16 November 2010

Pembedahan Plastik Yang Tak Menjadi

Terus terang Cik RR adalah seseorang yang sangat menentang pembedahan plastik dengan tujuan untuk mencantikkan penampilannya. Paling yang tak boleh tahan ramai orang di luar sana sanggup menghabiskan duit berpuluh dan beratus ribu untuk membuat pembedahan plastik untuk menukar kan anggota badan yang telah diberi allah dengan sempurna dengan sesuatu barangan yang dipanggil PLASTIK?


Tapi apa pula kaitan pembedahan dan kesihatan? Pembedahan plastik itu bagi Cik RR adalah harus atau kategori WAJIB sekiranya pembedahan itu tidak dilakukan ia akan memudaratkan kesihatan seseorang itu ataupun keyakinannya. Contohnya pembuangan payudara akibat kanser akan menyebabkan seseorang wanita itu rendah diri dan janggal berhadapan dengan orang ramai. Jadi memang seharusnya wanita itu membuat pembedahan plastik dengan memasukkan implan untuk membentuk payudara yang baru.

Tapi apakah sebab manusia sekarang ni membuat pembedahan untuk suka-suka? Pernah terfikir untuk menjadi cantik seperti Angelina Jolie? Oh semua orang pasti akan berfikiran begitu. Jikalau diberi pilihan ramai orang akan katakan saya mahu jadi orang ini dan orang itu. Dia nampak cantik dengan hidung mancung dan pipi yang montok atau bibir yang tebal dan seksi.

Namun apakah kita tahu setiap sesuatu yang kita ubah daripada anggota asal yang Allah beri pada kita akan menjadi lebih teruk? Mungkin juga pada awal tahun pertama ia kelihatan cantik dan membanggakan. Tapi bukankah ia akan menjadi lebih teruk selepas itu kerana buatan manusia itu pasti ada tarikh luputnya. Mampukah kita mengekalkan kecantikan itu seumur hidup?

Mungkin ramai yang masih tidak percaya apa yang dikatakan Cik RR kerana ramai orang di luar sana mahu jadi cantik tanpa menghirau risiko yang mereka harus hidapi selepas pembedahan. Tapi tahukah apa pandangan orang ramai tentang anda bila anda membuat pembedahan plastik. Hanya ada dua sahaja pandangan. Sama ada hodoh ataupun bodoh. Cik RR akan bagi contoh bermula dengan wanita ini.

Kesian.

6 Beriang Ria:

ada mokhtar said...

buruk nye...

Ika Zul said...

tak tau la.. ape yang cantik kat mate diorang yang wat palstic surgery nie. =.="

nurulfaridah said...

eeii..xcntik pun la..xpyh la wt plastic surgery nih..

Ika Zul said...

bibir macam mintak kene tumbuk.. ;p

Cik Ekin said...

Oh my god! Bapak besar mulut.
Boleh buat cop mohor terus.
Haha.

Ika Zul said...

kah kah kah

Powered by Blogger.