Assalamualaikum semua. Apa khabar? Lamanya-lah Cik RR tak dapat nak update belog ni secara betul-betul kan. Mungkin dah ada yang malas nak jejak kaki ke sini pun ada. Huhuhu. *sedih*
Maaf la ya semua, kesibukan yang melanda ditambah dengan tiada internet nya di tempat belajar Cik RR membuatkan Cik RR ni dah menjadi malas nak update belog ni. Tapi insyaallah lepas ni Cik RR akan lebih rajin untuk menghiburkan anda semua. Lagipun masa cuti hari tu kakak Cik RR dah ambilkan broadband untuk Cik RR. Ingat Cik RR nak mula bergiat aktif dengan pertolongan beliau.Terima kasih ye sis. You are the best sis I ever had. I swear ♥
Okay kita terus pada video hari ini dibawakan daripada luar negara iaitu Lernert & Sander dengan tajuk 'Natural Beauty'. Ianya adalah special edition untuk kaum-kaum Cik RR ni kan. Yang sememangnya tak lekang dengan pakai make-up semua tu. Erm kalau ikut Cik RR ni memang kategori kurang pakai make-up ni. Kalau pakai pun memang pakai bodo bodo je bukan la selalu macam ada setengah orang tu kan. Sehari kalau tak pakai memang menggila la hari wanita tu. Jadi pada wanita kat luar sana tu Cik RR nak tanya jujur dari hati y'all kan pernah ke y'all terfikir apa yang y'all pakai kat muka tu, yang y'all dok salut salut kat muka tu selama satu tahun sebenarnya akan jadi suatu benda yang menjijikkan ? Err,
Cik RR : Tak suka pakai make-up sebab mak kata kalau selalu pakai nanti masa jadi Raja Sehari dah takde seri. Ahaks
0 Beriang Ria:
Post a Comment