26 September 2010

Berkedut Sana Berkedut Sini

Itulah kenyataan yang akan dihadapi oleh y'all di muka bumi ini termasuk la Cik RR yang akan menjadi tua suatu hari nanti. Tutup la macam mana Cik Jah ooi, buat pembedahan pelastik ke, letak botox bagi tegang muka tu ke, tetap tak akan mengubah aturan tuhan dan kitaran hidup yang kita semua ni akan tua dan BERKEDUT.

Berkedut di bahagian muka, berkedut di sana, di sini. All over the place. Dan sememangnya kenyataan yang kita semua ni akan berkedut bukan semua akan suka tau terutamanya kaum Cik RR ni kan. Isu sensitif la jugak. Malah ada yang membencinya. Ish ish ish. Tapi sekali lagi Cik RR nak tekankan berkedut tetap akan berkedut melainkan ilahi panggil kita awal sebelum sempat berkedut.

Okey Cik RR tak mahu membebel panjang nanti takde siapa yang nak baca, jom kita tengok lagi gambar manusia seterusnya dan tak ketinggalan haiwan yang memang semulajadi berkedut.

0 Beriang Ria:

Powered by Blogger.