Tetapi dia takut cintanya ditolak kerana sebelum ini dia pernah melamar lebih 10 gadis di laman sosial namun semua jual mahal. Tetapi disebabkan Najmi merasakan dia tidak mahu lagi digelar Forever Alone dengan rakan-rakan sebayanya Najmi tekad ingin melamar Farra menjadi "Gorillafriend". Rupa-rupanya Najmi tidak bertepuk sebelah tangan. Wanita itu juga memendam perasaan jantung dan hati yang sama kepada Najmi. Seronok bukan kepalang lagi Najmi bila medapat tahu dia bakal menjadi seorang "Boyafriend" tidak lama lagi.
Seminggu sudah berlalu, tetapi Najmi dan Farra masih belum berjumpa lagi dan Farra belum sempat buat video berapa lama dia couple dengan Najmi pun. Najmi menjadi gelisah kerana dia sudah menukar relationship di laman sosial kepada In Relationship. Sudah ramai rakan-rakannya like status itu. Malah ada juga yang bertanyakan siapakah gerangan wanita yang bertakhta di hatinya. Ada juga mulut-mulut longkang yang mengatakan "entah-entah couple dengan diri sendiri kot.." dan komen itu telah mendapat 234 like sejak ia di post kan.
Hati Najmi mula gelisah, panas membara, takut juga kalau Farra tidak wujud kerana banyak sebelum ini dia terbaca mengenai orang yang menggunakan akaun palsu. Bukan itu sahaja yang membimbangkan Najmi, sejak perkenalan mereka dan sejak mereka dengan rasminya jadi couple mereka masih belum pernah bertemu. Hanya berhubung di laman sosial dan whysapp sahaja.
Besok adalah hari Ahad, Najmi mendapat idea mungkin sudah sampai masanya mereka bertemu dan dating buat pertama kalinya untuk Najmi. Najmi kemudian menghubungi Farra tetapi Farra tidak angkat. Berkali-kali dia mencuba menelefonnya namun tidak diangkat. Tiba-tiba Najmi dapat Whysapp dari Farra. "sorry you I tengah membuang tadi kenape you call I?". Najmi tanpa membuang masa terus mengajak Farra untuk keluar dating bersamanya pada esok hari. "erm boleh, tapi I boleh keluar masa malam je. Mama dengan papa I tak berapa sporting la you kalau I keluar siang-siang dengan you"
Najmi agak pelik dengan pemintaan Farra. Sebab selalunya mak bapak bagi anak dara mereka keluar siang bukannya malam. Tapi tak apalah Najmi on sahaja. Kerana bagi Najmi dia ingin sangat bertemu Farra walau apapun terjadi.
Malam yang ditunggu-tunggu sudah tiba, kelihatan Najmi sudah siap menunggu awal 1 jam daripada masa yang mereka janjikan. Malah tempat yang Farra ajak untuk bertemu sangat gelap. Hanya mengharapkan sedikit cahaya sahaja daripada lampu keretanyan. Walau ada sedikit ketakutan dalam dirinya dikuatkan jua semangat janji dia dapat bertemu "Gorillafriend" nya itu.
Tiba-tiba dia mendengar bunyi tapak kaki. Kelihatan dari samar-samar cahaya terlihat sebuah susuk badan yang lemah gemalai sedang berjalan menghampirinya. Bergetar rasa hati Najmi bila melihat susuk tubuh yang kurus dengan memakai gaun putih dengan rambut blonde yang diikat tepi ikal mayang. "Perghhhhh" bisik hati Najmi, tidak sangka cantik juga awek aku ini. Tapi di dalam kesamaran malam wajah awek nya itu kurang nampak kelihatan. Tidak apa lah bisik hati Najmi janji badan dia cantik, jangan seperti tong dram sudah.
"So kita nak pergi mana you", Farra hanya mendiamkan diri sambil menyerahkan kad bisnes sebuah restoran kepadanya. Najmi faham. Farra ingin pergi ke restoran itu. Najmi membukakan pintu kereta untuk wanitanya itu. Baru gentleman bisik hati Najmi. Ketika di dalam perjalanan Farra hanya mendiamkan diri, sesekali dia tersenyum melihat Najmi. Najmi tahu pasti Farra malu dengannya sebab itu dia tidak bercakap sepatah pun. Walaupun begitu Najmi di dalam kereta asyik dengan bau aroma minyak wangi Farra bau yang sangat menggetarkan jiwa jantannya.
Sampai sahaja mereka di restoran itu semua sudah bersedia menyambut mereka. Seolah-olah mereka sudah lama mengenali Farra. Tidak disangka rupanya aweknya itu mempunyai taste yang tinggi. Najmi hanya budak gerai dan kedai mamak. Seumur hidupnya ini pertama kali dia datang ke sini.
Ketika menunggu makanan siap dihidangkan bermain-main di mindanya muka sebenar aweknya itu kerana dari tadi dia masih belum dapat melihat dengan jelas. Cuma tahu mukanya cerah. Lampu di restoran itu juga tidak membantu kerana lampunya agak samar-samar. Namun hati Najmi mengatakan supaya tidak gopoh dan memujuk hatinya nanti selfie puas-puas dengan aweknya itu selepas makan nanti.
Belum sahaja panas punggung Najmi duduk tiba-tiba di atas pentas nama Farra dipanggil. Tidak tersangka rupa-rupanya Farra seorang penyanyi di restoran yang mahal ini. Bangga Najmi, kembang kempis hidungnya bila merasakan dia seperti bercinta dengan artis gitu. Najmi menepuk-nepuk dengan kuat tanda sokongannya pada teman wanitanya itu, lighting terus menuju ke Farra dan pada masa itu Najmi yang yang sedang beria-ria menepuk-nepuk itu tangannya mulai longlai kerana dia tersedar rupa-rupanya Farra itu adalah................
Nama sebenar Farra adalah Farrahan |
0 Beriang Ria:
Post a Comment