Showing posts with label Perli Kawan. Show all posts
Showing posts with label Perli Kawan. Show all posts

28 January 2012

Berjumpa Sahabat Lama


2 org sahabat yg lama tak berjumpa tibe-tiba terserempak di pasaraya terkemuka yang telah dirahsiakan namanya. Bukan itu sahaja kedua-dua sahabat ini sudah mempunyai anak. Kemudian nak dijadikan cerita mereka berborak la untuk bertanyakan itu dan ini.

Ifa : Hai dah lama kita tak berjumpa kan? (sambil pegang bahu Minah nak tunjuk gelang yang dia beli secara hutang semalam)

Minah : Ha'ah la. Dah lama kita tak berjumpa kan? (sambil jeling gelang Ifa dengan tajam)

Ifa : Eh you dah ada anak ke?

Minah : Ha la. Dah masuk yang kedua pun. Subur kan. Hahaha (gelak perli)

Ifa : (menjengilkan muka) By the way, macam mana dengan anak you? Baik ke tidak perangainya. Yela orang kata kan, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? Hihihihi (perli balik)

Minah : (Mood menyampah) Tak adalah. Anak I baik. Dia cuma degil sikit. You pulak macam mana?

Ifa : Anak lelaki I baik. Senang nak atur dia

Minah : Ye ke? Tak kan dia tak pernah langsung balik malam or mabuk?

Ifa : Of course la tidak. Anak I orang yang menurut kata.

Minah : (nada tak puas hati) Tak kan sikit pun dia tak pernah melawan kata you?

Ifa : Oh tidak. Tidak sama skali.

Minah : Untungnya dapat anak macam you. Berapa umurnya? Kot-kot I boleh jodohkan dengan anak dara I yang sulung tu.

Ifa : Besok genap 6 bulan you.

Minah terasa diperbangangkan dengan jayanya oleh Ifa, dan Minah terus berlalu pergi.

03 December 2010

Cara Perli Kawan


Geram nye hari ni!!! dah la minah ni tede keluar duit satu sen pun nak beli makanan! Bila dah beli pandai pula amik masuk dalam mulut tu. Tak cakap pulak tu! Tau-tau je dah licin! Grrr. Dah berapa lame ni, aku dok pendam pendam. Tapi hari ni memang aku meletop gile la! mau tak nya burger yang RM2.50 pun ko kebas?Sampai pinggan aku pun hilang. Aik, ni dah melampau minah nie!! Macam mana aku nak bagi budak ni paham yang aku memang benci dia buat macam tu?!!! Oh ya! Nota!!!! Baik, aku tulis nota. nak cakap hari kelas aku Full. Huh (sambil tangan menulis)


Nak tengok nota yang ditulis? Teruskan membaca......
Powered by Blogger.