18 August 2010

Ohh Liu Wei

Y'all kenal tak siapa Liu Wei? Bukan jiran Cik RR yang Cik RR minat tu okey. (Apsal aku gitahu diorang ni??!) Untuk pengetahuan y'all, Liu Wei ni seorang pemain piano yang hebat dan telah muncul di dalam program "China's Got Talent" baru-baru ini. Bukan itu sahaja beliau telah mengWOWkan seluruh penonton di seluruh dunia apabila beliau menunjukkan kehebatannya bermain tanpa melakukan apa-apa kesalahan dari Richard Clayderman's - Mariage D'amour bahkan bertambah WOW bila Cik RR tahu dia bermain piano tanpa kedua-dua belah tangannya!!

Ya y'all tak salah baca. Liu Wei ni telah bermain piano menggunakan kakinya kerana kehilangan tangannya sejak beliau berumur 10 tahun. Tapi permainan piano nya tidak ubah seperti seorang manusia normal. Cik RR ada tangan ni pun belum tentu mampu bermain piano seindah itu. (Baca: Insaf)
Liu Wei telah kehilangan kedua-dua tangannya apabila beliau tidak sengaja tersentuh wayar yang berkuasa tinggi ketika beliau bermain sembunyi-sembunyi bersama rakan-rakannya.
Yang paling Cik RR sedih y'all. Masa Liu Wei ni berumur 18 tahun, Liu telah mengambil keputusan untuk mencapai impian nya menjadi seorang professional musician dan beliau telah belajar bermain piano secara senyap-senyap tanpa pengetahuan ibunya. Walaubagaimanapun cikgu Liu ni berhenti dari mengajar Liu kerana katanya ia sangat mustahil bagi sesiapa bermain piano menggunakan kaki. Liu juga sebenarnya bersetuju dengan gurunya itu tapi beliau tetap tidak berputus asa dan sedaya upaya belajar bermain menggunakan kakinya. Bagi Liu itu adalah 'takdir' yang telah ditentukan tuhan dan belajar menerimanya.
Pada sesiapa yang dah putus asa dengan ujian yang sedikit dari Allah tu, Liu Wei ada nasihat sedikit untuk y'all
"For people like me, there were only two options. One was to abandon all dreams, which would lead to a quick, hopeless death; the other was to struggle without arms to live an outstanding life,"
saksikan video selepas ini dan jangan lupa sediakan tisu di sebelah, mungkin y'all memerlukannya nanti?

4 Beriang Ria:

hazman aka species1980 said...

dia memang sungguh berbakat... cekal dengan usaha....nampak hasilnya

kisahsensasi said...

nampaknya.... kita pasti akan dapat motivasi yang tinggi lepas tengok video nie

-Si Riang-Riang- said...

hazman ya bgitu la nampaknya

-Si Riang-Riang- said...

kisahsensasi insyaallah

Powered by Blogger.