Showing posts with label Sehat. Show all posts
Showing posts with label Sehat. Show all posts

19 August 2010

Jom Buat Brownies Dengan Cik RR

Wah hari ni kan Cik RR sudah jadi Chef okey. Cik RR naik pangkat. Brownies yang Cik RR nak ajar y'all sekejap lagi ni memang superb senang. Lagi-lagi siapa yang tak sempat nak buat juadah berbuka puasa tu kan. Cuma perlu masa 3 minit je y'all. Tak susah mana pun. Janji ada bahan-bahannya. Cara-caranya ialah :
Klik sini untuk kehidupan yang lebih bahagia

31 July 2010

Susu yang Lemak Berkrim

Cuba bagitahu kat Riang-Riang siapakah di antara y'all ni yang benci nak minum susu? Angkat kaki. 1, 2, ... 45 orang! Apekah? Y'all jangan gitu [sambil buat jari] no no no okay. Susu harus diminum kerana ........

Riang-Riang suka sangat minum susu, jadi y'all semua kena gak la suka minum susu. lol. Bukan itu sahaja,tapi kerana susu ini bagus bagi kesihatan kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi dan baik untuk tulang y'all semua tue. Kita tak nak la nanti umur 30 tulang dah kerepot sana sini.

Okay mungkin kebaikan susu ini masih tidak dapat merubah pendirian y'all. Tapi! mungkin 'benda' ini dapat merubah pendapat y'all yang benci susu. Susu superb delicious! Nda percaya? Jom tengok....

15 July 2010

Posisi Anda Ketika Bersama..............

Wah! Wah! Tajuk Riang-Riang kali ni hangat sekali ya. TAPI! diingatkan pada y'all jangan la ingat benda tak elok pula. Kali ini Riang-Riang nak tunjukkan pada anda posisi-posisi pada pengguna laptop khususnya. Sebagaimana kita tahu, kebanyakan dari y'all memang pengguna laptop yang tegar sama seperti Riang-Riang. Tapi tahukah y'all, menggunakan laptop juga memerlukan posisi-posisi yang sesuai? Kalau tidak, badan kita lah yang menerima padahnya nanti. Berikut adalah senarai posisi-posisi yang mungkin y'all ingin cuba, untuk memberikan lebih keselesaan bersama dengan laptop y'all.

Posisi 1 : Normal/ gaya orang suci
Ia tidak ada beza ketika y'all dengan desktop mahupun laptop. Gaya ini adalah kedudukan di mana sebahagian besar pengguna laptop melakukannya setiap hari. Ini adalah kedudukan biasa malah anda tidak akan berasa malu ketika melakukan posisi ini. Bahkan portability adalah ciri penting laptop, dan ia dibuat untuk kemudahan

14 July 2010

Katakan "YA" untuk Rokok dan Katakan "YA" untuk Kanser

siapa yang tengah makan tue bawak-bawak la habiskan dulu. tak pon berenti jek makan.

Susah hati Riang-Riang tengok penghisap rokok yang tegar nie. Macam-macam kerajaan buat nak suruh orang kita berhenti merokok. Banyak jugaklah iklan yang menghabiskan duit berjuta-juta tapi tak guna. Baru-baru nie jek pun internet kecoh dengan seorang budak di Indonesia yang berumur 2 tahun mampu menghisap 50 batang rokok sehari. Lepas tu timbul pulak cerita kanak-kanak perempuan di China pula melakukan perkara yang sama malah ketagihan arak. Tapi tidak pula Riang-Riang kata Malaysia ni baik sangat. sebenarnya pun sama, cuma masih tidah didedahkan sahaja. Biasalah anak-anak Malaysia mahu juga ikut dalam ranking cuma lebih suka 'low profile' kata mereka.

Fullstop cerita sal kanak-kanak ni. Riang-Riang nak tanya ni adakah anda perokok? jika anda seorang perokok jadi anda WAJIB tengok entry ni sampai habis dan hayati dengan penuh perasaan. Riang-Riang nak tunjukkan pada y'all ni adalah kisah seorang lelaki yang merupakan seorang perokok tegar, dan kerana tabiatnya itu, sekarang dia menghidapi kanser mulut. Jadi lihat sahaja y'all kesan merokok dalam jangka masa panjang. Riang-Riang pasti perokok tegar pasti sangat riang melihat gambar ini kerana 10,20 tahun akan datang muka y'all pulak Riang-Riang masukkan dalam belog. Riang-Riang sebagai seorang yang berjiwa suci ni, jadi kasihan tengok y'all bakar duit y'all tue, siap bonus sekali dapat. PENYAKIT! Hentikan la kebiasaan merokok anda sebelum y'all pun terkena kanser mulut seperti ini wahai perokok..! anda tidak kachak pun merokok. sila percaya kata-kata ini.

Teruskan membaca untuk melihat muka kachak perokok tegar ini

08 July 2010

Suntik Minyak Masak Pada Wajah Kerana Ketagih SILIKON

Gila tak gilanya perempuan ini? Sampai minyak masak yang patut buat goreng ayam dengan tempe pun dia hentam suntik dekat muka. Akibatnya, kau orang tengoklah sendiri. Dah macam ayam goreng yang baru masak separuh jalan, tiba-tiba gas habis.

Perkara ni dilakukan oleh seorang wanita korea yang berusia 48 tahun, Hang Mioku. Mioku mengaku telah mula menjalani pembedahan plastik semasa berusia 28 tahun. Sejak itu, Mioku mula ketagih untuk melakukan pembedahan plastik pada wajahnya. Mioku memilih untuk mendapatkan khidmat pembedahan plastik yang murah dan tidak selamat untuk memenuhi keinginannya


Wajah Mioku sebelum dibedahplastikkan

Makin lama apabila sudah terlalu banyak melakukan pembedahan plastik, muka Mioku mula menjadi tak berbentuk dan membesar. Walaupun begitu, Mioku tetap menganggap wajahnya cantik dan menarik. Aku yang tengok ni macam nak kena sawan tarik lagi ada lah.

gambar lagi selepas ini

14 June 2010

iPad Membantu Operasi Pembedahan?

Tatkala semua orang bercerita tentang iPhone 4G, kami sahaja kat sini nak cerita pasal iPad. Hampir semua orang di dunia mulai jatuh cinta dengan iPad Apple's. Hal itu mulai dilihat dengan peningkatan permintaan di dalam pasaran dan banyak penggemar iPad terdiri dari golongan remaja bahkan diguna secara meluas di dalam bidang perniagaan. Beberapa hari yang lalu, iPad dikatakan akan digunakan oleh satu Syarikat Penerbangan sebagai sebahagian daripada perkhidmatan untuk pelanggan sementara sampai ke destinasi. Selain itu, sebulan yang lalu, dilaporkan bahawa di Jepun iPad telah digunakan untuk memeriksa X-ray dan gambar-gambar itu telah di post secara meluas di sebuah blog dari negara matahari terbit itu. Dengan semua ini tidak hairanlah produk iPad menjadi hit di pasaran malah ia juga merupakan suatu subjek luarbiasa untuk idea-idea yang mengejutkan dari beberapa individu yang kreatif.

Tapi siapa yang akan berfikir bahawa iPad boleh digunakan di tujuan perubatan? Ya, anda membacanya dengan betul, iPad digunakan untuk membantu dalam operasi pembedahan di Jepun!



05 March 2010

10 Jenis Makanan Antikolesterol


Gambar di atas adalah hiasan semata-mata.


anda sedang berusaha menurunkan berat badan anda? tapi tiada apa-apa perubahan? dan masih tercari-cari makanan bagaimana yang benar-benar sihat? di sini disenaraikan 10 jenis makanan anti kolesterol dalam erti kate lain negatif kolesterol dan dalam masa yang sama mengurangkan kolestrol di dalam badan anda. teruskan membaca untuk menjadi lebih sihat

03 March 2010

10 Tip Penurunan Berat Badan, BERKESAN dalam 1 minit



Tidak ada satu pun strategi penurunan berat badan di dunia ini yang tidak akan mengambil masa atau usaha. Oleh itu gaya masa kini yang sangat sibuk dengan kerjaya dan menguruskan keluarga menyebabkan ramai wanita terpakse melupakan hasrat untuk menurunkan berat badan - Namun berikut adalah 10 strategi berjaya untuk membakar kalori dan lemak anda yang hanya mengambil masa 60 saat atau kurang. Bagaimana caranya? Teruskan Membaca

26 February 2010

7 Khabar Angin yang SALAH tentang Kesihatan

Kisah Sebenar: Seorang kawan baik saya,
iaitu seseorang yang saya anggap cukup arif tentang kesihatan, diet, dan apa yang baik untuk badan, baru-baru ini telah menghantar e-mel kepada saya dan bertanya apakah makan saderi akan membantu anda menurunkan berat badan (bermaksud makanan anda negative-calorie).

Selalunya biasalah khabar angin pergi macam angin juge, cume yang satu ini 'pretty tame', tapi dalam beberapa kes maklumat yang salah boleh jadi ia sangat berbahaya. Jadi di sini, lapan perkara mitos tentang apa yang benar, apa yang disalah anggap, dan apa yang hanya benar-benar salah akan saye beritahu anda.
Powered by Blogger.