24 December 2010

5 Cara Cover Malu Paling Hebat Abad Ini

Baru-baru ni Cik RR sering sangat melihat orang terjatuh (padahal diri sendiri yang terjatuh). Adakah ini suatu kebetulan ataupun disengajakan Cik RR masih tidak memahami. Jadi disebabkan itu, Cik RR dapat idea macam mana nak cover malu, lagi-lagi bila terjatuh depan orang yang kita suka. Yela kalau jatuh depan Cik RR, Cik RR cuma mampu mengelakkan hingga keluar hingus. Kah kah kah.

Tapi apa pula yang kita nak buat kalau terjatuh depan orang yang kita suka? Mampukah kita menahan malu?

  • Terjatuh tersadung dengan batu
Jangan bangun terus. Tarik nafas kemudian betulkan kedudukan anda seperti gaya orang berbaring. Sambil melihat ke atas langit dan berkata "Wah, Indahnya ciptaan tuhan". Ingat kalau ada orang yang memandang anda, ajak mereka menyertai anda.

  • Terjatuh dari basikal
Naik semula kemudian buat-buat jatuh semula. Ulang berkali-kali supaya orang ingat anda tidak tahu membawa basikal. Kalau boleh pasangkan lagu menaikkan semangat seperti "Fikirkan Boleh"

  • Terjatuh tangga
Bangun dengan cepat kemudian terus buka langkah iaitu bersilat seperti ada makhluk halus yang mengganggu anda. Bila si jejaka tampan yang melihat anda sambil berkata "kau tak apa-apa?" terus katakan pada dia "takpe saya dah halau makhluk tu dari belakang awak. Jangan takut." Sambil buat muka menggoda.

  • Terjatuh dalam longkang
Walaupun anda sangat sakit masa itu, tapi jangan hiraukan. Terus mengutip sampah di dalam longkang tu sambil memaki hamun orang yang buang sampah tu. Jadi,orang akan menganggap korang ni prihatin. Pasti ramai akan bertepuk tangan untuk anda.

  • Terjatuh masa naik bas
Ini anda tidak perlu susah-susah. Apa yang anda perlukan hanyalah menjerit dengan kuat , "Woi!Sape tolak ni?!!" *walaupun anda orang yang terakhir. Jangan risau ada dialog untuk orang yang terakhir, "tengok! dah lari pulak! Pakcik! terus jela jalan!! Saya nak kejar sape yang tolak saya tue!"

3 Beriang Ria:

rammyd said...

hakhakhak. agak style ah. leyh try nih. :)

AEN SYAH said...

hahahah.. bagus2 leh di try...

Sayang Amirah said...

horror gila yang last tu.. haha

Powered by Blogger.