Showing posts with label WOW. Show all posts
Showing posts with label WOW. Show all posts

18 January 2015

Kucing Wak Doyok

Kenapa kucing ini dikenali dengan nama Wak Doyok?

Hee. Tengoklah sendiri...

27 August 2010

Fesyen Untuk Abang Botak

Perasan tak y'all? Kadang-kadang kaum adam ni memang lebih selesa tanpa berambut? Kadang-kadang memang rambut they all ni cepat gugur pun. Hihihi. Lagi-lagi time demam Mawi melanda satu ketika dulu. Semua orang mahu botak. Sampai ada dengar cerita nenek ni sanggup suruh suaminya tidur luar kalau tak potong rambut macam Mawi. Ish ish ish. Lihat. Betapa hebatnya orang botak ni. Tapi! Bukan semua wanita suka kan botak ni. Lain la macam Cik RR ni. Apa-apa style pun boleh. Ada rambut bagus. Kalau botak pun bagus jugak. Lagi senang. Nak betulkan tudung suruh beliau tundukkan kepala sahaja. Hohoho.

Entry Cik RR kali ni nak bagi penyelesaian pada y'all yang dah potong rambut setahun pun masih tak panjang-panjang juga. Nak pakai rambut palsu, mungkin ada pengalaman rambut diterbang angin kan. Tak sesuai kalau tengah date dengan awek cun! Malu woo. Hari ini y'all jangan risau! dengan ketiadaan rambut pun y'all masih boleh buat kaum wanita tergila-gila kan y'all. Bagaimana caranya? Berfesyen la dengan kepala y'all derr. Fesyen bagaimana? Jom kita tengok.

23 August 2010

WoW Untuk Semua Kreativiti


Ok. bukan semua kreativiti kita harus katakan WOW. Cik RR tahu ada di antara ciptaan ini boleh di kategorikan sebagai 'gila'. Apa yang pasti kita semua harus enjoy dengan semua ciptaan ini yang buatkan kehidupan kita sebagai manusia ni tidak pernah bosan :)

19 August 2010

Pen Yang Sesuai Untuk Designer

Pernahkah y'all menghadapi masalah dalam memilih warna yang sesuai untuk design? Atau mungkin juga y'all dah dapat warna yang y'all suka tapi tidak tahu bagaimana untuk meletakkannya pada design? Cik RR mungkin mempunyai penyelesaian untuk y'all :)
Jeng jeng jeng Cik RR perkenalkan pen Pengambil Warna atau dalam bahasa mat salehnya Color Picker. Sinonim dengan namanya, pen ini memang direka khas untuk mengambil mana-mana warna di mana-mana sahaja di sekeliling y'all. Wow! Menarik kan? Jom kita tengok bagaimana Color Picker ni berfungsi.

18 August 2010

Ohh Liu Wei

Y'all kenal tak siapa Liu Wei? Bukan jiran Cik RR yang Cik RR minat tu okey. (Apsal aku gitahu diorang ni??!) Untuk pengetahuan y'all, Liu Wei ni seorang pemain piano yang hebat dan telah muncul di dalam program "China's Got Talent" baru-baru ini. Bukan itu sahaja beliau telah mengWOWkan seluruh penonton di seluruh dunia apabila beliau menunjukkan kehebatannya bermain tanpa melakukan apa-apa kesalahan dari Richard Clayderman's - Mariage D'amour bahkan bertambah WOW bila Cik RR tahu dia bermain piano tanpa kedua-dua belah tangannya!!

Ya y'all tak salah baca. Liu Wei ni telah bermain piano menggunakan kakinya kerana kehilangan tangannya sejak beliau berumur 10 tahun. Tapi permainan piano nya tidak ubah seperti seorang manusia normal. Cik RR ada tangan ni pun belum tentu mampu bermain piano seindah itu. (Baca: Insaf)
Liu Wei telah kehilangan kedua-dua tangannya apabila beliau tidak sengaja tersentuh wayar yang berkuasa tinggi ketika beliau bermain sembunyi-sembunyi bersama rakan-rakannya.
Yang paling Cik RR sedih y'all. Masa Liu Wei ni berumur 18 tahun, Liu telah mengambil keputusan untuk mencapai impian nya menjadi seorang professional musician dan beliau telah belajar bermain piano secara senyap-senyap tanpa pengetahuan ibunya. Walaubagaimanapun cikgu Liu ni berhenti dari mengajar Liu kerana katanya ia sangat mustahil bagi sesiapa bermain piano menggunakan kaki. Liu juga sebenarnya bersetuju dengan gurunya itu tapi beliau tetap tidak berputus asa dan sedaya upaya belajar bermain menggunakan kakinya. Bagi Liu itu adalah 'takdir' yang telah ditentukan tuhan dan belajar menerimanya.
Pada sesiapa yang dah putus asa dengan ujian yang sedikit dari Allah tu, Liu Wei ada nasihat sedikit untuk y'all
"For people like me, there were only two options. One was to abandon all dreams, which would lead to a quick, hopeless death; the other was to struggle without arms to live an outstanding life,"
saksikan video selepas ini dan jangan lupa sediakan tisu di sebelah, mungkin y'all memerlukannya nanti?
Powered by Blogger.