16 July 2011

Wanita Oh Wanita

Betul ke wanita ni sukar untuk difahami? Betul ke wanita ini amat sukar dipuaskan?
Macam-macam ke orang perempuan ni? Dalam rating bumi wanita adalah makhluk yang sukar untuk difahami? (Kata orang lelaki) Boleh sesiapa betulkan?


Jika anda layan dia baik-baik, dia kata anda cinta padanya; Jika anda
tidak buat begitu, dia kata anda mainkan dia.

Jika anda berpakaian kemas, dia kata anda mahu memikat gadis lain;
Jika anda tidak buat begitu, dia kata anda pokai.

Jika anda bertengkar dengan dia, dia kata anda salah; Jika anda
berdiam diri, dia kata anda tak guna.

Jika anda lebih bijak dari dia, dia akan merasa tidak adil; Jika
sebaliknya, dia kata anda kureng..

Jika anda cinta padanya tapi tidak berbalas, anda tarik diri; Tapi
dia kata anda tinggalkan atau elakkan diri darinya.

Jika anda tidak pegang dia, dia kata anda tidak cinta padanya; Bila
anda pegang dia, dia kata anda gatal.

Jika anda beritahu dia masalah anda, dia kata anda banyak masalah dan
tak guna; Bila anda tidak beritahu, dia kata anda tidak percaya dan
tidak cinta padanya.

Jika anda terlalu ambil berat pada dirinya, dia kata lelaki lain
lebih ambil berat; Jika anda tidak buat begitu, dia pilih yang lain.

Jika anda pandang-pandang gadis lain, dia kata anda playboy; Jika
anda tidak pandang, dia akan pandang lelaki lain.

Jika anda kerap telefon dia, dia tak akan telefon anda; Jika anda
tidak telefon dia, dia akan terlalu kerap telefon anda hingga
mengganggu anda pula.

Jika anda hantar ini kepada perempuan, dia kata ini tidak betul; Tapi
bila anda tidak buat begitu, dia kata anda pentingkan diri sendiri..


MORAL:

Sebab itulah Allah jadikan wanita untuk jadi teman seumur hidup
kepada lelaki agar lelaki punya masa untuk memahami sikap wanita.
Siapa yang sudah berkahwin mungkin setuju bahawa setelah berkahwin
semakin banyak perkara lagi yang tidak difahami oleh suami mengenai
sikap isterinya. Begitu juga sebaliknya. Dulu saya pernah terbaca
pengakuan seorang suami sejurus sebelum kematiannya: "Hingga kini,
saya tidak faham perangai isteri saya...".

Wanita gemar jadikan lelaki kesayangannya jadi serba-salah. Mungkin
jauh dalam hati mereka terselit perasaan mahu kontrol atau tidak mahu
kalah dengan lelaki. Mungkin ada baiknya perangai begitu, saya pun
tidak pasti.
Kawan yang saya anggap seperti abang pernah menasihatkan saya semasa
saya masih bujang dulu: "Jangan kau tunjukkan sayang sangat pada
isteri kau (bila kahwin nanti) kerana itu akan menyebabkan dia pijak
kepala kau...".
(Maaf kaum wanita, saya tidak berniat untuk rendahkan kaum wanita,
cuma mahu berkongsi maklumat dan sebagai bahan renungan). Saya pun
ingin baca komen saudara-saudara semua, mungkin pendapat kawan saya
itu tidak tepat..

Saya terbitkan artikel ini untuk jadi renungan kepada mereka-mereka
yang sedang mabuk bercinta. Jangan terlampau kerap berjumpa, nanti
tidak jadi kahwin. Jangan terlalu kerap berjumpa, nanti terjadi hal-
hal yang tidak elok. Jangan terlalu kerap berjumpa, nanti pening
kepala. Kalau datang ke rumah bakal bapa mertua dan berjumpa, itu
lebih baik dan lebih sopan.
Jangan bercinta lama-lama, nikahlah segera.

Sekarang ini ramai juga anak muda yang ingin kahwin segera. Macam mi
segera pula dibuatnya. Kahwin dulu itu salah. Bukan salah lagi,
teramatlah salah, nikah dulu itu yang betul.

0 Beriang Ria:

Powered by Blogger.