Warna kehidupan? Tak pernah langsung aku terpikir tentang hidup aku yang selama ni penuh dengan warna. Subhanallah. Tapi kalau aku kene pilih, Ku pilih warna kelabu. Sebab ntuk sinonim kan kehidupan aku dengan warna, dah takde makne. Hilang sudah istilah warna-warna pelangi. Sekarang warna yang tinggal dekat aku warna ni jela KELABU. Macam mana warna rumah aku luntur dek zaman macam tu gak la hati aku nie luntur warnanya. Hari-hari Clorox. Lol.
-pagar ini tidak cukup sifatnya-
Kenapa ye aku amik gamba pagar aku yang dah hampir rebah nie?
Sebab ini la gambaran tentang aku! (hodoh nye:P) ha! Jangan dinilai pada pandangan mata kasar anda sahaja. Pandanglah dengan mata hati. Lihat kecantikan dan kelebihan yang di dalamnya. Walau macam mana pun pagar ni kelihatan, aku akui pagar ni juga la yang tetap setia dengan kami, yang masih menolong lindungi rumah aku nie. Kene hujan, panas, petir, puting beliung, kene dok tendang ngan budak-budak nakal, yang duk kene hina ngan jiran-jiran. Inilah DIA. “Saya Sebuah Pagar” :P Aku teringin nak jadi pagar nie. Aku nak belajar dari pagar ni macam mana pagar ni boleh berdiri teguh. *Pagar nie dah berapa lama ya dengan kami? Lebih 1 dekad gak la.* Tetap utuh dan masih tidak rebah walau banyak insiden menyanyat hati berlaku ke atasnya. Cuma nganga sikit ja. :P (apa gelak-gelak? senang nak bagi kambing masuk time ujan-ujan. Dapat pahala. Hangpa mana tawwwww. Lalalala~)
Sejak 2 tahun selepas aku tinggalkan dunia pembelajaran aku tak tahu apa tujuan aku hidup. Aku cuma menangis bila orang datang dekat aku dan mengutuk dengan semua tindakan dan keputusan bila aku menangguhkan pembelajaran (buat masa sekarang). Aku Cuma senyum kelat bila kawan-kawan bercerita kehidupan mereka yang bahagia. Aku turut bahagia walaupun sedikit kecil hati. Tapi tak mengapa. Aku terasa bila mereka tidak bertanya apatah lagi nak ambil tahu masalah aku sebenarnya dan aku tak perlu juga untuk bercerita tentangnya. Ini yang aku kene hadapi. Aku kene kuat hadapi dugaan yang allah bagi lepas dari satu satu. Teman seorang demi seorang mula tinggalkan aku. Hubungan aku dan ayah makin jurang. Sedara mula membenci. Jiran apatah lagi. :) Aku kene kuat, walau dilihat dari pandangan mata kasar aku sangat lemah, aku akan buktikan aku kuat. Sebab niat aku untuk SETIA menjaga keluarga aku terutama mak aku harus aku kotakan. :)
Aku belajar untuk senyum depan semua orang sebab sekalipun aku menangis depan mereka belum tentu mereka memahami keadaan aku. Jangan ingat warna ni warna kelemahan. Tetapi harus menerima warna ini sebagai sebahagian kehidupan aku dan warna yang akan mengajar aku untuk menjadi lebih kuat! Sebab aku pasti warna kelabu nie akan mengeluarkan air-air hujan yang mampu membawa matahari dan seterusnya memancarkan warna-warna pelangi di hati ini. Insyaallah, SUATU HARI NANTI. Apa warna kehidupan anda pula?
p/s : jangan lupe masuk blog
Kau dan Aku && +tentang seseorang+ nie untuk join contest :)
maap ye. aku cube nak jadi jujur di sini, bukan mau meraih simpati. ni kehidupan aku dan aku. :)
0 Beriang Ria:
Post a Comment