Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

15 November 2010

Bicara Pedusi Untuk DiMenangi!

Kenapa Saya Perlu Mendapat Buku Ini Dari Puan Insyirah?
(sila scroll di bawah untuk mendapatkan cerita terkini)

Kenapa? Sebab untuk pengetahuan semua ini satu-satunya novel yang hanya dikeluarkan di Mesir sahaja. Di Malaysia cuma ada dua sahaja. Satu pada Puan Insyirah iaitu penulis buku novel itu sendiri dan satu lagi pada adik beliau.

Sebab selama hidup saya, saya tak pernah baca novel sampai habis. Banyak hadiah novel yang saya dapat lebih kepada cinta manusia semata-mata,nak beli lagi la jarang. Jadi saya ni sentiasa mencari pembaharuan dan secara jujur saya tidak suka membaca novel cinta. Tapi kali ni bila Puan Insyirah buat pengumuman nak bagi novel ‘Bicara Pedusi’ ni hati saya terus kata. Saya mesti baca. ! Sebab sebelum ni saya sudah baca sinopsis nya. dan saya menyukainya. Jadi apa salah mencuba kan? Orang kata kalau hati yang kata mesti betul :)

Sinopsis Bicara Pedusi sahaja sudah buatkan saya ingin membacanya. Yang pasti ia bukan tentang cinta pada manusia semata-mata. Jadi saya senyum kerana saya pasti akan menyukai novel ini.
Powered by Blogger.