Showing posts with label Youtube. Show all posts
Showing posts with label Youtube. Show all posts

10 January 2012

Cerita Cinta Cik RR [Video]

Hari ni mood cinta-lah u'olls.


Dear diary,
RR rasa hari ni RR rasa RR -lah orang paling bahagia. Sebab si dia rupa-rupanya sukakan RR juga.
Rasa macam jantung ni rasa nak tercampak bila dia balas rasa cinta ni. Setiap hari ada sahaja kejutan dia berikan pada RR. Kadang-kadang masa RR nak pergi tandas dia terkejutkan RR dengan topeng gorilla. Memang comel! Tak pernah ada orang layan RR bagaikan puteri, dia lah yang pertama dan dialah segala-galanya. Best sangat! RR rasa dah demam cinta. Oh, dia betul-betul dah buat RR rasa macam dunia ni memang bukan RR punya. Oh! hebat sungguh perasaan ini. Dia memang 'jahat'! Heermmmm

31 December 2011

Lagu Buat Mak Guling-Guling

Amour - No Duit No Cinta



Naya Revina - Janda Tujuh Kali


Lagu dia bukan tak sedap sangat, boleh-lah. Cuma macam nak guling-guling je dengar-nya.
Jangan salah faham ya.

03 January 2011

Video Hitler Tentang Pasukan Bola (Lawak GILER!!)

Pada pihak-pihak tertentu sila jangan marah. Hanya hiburan semata-mata. Siapa yang makan cili dia lah kena minum air! Kah kah kah. Layan~


Teruskan membaca untuk mendapatkan pesanan sayang daripada Cik RR tulus buat peminat yang tak minat Cik RR.

05 November 2010

Siapa kata Lisa Surihani tak Comel!!

Lisa Surihani menari poco-poco. Memang cute la dia menari. Cik RR loike! :)

Tapi orang menari poco-poco ni cute kalau orang tu kurus weh. Kalao tak jadi macam makcik kat depan Lisa. Rasanya Cik RR macam tu kot. Ekekeke.

27 September 2010

Al Kisah Break Dance


Break-dance adalah kemahiran/skil yang harus diberikan sepenuh fokus dan dedikasi serta kekuatan fizikal yang memerlukan bakat semulajadi untuk menguasainya. Ia memerlukan kekuatan dan keseimbangan di mana bukan semua orang dapat melakukannya.

Oleh sebab itu, tidak hairan lah Internet 'dibanjiri' dengan b-boy yang gagal.

Jom kita tengok koleksi video yang meletakkan perkataan "break"-dance itu pada maksud yang sebenar-benarnya.

18 August 2010

Ohh Liu Wei

Y'all kenal tak siapa Liu Wei? Bukan jiran Cik RR yang Cik RR minat tu okey. (Apsal aku gitahu diorang ni??!) Untuk pengetahuan y'all, Liu Wei ni seorang pemain piano yang hebat dan telah muncul di dalam program "China's Got Talent" baru-baru ini. Bukan itu sahaja beliau telah mengWOWkan seluruh penonton di seluruh dunia apabila beliau menunjukkan kehebatannya bermain tanpa melakukan apa-apa kesalahan dari Richard Clayderman's - Mariage D'amour bahkan bertambah WOW bila Cik RR tahu dia bermain piano tanpa kedua-dua belah tangannya!!

Ya y'all tak salah baca. Liu Wei ni telah bermain piano menggunakan kakinya kerana kehilangan tangannya sejak beliau berumur 10 tahun. Tapi permainan piano nya tidak ubah seperti seorang manusia normal. Cik RR ada tangan ni pun belum tentu mampu bermain piano seindah itu. (Baca: Insaf)
Liu Wei telah kehilangan kedua-dua tangannya apabila beliau tidak sengaja tersentuh wayar yang berkuasa tinggi ketika beliau bermain sembunyi-sembunyi bersama rakan-rakannya.
Yang paling Cik RR sedih y'all. Masa Liu Wei ni berumur 18 tahun, Liu telah mengambil keputusan untuk mencapai impian nya menjadi seorang professional musician dan beliau telah belajar bermain piano secara senyap-senyap tanpa pengetahuan ibunya. Walaubagaimanapun cikgu Liu ni berhenti dari mengajar Liu kerana katanya ia sangat mustahil bagi sesiapa bermain piano menggunakan kaki. Liu juga sebenarnya bersetuju dengan gurunya itu tapi beliau tetap tidak berputus asa dan sedaya upaya belajar bermain menggunakan kakinya. Bagi Liu itu adalah 'takdir' yang telah ditentukan tuhan dan belajar menerimanya.
Pada sesiapa yang dah putus asa dengan ujian yang sedikit dari Allah tu, Liu Wei ada nasihat sedikit untuk y'all
"For people like me, there were only two options. One was to abandon all dreams, which would lead to a quick, hopeless death; the other was to struggle without arms to live an outstanding life,"
saksikan video selepas ini dan jangan lupa sediakan tisu di sebelah, mungkin y'all memerlukannya nanti?

01 August 2010

Cewek Indonesia. Mari Yuk!

JOVITA (kanan) dan Shinta pada mulanya sekadar bergurau menyanyikan semula lagu Keong Racun sebelum menjadi popular setelah disiarkan menerusi laman YouTube.

BANDUNG - Selepas gempar dengan klip video seks tiga artis terkenal menerusi Internet sejak bulan lalu, Indonesia kini menjadi tumpuan jutaan peminat laman web sosial YouTube dari seluruh dunia gara-gara kemunculan klip Keong Racun.

Klip lagu dangdut lama itu telah dilayari lebih sejuta kali sejak disiarkan pada 18 Jun lalu selepas dinyanyikan semula secara mimik bibir selama 5 minit 14 saat oleh dua penuntut universiti swasta di sini, Jovita Adityasari dan Shinta Nuriansyah, kedua-duanya berusia 19 tahun.

Teruskan membaca untuk mengenali mereka
Powered by Blogger.