03 January 2011

Harga Sayur Naik Sehingga 125%

ALOR SETAR – Baru kecoh kenaikkan harga mendadak santan mentah diseluruh negara, harga pelbagai jenis sayuran di Kedah pula mengalami kenaikan mendadak sehingga 125% dari harga asal sejak seminggu lalu.

Tinjauan Sinar Harian dipasar Borong Persatuan Saudagar-saudagar Ikan Kedah di sini semalam mendapati kira-kira 10 jenis sayuran mengalami kenaikan antara 50sen sehingga RM20 sekilogram, termasuk Sawi, Bawang Besar, Ubi Kentang dan Tomato.

Bagi Sawi harga naik daripada RM2 kepada RM4 sekilogram, manakala Terung meningkat antara RM2 hingga RM2.50 kepada RM3.50 hingga RM4.

Cabai Kering meningkat dari RM7 kepada RM9 sekilogram, Asam Jawa meningkat sebanyak RM10 bagi kuantiti pek besar, Daun Sup naik daripada RM7 sekilogram kepada RM12 sekilogram dan Bunga Kobis mengalami kenaikkan 50 sen sekilogram.

Kenaikan harga tertinggi dicatatkan asam keping daripada RM15 sekilogram kepada RM35 sekilogram manakala harga Ubi Kentang, Tomato dan Sawi pendek meningkat sekitar RM1.50 hingga RM3 sekilogram.

Ooi Ah Chai, 57, berkata peningkatan kos bahan api dan gula yang diumumkan baru-baru ini turut dianggap faktor utama kenaikan harga sayur sekaligus menyebabkan pihaknya terpaksa menanggung kos logistik yang semakin tinggi selain dari mengalami kekurangan bekalan dan kenaikan nilai matawang Bhat.

0 Beriang Ria:

Powered by Blogger.