07 August 2010

Nak Basuh Kereta ke Tak Nak?

Aper der hal ade gamba kereta banyak debu ni kan. Ni kereta jiran Cik Riang-Riang ni. Tengok! Debunya lagi tebal dari bedak Makcik Bedah nu ha. Pagi tu ada ke patut dia boleh tanya Cik RR nak basuh ke tidak? Lepas tu apa lagi pot pet la mulut ni cerita pasal kebersihan tu penting. Sempat la die tertidur seround dua penat katanya dengar Cik RR membebel. Ada ke patut.
Last-last dia cakap kat Cik RR dia nak buat duit dengan debu ni. Wah,wah ayat jiran Cik RR macam ape je kan. Cik RR gelak guling-guling sekejap la kan. Tapi memang betul la pulak. Dia tak main-main. Kalau nak tahu macam mana jiran Cik RR buat duit dengan debu tebal 8 inci ni. Y'all teruskan la membaca. Jom beriang-riangs dengan Cik RR.

Ha ni la jiran Cik RR tu. Nama melayunya Pak Bu(Pak Debu) atau nama sebenarnya Scott Wade. Hobi Pak Bu ni memang suka kumpul debu dekat kereta dia. Al-kisahnya dia ni memang pemalas nak cuci kereta kan. Jadi debu yang betepek kat kereta dia tu selalu la kena gosip dengan all staff kat office dia la kan. Paling dia bengang aritu makcik cleaner pun sibuk dok gosip kereta dia rupanya. Jadi timbul la idea dia nak buat kerja tak senonoh dia tu. Mula-mula ingat nak sapukan je debu kat muka Makcik cleaner tu tapi akhirnya timbul la idea nak buat lukisan menggunakan debu kat cermin kereta dia.





Ala-ala pendapatan sampingan gitu bila seluruh kawasan kejiranan Cik RR ni turut menjadi pemalas membasuh kereta sebab nak suruh Pak Bu ni duk lukis kat kereta they all ni. Jadi y'all apa lagi, agak-agak malas basuh kereta sebelum dating tu singgah la sekejap kat rumah Pak Bu ni mintak dia lukiskan untuk y'all. Ho ho ho.
Ni la Pak Bu tertidur dengar Cik RR membebel pasal kebersihan tadi.
Cik RR : nasib baik RR guna basikal je pergi kerja.

4 Beriang Ria:

velasrizal said...

kreatif habis..

Keputusan Undian Kumpulan TM Piala Malaysia 2010

-Si Riang-Riang- said...

hehehe. kreatif tue ok gaks. debu bagai kat kete tue K.O.

intan said...

mcm2 btol dorang ni..
ada je idea kan..
hahaha

btw cik riang2..blog kamu best la!
thumbs up~ ;)

-Si Riang-Riang- said...

Cik RR menerima pujian cik Intan dengan muka merah padam.hohoho :)

Powered by Blogger.