08 August 2010

Cik RR Buat Luahan Hati

(Baca : Sedih)
Semalam, eh bukan semalam tapi hari Jumaat lepas CPU Cik RR terpadam dengan tiba-tiba masa Cik RR nak menulis kat blog ni. Tekejut sakan la Cik RR ni y'all. Sebab dia padam tak bagi salam dulu. Tekesima la dua minit cam gitu bukan apa semua fail-fail penting Cik RR ada dalam tu. Nak tulis apa kan. Bayangkanla semua bahan-bahan untuk blog Cik RR simpan dalam tu. Sedapkan hati sendiri Cik RR cuba la try ON balik, tapi tak boleh juga. Akhirnya Cik RR buat keputusan dengan bukak satu-satu badan CPU nak tengok kot-kot ada cicak mati tersepit dalam tu ke kan.
Tapi bila bukak tak jumpa pun benda yang memusykilkan cuma debu jela. Cerita sebenarnya Cik RR ni tak pandai betulkan pun. Jadi memang tak boleh buat apa-apa la. Ingat nak kacau-kacau wayar kat dalam tu. Tapi takut tersalah buat pula. Tak pasal-pasal berganda-ganda duit Cik RR terbang. Dekat 1 jam Cik RR teliti tapi tak dapat juga jawapannya. Last-last pasang balik semua 'baju' CPU tu, Cik RR cuba tengok Power plug pulak. Tapi itu pun okay je, takde la bau hangus ke apa kan. Jadi terpaksa la suruh ayah Cik RR bawa kat kawan dia(hari ni baru ayah Cik RR hantar). Cik RR rasa tak riang la. Sebab sebelum tu keyboard Cik RR buat hal. Dua minggu sebelum tu, mouse yang buat hal. Dua bulan sebelum tu monitor nya buat hal jugak!
Lepas dah Cik RR membebel ni kan ada la hamba allah tu tanya, "Habes Cik RR online guna apa ni? Kata PC rosak" Cik RR jawab balik, "guna gigi". Terus hamba allah tu diam. Dah Cik RR kata rosak, maksudnya betul-betul rosak la kan. Internet Cik RR okey je, yang rosak tu CPU apa kena mengena kan. Sekarang dengan phone pun Cik RR boleh post bahan. Cuma susah sikit la kan.

63437264326423.jpg
Originally uploaded by -Si Riang-Riang-

4 Beriang Ria:

faulana said...

hai cik rr.. salam kenal dari saya..

ermm mengikut firasat sy.. pc cik rr cuma rosak power suply je kot

Ika Zul said...

power supply tu tang mana? Maap la yer. Cik RR ni kurang arif pasal benda ni.
kalau rosak power supply tu, Cik RR kne tuka ape??

faulana said...

erm sng je cik rr p antar kedai je.. kalau power supply rosak tkar power supply je.. dalam RM30 je.. fau bab2 pasang tau ler.. fau bagi tau nie atas dasar pengalaman

Ika Zul said...

hohoho. begitu ke. terima kasih fau. tu la ingat nak anta kat kdai je. tapi dah terbagitau ayah kan. hope la kawan ayah Cik RR tu siapkan cepat. risau gak digodek2 fail dalam tue. =.="

Powered by Blogger.