beliau belajar di Beijing Film Academy, Zhao menyertai dalam pelbagai projek filem. Zhao akhirnya memulakan perjalanan hidup seninya sebagai seorang pelakon utama di dalam Princess Pearl, iaitu sebuah siri televisyen Taiwan yang sangat terkenal.

Kepopularan drama siri itu akhirnya telah mengembangkan lagi bakat Zhao di dalam bidang nyanyian. Berikutan itu, pada tahun 1999 selepas Puteri Pearl disiarkan, Zhao juga memulakan kerjaya bernyanyi melalui album pertama beliau, Swallow.


Bukan itu sahaja Zhao meletup menjadi seorang bintang antarabangsa apabila mendapat peranan sebagai heroin di dalam filem Shaolin Soccer (2001), bersama Stephen Chow, So Close (2002) dan epik kepahlawanan dari Heaven and Earth(2004). Dalam epik sejarah John Woo's Red Cliff (2009), beliau memainkan watak sebagai seorang puteri pahlawan Sun Shangxiang. Beliau mendapat ulasan positif dari Associated Press: "But the biggest surprise in the cast is Chinese actress Zhao Wei, who steals the show with her portrayal of Sun's spunky tomboy sister Sun Shangxiang".

Zhao Wei menjadi selebriti Hong Kong pilihan untuk menyiasi majalah "Marie Claire" bagi penutup untuk tahun 2011 ini.

Lagi gambar Zhao Wei selepas ini.

09 December 2010

Jamuan Perkahwinan Di China

Kalau orang kita disebut sebagai kenduri. Tapi kalau bangsa lain menyebutnya sebagai jamuan. Mungkin berbeza sebutan namun konsep nya tetap sama iaitu menjamu orang ramai untuk mengumumkan sesuatu perkahwinan. Ia dilakukan selepas sesuatu upacara perkahwinan selesai. Jadi masa ni la warga desa, kampung atau sanak-saudara dapat mengenali pasangan yang berkahwin ini. Dengan kata lain dapat memperkenalkan pasangan ini iaitu sudah berkahwin dan boleh mengelakkan fitnah. Itu kalau dalam konsep islam la kan. Kalau bangsa lain mungkin adat sahaja. Tutup cerita pasal sesebuah perkahwinan dan jom saksikan lebih banyak lagi gambar perkahwinan orang Cina ini :)

02 December 2010

Dari Kerana Kaki

Milik siapakah kaki ini. Licin tu. High heel pun 1 meter tu. Wohooo~ Jom kta tengok siapa pemilik kaki yang HOT ini.

26 November 2010

17 November 2010

Sukan Asia XVI 2010 di Guangzhou, China

Lagi gambar sekitar pembukaan Sukan Asia 2010 di Guangzhou China selepas ini

22 September 2010

Kaum Muslimin di China

Hari Jumaat 10 Sept 2010 bersamaan 1 Syawal 1431H umat Islam menyambut Hari kemenangan umat islam setelah menunaikan Rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa di dalam Bulan Ramadhan. Jom Cik RR bawak y'all semua tengok bagaimana saudara Islam kita di China bersembahyang Aidilifitri :)

Lihat lagi gambar seterusnya saudara islam kita di China bersembahyang Aidilfitri
Powered by Blogger.