20 August 2010

Feeling Mengikut Posing Berdiri

Assalamualaikum y'all. Semalam Cik RR dah cuba profesion chef, hari ni Cik RR nak cuba jadi apa pula ya? Oh! Apa kata hari ni Cik RR jadi Doktor. Tapi Doktor Cinta la ya. Pernah tak y'all tau apa boypren/girlpren y'all fikir masa y'all tengah berdiri je? Contoh nya tengah tunggu train ke. Tapi tetibe je si dia boleh happy, tetiba je boleh marah kan. Pernah tak?
Kat sini Cik RR dah habis khatam salah satu 'sifat semulajadi' pasangan yang tengah dilamun cinta. Di sini Cik RR akan senaraikan cara posing berdiri yang dapat menentukan feeling pasangan y'all tuh! Tak percaya? Jom kita tengok.

Berdiri di Tepi (dua-dua pandang depan)
Status Feeling : 2/5
Makna : Pasangan y'all masa ni sangat sensitif. Dalam erti kata lain si dia mudah untuk merajuk dan mereka akan menjadi marah kalau dikacau apatah lagi cakap walau sedikit. Kalau dah sampai satu tahap si dia ni tak boleh kawal diri, mereka akan meletup! Daripada elok-elok marah, boleh sampai kena penampar. Ha, tak pasal-pasal je kan.
Nasihat Cik RR : Cuba jangan kacau pasangan y'all tu kejap. Biar dia relax sendiri. Gerenti pipi y'all selamat.
Berdiri 90o ke Belakang
Status Feeling : 3/5
Makna : Pasangan y'all tu sedang fokus habis tentang sesuatu dan teramat sensitif dengan persekitaran. Oleh sebab itu lah mereka boleh menyesuaikan diri dengan segala apa situasi pun.
Nasihat Cik RR : Tapi elok2, mereka tak berapa suka orang yang menyampuk/berbohong ketika mereka tengah fokus tu. Kang kena fire! Baik dengar je cakap mereka, habis cerita.
Berdiri 90o ke Dalam
Status Feeling : 4/5
Makna : Ini lah posing paling selamat buat y'all sebab pasangan y'all dah kira selesa dengan y'all. Kiranya apa-apa pun topik si dia boleh layan punya lah. Tapi! Hati2, bila si dia terasa terlebih selesa dan mula membebel lepas tu mula la dia bercelaru. dan biasanya si dia akan menyuruh y'all beri cadangan atau buat keputusan untuknya.
Nasihat Cik RR : Pastikan sahaja y'all dah bersedia dengan keputusan yang mampu menggembirakan semua pihak.
Berdiri Membelakangi
Status Feeling : 4/5
Makna : Pada masa ini pemikiran si dia boleh berubah dari peka sampai boleh menjadi terlebih sensitif! Merajuk secara tiba2 kemungkinan boleh terjadi, malah tiada siapa tau apa yang mereka fikirkan. Mulut pun boleh jadi laser. Tapi jangan risau si dia hanya marah. Takde sampai belasah orang.
Nasihat Cik RR : Cuba y'all balas balik perangai sama macam si dia buat. Mesti si dia jadi ok balik. Hehehe
Berdiri di Tepi(dua-dua rapat)
Status Feeling : 5/5
Makna : Inilah posing di mana si dia tidak mahu sebarang pergaduhan atau apa-apa masalah terjadi. Paling best sekali, kalau masa ni y'all tegur si dia mesti si dia tak ambil hati langsung.
Nasihat Cik RR : Ha apa lagi y'all. Masa ni la nak suruh si dia buat itu buat ini. Basuh kain ke, basuh pinggan ke kan. Hohohoho.
*Status Feeling : 1-2 = bad mood; 3 = tak pasti; 4-5 = Ok!

2 Beriang Ria:

Unknown said...

mksd dia ni bdiri stick ??
o smbil bjalan..
hahahah..
mmg failed bab imagine segala ni

Ika Zul said...

adreynieelisya ; yup.. bdiri stick.. kalo smbil bjln.. kita tak panggil bdiri.. tp berjalan. hohohoho. ^‿^

Powered by Blogger.