
KAHERAH - Kematian mengejut
Firaun Tutankhamun pada usia 19 tahun didapati berpunca akibat tubuhnya yang lemah kerana dia dilahirkan hasil daripada hubungan sumbang mahram melibatkan keturunannya, kata beberapa saintis.
Sejak bertahun-tahun lalu, pakar-pakar cuba membongkar misteri kuno mengapa firaun remaja berkenaan yang memerintah Mesir selama 10 tahun meninggal dunia sebelum usianya mencecah 20 tahun.