01 January 2011

Kematian Itu Pasti

Sebenarnya saya nak tulis sesuatu tadi, tapi dah terlupa pula gara-gara terkejut dengan berita yang diterima oleh kawan-kawan beloger tadi. Katanya arwah Faizal Yusup (bekas suami Nana) baru sahaja meninggal kira-kira pukul 1.45 petang tadi akibat serangan jantung. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Mungkin ada sesiapa yang tidak percaya. Boleh rujuk kesahihan cerita ini di sini.

Sungguh. Saya terkaku. Tidak percaya dan ia membuatkan saya terfikir sebentar. Pelakon ini saya kira masih muda, tetapi pergi dahulu tanpa mungkin sesiapa sedari beliau akan pergi secepat ini. Jadi.. saya seru pada kawan-kawan saya yang masih menunggu "hidayah" allah itu berfikirlah. Kerana hidayah itu bukanlah udara yang sentiasa ada di sekeliling kita. Hidayah itu seolah-olah mencari sebutir permata yang sangat jarang dijumpai di dalam suatu lautan yang sangat luas. Bukan semua akan mendapatkannya. Sekiranya tidak ada usaha dan hanya berharap hidayah itu datang kepada anda, anda salah. Berharap suatu hari nanti mampu menebus dosa-dosa setelah usia muda dihabiskan dengan dosa dan berharap sisa-sisa tua akan diisikan dengan hidayah yang anda 'bakal' dapat. Bakal bukan? Tiada jaminan. Sedangkan nabi yang maksum itu masih menangis dan membengkak kaki nya bersembahyang dan berharap allah mengampunkannya. Apatah lagi kita yang mempunyai dosa menggunung.

Percayalah wahai teman-teman terutama kaum hawa, hidayah itu tidak akan datang bergolek kerana ia harus dicari dengan mendekatkan diri dengan pencipta. Ingatkah kau baginda pernah menyebut tentang wanita terlalu ramai di dalam neraka. Mengapa? dan pernah anda berfikir mengapa nabi memanggil umat nya sebelum baginda menghembuskan nafasnya? Walaupun baginda sedang bertarung dengan maut baginda masih risaukan umatnya? Kerana apa? Nabi kita terlalu menyanyangi kita dan takut umatnya lalai dengan nikmat dunia. Jangan menunggu hidayah kerana kita tidak tahu bila maut akan menjemput. Berani anda kata anda mati umur 60? umur 80? Mungkin sahaja masa kita tidur nanti. Bukalah lembaran baru. Kita semua harus ingat, mati itu pasti kerana itu janji Sang Pencipta dengan makhluknya. Kerana yang kekal cumalah Allah S.W.T. Tetapkan hati ingin terus berubah. Jangan menunggu atau berharap. Cubalah menjadi umat islam yang taat kerana hanya amalan kita sahaja yang akan dibawa pergi selepas roh meninggalkan jasad. Wallahuallam~

0 Beriang Ria:

Powered by Blogger.