13 July 2010

Single itu TIADA HARAPAN


Pernah tak kita berjumpa dengan pasangan yang buat kita percaya cinta itu masih ada? Riang-Riang selalu rasa bahagia, bila terlihat pasangan datuk-nenek yang mungkin agaknya menyambut ulang tahun ke-50 perkahwinan mereka tetapi masih sahaja mesra macam orang muda-mudi. Contoh terdekat yang Riang-Riang ada ialah kawan baik Riang-Riang sendiri. Pasangan ini telah bersama selama empat tahun. Gadis itu adalah kawan baik Riang-Riang sendiri. Pernah satu hari tu kawan baik Riang-Riang ini berpindah ke rumah sewa dan paling bahagia melihat bila teman lelaki kawan baik Riang-Riang ni sentiasa ada di sisi untuk temankan teman wanitanya. Dia pindahkan meja, almari dan melakukan semua hal-hal lelaki(kasar) yang sememangnya kami sebagai perempuan tak tahu bagaimana nak lakukannya. Kadang-kadang Riang-Riang selalu bergurau dengannya yang teman lelaki macam seorang bapa kerana terlalu mengambil berat dan sangat bertanggungjawab.

Tapi......... semalam mereka putus.

Sebagai rakan baik yang bahagia melihat hubungan mereka Riang-Riang turut merasa sedih dan paling penting sangat terkejut dengan keputusan lelaki itu. Bila rakan baik Riang-Riang telefon mengadu dan menangis, Riang-Riang teringin sangat nak tenangkan dia. Riang-Riang tahu mesti itu tamparan dan luka maha hebat untuk dia. Kalau diikutkan mungkin tidak pernah terfikir walau sedetik pun tentang 'perpisahan' ini selepas bersama untuk 4 tahun. Dia sangat sedih tapi apa gunanya kalau Riang-Riang mencuba menyuruh dia berhenti menangis selagi memori tentang percintaan mereka masih lagi di dalam otaknya.

Riang-Riang juga akui Riang-Riang pernah merasa 'sakit' nya mencintai dan ditolak dan mengingatkan Riang-Riang betapa cinta itu sebenarnya sangat rapuh, dan akan mula dikesali bila ianya tidak menjadi. Diri pula masa tu akan jadi bingung dan hilang semua arah tuju hidup. It makes me not want to ever be back in that place ever again. Never again.

Kata orang dalam mencari cinta ni pastinya perlu ada risiko yang kita harus ambil. Tapi dalam keadaan ini Riang-Riang terasa berdiri dalam dua situasi, berasa takut yang Riang-Riang tidak akan jatuh cinta lagi dan tidak mahu dilukai lagi.

Kadang-kadang jadi single nie memang teruk bukan.

0 Beriang Ria:

Powered by Blogger.