Pasti anda perasan baru-baru ini di pencarian Google terdapat gambar ini? Siapakah beliau? Beliau ialah Harry Houdini (lahir di Budapest, Hungary, 24 Mac 1874–meninggal di Detroit, 31 Oktober 1926) adalah seorang ahli silap mata terkemuka yang berasal dari Amerika Syarikat. Beliau paling dikenali melalui aksi-aksi meloloskan dirinya, antara lain melepaskan diri dari ikatan tali, gari, rantai, dan yang paling terkenal: muslihat Chinese water torture, di mana tubuh Houdini digantung terbalik lalu dia berjaya meloloskan diri dari almari kaca yang diisi penuh dengan air.
Houdini mula menjadi ahli silap mata bermula pada tahun 1891. Awalnya dia hanya melakukan aksi silap matanya menggunakan kad-kad terup, namun kerjayanya menanjak sejak mula memfokuskan diri pada aksi-aksi meloloskan diri. Pertunjukan terakhir Houdini berlangsung pada 24 Oktober 1926. Sehari kemudian dia telah dimasukkan kedalam hospital dan meninggal dunia akibat peritonitis di bahagian apendiks pada 31 Oktober 1926.
0 Beriang Ria:
Post a Comment