10 January 2012

Cerita Cinta Cik RR [Video]

Hari ni mood cinta-lah u'olls.


Dear diary,
RR rasa hari ni RR rasa RR -lah orang paling bahagia. Sebab si dia rupa-rupanya sukakan RR juga.
Rasa macam jantung ni rasa nak tercampak bila dia balas rasa cinta ni. Setiap hari ada sahaja kejutan dia berikan pada RR. Kadang-kadang masa RR nak pergi tandas dia terkejutkan RR dengan topeng gorilla. Memang comel! Tak pernah ada orang layan RR bagaikan puteri, dia lah yang pertama dan dialah segala-galanya. Best sangat! RR rasa dah demam cinta. Oh, dia betul-betul dah buat RR rasa macam dunia ni memang bukan RR punya. Oh! hebat sungguh perasaan ini. Dia memang 'jahat'! Heermmmm



Dear Diary,
Ini baru masuk hari ke 8, 8 jam, 8 minit, 8 saat kami bercouple. Tapi perangai si dia memang dah banyak berubah. Bila I bawakkan bekal dia asyik ke tandas je. Bila I tanya kenapa, dia pulang balik soalan kat I, I taruk julap ke? I pelik, seingat RR, RR cuma guna lauk semalam yang dipanaskan je. Entahlah. Tapi peliknya dia bila nak pergi tandas asyik bawak hp je. Kenapa?!! Kenapa bila I mesej pun tak pernah nak jawab dah sekarang? Kalau tanya kang asyik nak tergagap je, susah sangat ke soalan RR ni? Bukan bagi soalan SPM tahun 1986.



Dear Diary,
Kawan-kawan I semua kata si dia tu KASANOVA. Wak lu. Memang RR terasa betul masa diorang kata gitu. Tapi hati RR pun setuju kata si dia memang begitu sebab macam tipu-lah kalau muka macam aaron aziz tu tede orang sukakan? Tapi hari ni Allah nak tunjuk kat RR sebab I dah memang terkejut gile beruk, masa I tengah window shopping sambil layan perasaan I nampak si dia tengah pegang tangan perempuan yang paling gedik dalam kolej I. Memang betul-lah kata kawan baik Cik RR. Dia ni ni kasanova Malaysia. Hancur hati ni rasanya, tapi Cik RR tahu ini bukannya masa untuk bersedih! Cik RR kena kuat!



Dear Diary,
Kenapa susah sangat nak cari cinta sejati dalam dunia ni? RR sedar RR bukan cantik macam orang lain. Berfesyen memang jauh sekali. Tapi susah sangat ke nak terima RR ni seadanya? Susah sangat ke? RR nak orang tu terima RR yang tak sempurna ni atau kisah macam ni cuma hanya pada cerita dongeng saja? (terhenti kerana hingus dah meleleh kat diary)



Dear Diary,
Semalam si dia datang melutut kat I kata, nak couple balik dengan I. Dia kata dia dah berubah, dan paling yang RR tak boleh lupa bila dia kata lepas ni, dia janji dia hari-hari akan kejutkan RR dengan pelbagai topeng yang lebih menarik. Masa tengok dia bersungguh-sungguh tu, nak sahaja RR setuju (sebenarnya tertarik dengan topeng tu). Tapi, bila ingat dia ni anggap RR cuma pakai buang. Boleh jalan-lah.



Credit : Stacy

0 Beriang Ria:

Powered by Blogger.