10 August 2010

Perbualan Sakit Jiwa

Selalu tak y'all bertanyakan soalan bodoh a.k.a bangang-bangang kambing dekat orang? Tak pernah? Boleh percaya ke ni? Cuba ingat balik betul-betul. Tak ingat lagi? Biar hari ni Cik RR bagi senarai pendek soalan bodoh yang sering ditanya oleh orang lain pada Cik RR.

* Cik RR tengah duduk di stesen bas dan tiba-tiba seorang mamat yang agak kachak telah bertanya: "Tunggu bas ke?"
Cik RR lantas menjawab: "Taklah tengah tunggu helikopter, lambat plak ari nie ye"

* Cik RR mengambil tuala, berus gigi, sabun dan kain yang hendak dibasuh. Tapi rakan sebilik tiba-tiba menyampuk: "Ko nak mandi ke?"
Jawab Cik RR: "Taklah aku nak pi main layang-layang kejap, ko nak join?"

* Cik RR sedang menulis surat dengan penuh perasaan tiba-tiba rakan Cik RR menegur dengan cara memerli: "Aik? tulis surat nampak?"
Jawab Cik RR dengan selamba bada: "Tak lah tengah isi borang kahwin kat Thailand"

* Cik RR selalu makan roti sebab nak jimat duit, aritu teringin pula makan nasi tapi ada pula tak puas hati dan tegur: "Makan nasik?"
Jawab Cik RR dengan sakit hati: " Mata buta ke per? Kan aku tengah minum teh ais ni?"

* Cik RR sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur: "Eh kau sibuk ke?"
Kali ni Cik RR tak jawab dah, Cik RR perhatikan muka kawan Cik RR tu lepas tu apa lagi. Cik RR hantuk pale dia dengan kepala Cik RR la!

* Cik RR baru pulang dari kerja dah la sakit hati kena marah dengan boss lepas tu ada lah makcik yang kuat ngumpat Cik RR boleh tanya soalan ni: "Baru balik dari kerja?" (nada perli)
Cik RR jawab dengan penuh kesopanan: "Taklah acik, saya dari rumah, nak pi kerja lah nie. Office saya dah pindah kat rumah, dan rumah saya dah pindah kat office"

* Cik RR baru je buka TV dan baru nak sedap duduk tapi rakan Cik RR yang dah lama duduk kat situ boleh tanya: "Best tak cerita ni?"
Jawab Cik RR dengan muka excited: "Tak best hapa ke benda nya. Ini kan citer Otromen Taro menentang ikan duyung dari Planet X, ko tunggu jap nanti mesti otromen kuar".

Dalam senarai pendek tu agak-agak ada tak soalan yang pernah keluar dari mulut y'all? Kalau agak-agak ada tu, apa lagi jangan segan silu untuk mendaftar nama y'all di dalam Pusat Sakit Jiwa berdekatan dengan rumah y'all. Hohohoho. Kalau tak ada bagus, y'all dengan Cik RR bole jadi geng! LOL

2 Beriang Ria:

cik shabah said...

ha3!ade2,sume soklan bangang tu perna diajukan kepada cik shabah weh =)

*rasa cam nak tonyoh je kepala member cik shabah yg duk tanya soklan2 mcm tu,hu3

-Si Riang-Riang- said...

yeah. sile tonyoh dengan lesung batu. hohohooh

Powered by Blogger.