18 July 2010

Rumah Idaman Riang-Riang

Simple, Unik, dan Selesa. Itulah dia moto rumah idaman Riang-Riang. Sekarang nie nak cari tanah mahal giler la y'all. Jadi kalau Boleh Riang-Riang nak cari la rumah yang ta makan banyak tanah + rumah tue environment-friendly gitu. Anyway, semalam Riang-Riang nak mula design la kononnya. Rumah yang tak memerlukan ruang yang besar dan kalau boleh muatla dengan badan Riang-Riang yang ala-ala comel gitu.
So bermula la misi pecarian kat internet tu. Tengah cari-cari, Riang-Riang terjumpa satu rumah nie yang baek punyer. Sesuai sangat dengan moto rumah idaman Riang-Riang tak payah susah-susah nak pegi design bagai kan. Dan tak mustahil ada diantara y'all yang akan berminat dengan rumah nie.

Ini la dia Rumah Ruang Kubah (domespace). Cantik kan y'all. Mengikut sejarah nya rumah macam ni dah ada sejak 30 tahun yang lalu. Tetapi ia hanya dibina di sekitar Perancis terutama di bandar Brittany dimana syarikat asal yang buat rekaan rumah ni berada di sana. Apa yang menarik kat mata Riang-Riang tentang rumah ini ialah ia mampu berpusing secara sendiri. Wow! Giler ah din-dong kan? Kita boleh menetapkan enjinnya untuk rotate seberapa lama yang kita inginkan ataupun biarkan saja ia melakukan rotation nya sepanjang hari.

Bukan itu sahaja tau y'all. Rumah berbentuk kubah ini juga direka untuk mengoptimumkan suhu secara semulajadi, ini bermakna rumah ini akan bergerak mengikut sinaran matahari dan akan mengubahnya ke dalam bentuk tenaga untuk mengekalkan suhu pada suhu persekitaran yang lebih ideal. Jika anda tidak mahukan suhu yang panas dan sinar matahari apa yang y'all hanya perlu lakukan ialah tutup tingkap. Senang bukan? Back to basic dude!

Jom tengok ruang dalam rumah kubah ini pula :)
“It’s a great house, spacy, full of light… only thing is you have to turn it yourself”.
Aha. Bayangkanla orang dolu-dolu kena gerakkan sendiri rumah mereka ni. Sekarang tak payah susah-susah set jek masa kat enjin yang memang siap kat rumah tu.
Powered by Blogger.