Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

09 September 2014

Baru dia tersedar, rupa-rupanya dia adalah.............

Najmi (bukan nama sebenar sebab nama sebenar dia Mohd. Najmi) telah berkenalan dengan seorang perempuan di dalam sebuah laman sosial yang cukup sosial di Malaysia. Nama perempuan itu ialah Farra. Setelah 3 hari pengenalan mereka Najmi sudah mula jatuh hati pada Farra. Walaupun singkat perkenalannya Najmi merasakan mereka ada chemistry untuk pergi dalam perhubungan yang lebih jauh.

Tetapi dia takut cintanya ditolak kerana sebelum ini dia pernah melamar lebih 10 gadis di laman sosial namun semua jual mahal. Tetapi disebabkan Najmi merasakan dia tidak mahu lagi digelar Forever Alone dengan rakan-rakan sebayanya Najmi tekad ingin melamar Farra menjadi "Gorillafriend". Rupa-rupanya Najmi tidak bertepuk sebelah tangan. Wanita itu juga memendam perasaan jantung dan hati yang sama kepada Najmi. Seronok bukan kepalang lagi Najmi bila medapat tahu dia bakal menjadi seorang "Boyafriend" tidak lama lagi.

Seminggu sudah berlalu, tetapi Najmi dan Farra masih belum berjumpa lagi dan Farra belum sempat buat video berapa lama dia couple dengan Najmi pun. Najmi menjadi gelisah kerana dia sudah menukar relationship di laman sosial kepada In Relationship. Sudah ramai rakan-rakannya like status itu. Malah ada juga yang bertanyakan siapakah gerangan wanita yang bertakhta di hatinya. Ada juga mulut-mulut longkang yang mengatakan "entah-entah couple dengan diri sendiri kot.." dan komen itu telah mendapat 234 like sejak ia di post kan.

Hati Najmi mula gelisah, panas membara, takut juga kalau Farra tidak wujud kerana banyak sebelum ini dia terbaca mengenai orang yang menggunakan akaun palsu. Bukan itu sahaja yang membimbangkan Najmi, sejak perkenalan mereka dan sejak mereka dengan rasminya jadi couple mereka masih belum pernah bertemu. Hanya berhubung di laman sosial dan whysapp sahaja.

Besok adalah hari Ahad, Najmi mendapat idea mungkin sudah sampai masanya mereka bertemu dan dating buat pertama kalinya untuk Najmi. Najmi kemudian menghubungi Farra tetapi Farra tidak angkat. Berkali-kali dia mencuba menelefonnya namun tidak diangkat.  Tiba-tiba Najmi dapat Whysapp dari Farra. "sorry you I tengah membuang tadi kenape you call I?". Najmi tanpa membuang masa terus mengajak Farra untuk keluar dating bersamanya pada esok hari. "erm boleh, tapi I boleh keluar masa malam je. Mama dengan papa I tak berapa sporting la you kalau I keluar siang-siang dengan you"

Najmi agak pelik dengan pemintaan Farra. Sebab selalunya mak bapak bagi anak dara mereka keluar siang bukannya malam. Tapi tak apalah Najmi on sahaja. Kerana bagi Najmi dia ingin sangat bertemu Farra walau apapun terjadi.

Malam yang ditunggu-tunggu sudah tiba, kelihatan Najmi sudah siap menunggu awal 1 jam daripada masa yang mereka janjikan. Malah tempat yang Farra ajak untuk bertemu sangat gelap. Hanya mengharapkan sedikit cahaya sahaja daripada lampu keretanyan. Walau ada sedikit ketakutan dalam dirinya dikuatkan jua semangat janji dia dapat bertemu "Gorillafriend" nya itu.

Tiba-tiba dia mendengar bunyi tapak kaki. Kelihatan dari samar-samar cahaya terlihat sebuah susuk badan yang lemah gemalai sedang berjalan menghampirinya. Bergetar rasa hati Najmi bila melihat susuk tubuh yang kurus dengan memakai gaun putih dengan rambut blonde yang diikat tepi ikal mayang. "Perghhhhh" bisik hati Najmi, tidak sangka cantik juga awek aku ini. Tapi di dalam kesamaran malam wajah awek nya itu kurang nampak kelihatan. Tidak apa lah bisik hati Najmi janji badan dia cantik, jangan seperti tong dram sudah.

"So kita nak pergi mana you", Farra hanya mendiamkan diri sambil menyerahkan kad bisnes sebuah restoran kepadanya. Najmi faham. Farra ingin pergi ke restoran itu. Najmi membukakan pintu kereta untuk wanitanya itu. Baru gentleman bisik hati Najmi. Ketika di dalam perjalanan Farra hanya mendiamkan diri, sesekali dia tersenyum melihat Najmi. Najmi tahu pasti Farra malu dengannya sebab itu dia tidak bercakap sepatah pun. Walaupun begitu Najmi di dalam kereta asyik dengan bau aroma minyak wangi Farra bau yang sangat menggetarkan jiwa jantannya.

Sampai sahaja mereka di restoran itu semua sudah bersedia menyambut mereka. Seolah-olah mereka sudah lama mengenali Farra. Tidak disangka rupanya aweknya itu mempunyai taste yang tinggi. Najmi hanya budak gerai dan kedai mamak. Seumur hidupnya ini pertama kali dia datang ke sini.

Ketika menunggu makanan siap dihidangkan bermain-main di mindanya muka sebenar aweknya itu kerana dari tadi dia masih belum dapat melihat dengan jelas. Cuma tahu mukanya cerah. Lampu di restoran itu juga tidak membantu kerana lampunya agak samar-samar. Namun hati Najmi mengatakan supaya tidak gopoh dan memujuk hatinya nanti selfie puas-puas dengan aweknya itu selepas makan nanti.

Belum sahaja panas punggung Najmi duduk tiba-tiba di atas pentas nama Farra dipanggil. Tidak tersangka rupa-rupanya Farra seorang penyanyi di restoran yang mahal ini. Bangga Najmi, kembang kempis hidungnya bila merasakan dia seperti bercinta dengan artis gitu. Najmi menepuk-nepuk dengan kuat tanda sokongannya pada teman wanitanya itu, lighting terus menuju ke Farra dan pada masa itu Najmi yang yang sedang beria-ria menepuk-nepuk itu tangannya mulai longlai kerana dia tersedar rupa-rupanya Farra itu adalah................

Nama sebenar Farra adalah Farrahan

05 July 2013

Rambut Cinta


Rambut ni! Cik RR nak jugak...... Tapi En.Hubby tak bagi dia kata tak shomel :'(

31 December 2012

19 December 2012

10 January 2012

Cerita Cinta Cik RR [Video]

Hari ni mood cinta-lah u'olls.


Dear diary,
RR rasa hari ni RR rasa RR -lah orang paling bahagia. Sebab si dia rupa-rupanya sukakan RR juga.
Rasa macam jantung ni rasa nak tercampak bila dia balas rasa cinta ni. Setiap hari ada sahaja kejutan dia berikan pada RR. Kadang-kadang masa RR nak pergi tandas dia terkejutkan RR dengan topeng gorilla. Memang comel! Tak pernah ada orang layan RR bagaikan puteri, dia lah yang pertama dan dialah segala-galanya. Best sangat! RR rasa dah demam cinta. Oh, dia betul-betul dah buat RR rasa macam dunia ni memang bukan RR punya. Oh! hebat sungguh perasaan ini. Dia memang 'jahat'! Heermmmm

16 July 2011

Wanita Oh Wanita

Betul ke wanita ni sukar untuk difahami? Betul ke wanita ini amat sukar dipuaskan?
Macam-macam ke orang perempuan ni? Dalam rating bumi wanita adalah makhluk yang sukar untuk difahami? (Kata orang lelaki) Boleh sesiapa betulkan?


Jika anda layan dia baik-baik, dia kata anda cinta padanya; Jika anda
tidak buat begitu, dia kata anda mainkan dia.

Jika anda berpakaian kemas, dia kata anda mahu memikat gadis lain;
Jika anda tidak buat begitu, dia kata anda pokai.

Jika anda bertengkar dengan dia, dia kata anda salah; Jika anda
berdiam diri, dia kata anda tak guna.

Jika anda lebih bijak dari dia, dia akan merasa tidak adil; Jika
sebaliknya, dia kata anda kureng..

Jika anda cinta padanya tapi tidak berbalas, anda tarik diri; Tapi
dia kata anda tinggalkan atau elakkan diri darinya.

Jika anda tidak pegang dia, dia kata anda tidak cinta padanya; Bila
anda pegang dia, dia kata anda gatal.

Jika anda beritahu dia masalah anda, dia kata anda banyak masalah dan
tak guna; Bila anda tidak beritahu, dia kata anda tidak percaya dan
tidak cinta padanya.

Jika anda terlalu ambil berat pada dirinya, dia kata lelaki lain
lebih ambil berat; Jika anda tidak buat begitu, dia pilih yang lain.

Jika anda pandang-pandang gadis lain, dia kata anda playboy; Jika
anda tidak pandang, dia akan pandang lelaki lain.

Jika anda kerap telefon dia, dia tak akan telefon anda; Jika anda
tidak telefon dia, dia akan terlalu kerap telefon anda hingga
mengganggu anda pula.

Jika anda hantar ini kepada perempuan, dia kata ini tidak betul; Tapi
bila anda tidak buat begitu, dia kata anda pentingkan diri sendiri..

25 December 2010

Contoh Surat Cinta Bagi Pecinta Tradisi Orang Lama


Bagaimana anda melafazkan cinta? Melalui SMS? Melalui jerit-jeritan? Melalui lagu? atau pun e-mel. Apa sahaja cara yang anda gunakan Cik RR pasti nya ia yang terbaik buat kalian. Tapi masih adakah manusia di muka bumi ini yang sanggup menghantar kata-kata luahan hati dan cinta menggunakan surat tatkala teknlogi seperti telefon bimbit mahupun internet sudah di guna pakai secara meluas di dunia ini?
Tetapi tidak mustahil juga bagi anda untuk memberikan surat cinta ini kepada sang pujaan hati tatkala teknologi masa kini masih tidak dapat meruntuhkan iman anda untuk menjadi seorang yang lebih konservatif dalam meluahkan kata cinta. Baiklah, tanpa kita melengahkan masa kerana membaca ayat Cik RR yang melalut ini, mari teruskan membaca untuk melihat surat cinta yang sangat romantis dan paling jujur ni

06 December 2010

Kenapa Dia Mencintai Aku?

  • Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  • Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  • Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa ada sahaja yang tidak kena pada penampilan kamu
  • Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

    11 October 2010

    13 Tanda Anda Jatuh Cinta

    Jika anda ingin tahu sama ada anda telah jatuh cinta dengan seseorang, anda boleh mengetahui melalui perkara berikut:
    • Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya. 
    • Anda akan sentiasa merindui dia.
    • Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.
    • Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.
    • Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.
    • Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.
    • Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.
    • Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.
    • Dia sentiasa di fikiran anda.
    • Anda akan sentiasa terhidu baunya.
    • Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.
    • Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.
    • Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.

    20 August 2010

    Feeling Mengikut Posing Berdiri

    Assalamualaikum y'all. Semalam Cik RR dah cuba profesion chef, hari ni Cik RR nak cuba jadi apa pula ya? Oh! Apa kata hari ni Cik RR jadi Doktor. Tapi Doktor Cinta la ya. Pernah tak y'all tau apa boypren/girlpren y'all fikir masa y'all tengah berdiri je? Contoh nya tengah tunggu train ke. Tapi tetibe je si dia boleh happy, tetiba je boleh marah kan. Pernah tak?
    Kat sini Cik RR dah habis khatam salah satu 'sifat semulajadi' pasangan yang tengah dilamun cinta. Di sini Cik RR akan senaraikan cara posing berdiri yang dapat menentukan feeling pasangan y'all tuh! Tak percaya? Jom kita tengok.

    04 August 2010

    Cinta Pada Siapa? Hati Untuk Siapa?

    Ha! Y'all soalan Riang-Riang kali ni siapa pula nak menjawabnya? Riang-Riang ni takde la pula pengalaman bercinta, jadi kalau tanya Riang-Riang maaf zahir batin jela ya. Tak dapat lah nak menolong. Dulu susah la sangat nak tengok fonomena curang dan skandal bagai ni kan. Lagipun belum ada kamera nak realisasikan impian orang ketiga, keempat dan seterusnya. Sekarang tak payah cerita tengok pun dah tahu yang korang ngan orang ni ada pape! Caranya? Senang ja. Tengokla gambar kat sini, kot-kot terkantoi kat sini. Femes y'all.

    02 August 2010

    Biarkan Mereka Bahagia...

    Sekali lagi Riang-Riang nak tunjukkan pada y'all semua bahawa CINTA itu maha hebat, dan cinta itu juga luar biasa. Ini bukan fantasi hatta angan-angan tapi kenyataan! dan diingatkan sekali lagi. Sila simpan kutukan anda dalam-dalam. Anda tidak berhak mengutuk ciptaan Tuhan :)

    Teruskan membaca untuk melihat pasangan dari China yang saling mencintai ini. Very the loving you

    24 July 2010

    Bila Darth Vader Jatuh Cinta

    Siapa kata Darth Vader yang kejam&&berhati besi ni tak boleh jatuh cinta? Dalam hati ada taman maa. Saksikan cerita cinta Darth Vader :)

    Apaapa pun ayat populer Darth Vader yang Riang-Riang suka dalam video ni,
    "I'm such an idiot"
    Ya kadang-kadang kita memang bole jadi 'bodo' dalam becinte pon :P
    Bukan senang nak tengok Darth Vader jadi careless, lagilagi pasal wanita**kaum Vader** LOL

    20 July 2010

    Cinta Itu Luar Biasa


    Indah bukan bila jatuh cinta? Itu yang Riang-Riang lihat pada pasangan ini. Mungkin ada sesetengah orang akan memandang rendah pada pasangan ini. Tapi tolong keep them to yourselves. Apa yang Riang-Riang nampak, mereka adalah pasangan yang sangat secocok kerana mencintai antara satu sama lain. Mereka adalah di antara pasangan yang melihat pada istilah cinta yang sebenar-benarnya, bahawa CINTA tidak memandang pada keadaan fizikal. Kecantikan dalaman itu yang penting. Riang-Riang bahagia untuk mereka berdua dan tabik hormat pada lelaki ini sebab buktikan pada Riang-Riang bukan semua lelaki melihat pada kecantikan fizikal semata-mata. Terima Kasih :)

    Teruskan melihat gambar sekitar Hari Bahagia mereka

    13 July 2010

    Single itu TIADA HARAPAN


    Pernah tak kita berjumpa dengan pasangan yang buat kita percaya cinta itu masih ada? Riang-Riang selalu rasa bahagia, bila terlihat pasangan datuk-nenek yang mungkin agaknya menyambut ulang tahun ke-50 perkahwinan mereka tetapi masih sahaja mesra macam orang muda-mudi. Contoh terdekat yang Riang-Riang ada ialah kawan baik Riang-Riang sendiri. Pasangan ini telah bersama selama empat tahun. Gadis itu adalah kawan baik Riang-Riang sendiri. Pernah satu hari tu kawan baik Riang-Riang ini berpindah ke rumah sewa dan paling bahagia melihat bila teman lelaki kawan baik Riang-Riang ni sentiasa ada di sisi untuk temankan teman wanitanya. Dia pindahkan meja, almari dan melakukan semua hal-hal lelaki(kasar) yang sememangnya kami sebagai perempuan tak tahu bagaimana nak lakukannya. Kadang-kadang Riang-Riang selalu bergurau dengannya yang teman lelaki macam seorang bapa kerana terlalu mengambil berat dan sangat bertanggungjawab.

    17 June 2010

    99 Perkara Tentang Lelaki yang Harus Anda Tahu




    1. Lelaki sukakan wanita yang kemas dan pandai bergaya

    2. Lelaki suka digoda

    3. Lelaki boleh menyukai anda dalam masa seminit, dan kemudian melupakan tentang anda selepas itu.

    4. Apabila seorang lelaki mengatakan dia tidak memahami anda, ini bermakna anda yang tidak berfikir dengan cara dia.

    5. "Awak buat apa?" atau "Awak dah makan belum?" ini adalah soalan yang selalu diaju oleh lelaki di dalam telefon untuk menghilangkan kegagapan (atau out of idea)

    07 June 2010

    Tempat Untuk Anda Bertemu Si Dia. . .



    menjanda? kesepian? nak inginkan pasangan? tapi tatau mane nak menapak?
    Hoho setelah lama daku membuat kajian. inilah hasilnya!

    1. Kelab
    oke. kat sini anda boleh jumpe ramai pasangan untuk anda. tapi. saya ta bule janji kat anda mereka pasangan yang TERBAIK. tapi kalo setakat
    mau cucicuci mate. pastue nak wat anak ikan. bule la.
    carenye, belanja mereka minuman, chatting while, get a number n done!
    Update : it still works

    2. Supermarket
    pasarmalam. kedai runcit. Giant, Jusco, Pavillion. Suria KLCC. pergi sahaja tempat di mana orang ramai berkerumun. dan duduk di dalam cafe. pesan secawan kopi (paling murah tapi standard bole tahan dan paling penting tempat yang ada lelaki tampan SAHAJA)
    Kemungkinan. (kemungkinan oke) anda akan menemui seseorang yang tinggal dekat dengan anda dan malah mereka menyukai kopi seperti yang anda lakukan! > nampak sangat lelaki tue bace artikel aku ;P
    ataupon anda tadek bajet. ok fine. anotha way, terus pergi ke sebuah kedai buku. ini adalah tempat lain untuk bertemu orang dengan selera yang sama - at least in comics!
    Powered by Blogger.