Showing posts with label Pemakaian Tudung Yang Betul. Show all posts
Showing posts with label Pemakaian Tudung Yang Betul. Show all posts
17 December 2012
27 November 2010
Bertudung Tapi Hanya Hipokrit?
1:55 PM
From Seutas Renungan, Tasbih Perjuangan by Mohd Yusof Hadhari Bin Saidon
Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.
Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).
Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat. Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh.
Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya.
Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka. Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yang bukan muhrim, pengotor dan pelbagai karenah lagi. Walaupun saya tidak memakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya.
Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang.
Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amiin...
- Diera -
Teruskan membaca untuk mengetahui jawapan dari Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

18 October 2010
Tudung Wanita Moden
1:30 PM
Inilah fesyen bertudung zaman sekarang yang anda banggakan/orang sekeliling anda banggakan. Moga selepas anda membacanya,bakal mengukuhkan jiwa anda supaya bertudung seperti Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w perkatakan dan BUKANNYA semata-mata berfokuskan kepada fesyen dan ingin menunjukkan bentuk tubuh anda kepada KHALAYAK RAMAI. Kepada sesiapa yang masih ingkar perintah ALLAH S.W.T dan tidak mengenakan pakaian yang menutup aurat dan bentuk tubuh anda 100%, mulakanlah langkah pertama anda KERANA sesungguhnya manusia pada hari ini lebih teruk berbanding apa yang berlaku pada zaman Jahiliyah dahulu.
(Contoh ringkas: Wanita di zaman Jahiliyah dulu,perempuan sudah tiada maruah dan menayangkan bentuk badan kepada semua LELAKI SEMATA-MATA INGIN MENARIK PERHATIAN. Benarkah, zaman Jahiliyah kembali mengungkap sejarah pada zaman KITA KETIKA INI??? Zaman Jahiliyah dulu anak perempuan akan ditanam hidup-hidup,TETAPI KINI tak kisah anak perempuan atau anak lelaki dibuang hidup-hidup)
Isu yang saya hendak fokuskan bukannya kepada wanita yang tidak menutup auratnya(tidak memakai tudung) kerana isu tersebut kita sudah pun tahu apakah hukuman di akhirat kelak kepada manusia yang tidak menutup aurat apatah lagi sengaja mendedahkan aurat TETAPI isu yang saya hendak kaitkan disini ialah ISU PEMAKAIAN Tudung Wanita Moden.
Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.
Hadis nabi :"Barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – Riwayat Abu Daud.RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA.
Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan. Gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah. Jauhilah dari memakai sebegini. Agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian.
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).Jom kita perhatikan beberapa kesalahan pemakai tudung hari ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Powered by Blogger.