19 August 2010

Lesung Pipit Si JJ

credit : JJ林俊杰 大馬加油站
Cik RR sebenarnya baru terminat dengan si JJ ni. Yela kan, selama ni Cik RR duduk dalam gua. Mana la nak tahu penyanyi luar negara ni kan. Pada mulanya Cik RR ingatkan dia ni orang Malaysia, rupa-rupanya orang Singapore gitu. Ha, takperla. Berjiran jugak kan. Tapi masalahnya itu la, Cik RR kurang faham dengan bahasa mandarin ni. Dah minat tapi kalau tak faham pun susah jugak kan.
Memang comel la si JJ kalau tengok. Bila time suara dia keluar lagi comel. Agak-agak histeria la kot kalau Cik RR jumpa. Masa tengok apa, iklan Super CoffeeMix tu Cik RR dah jatuh cinta dengar suaranya. Tapi tak tahu namanya. Jadi terkubur jela hasrat. Last-last masa tengah dok belek-belek website jumpa pula iklan nya. Dengan rakusnya Cik RR terus click dan akhirnya berjumpa juga la Cik RR dengan si JJ ni. Macam sedap je bunyi kan kalau kami berdua RR&JJ. Hohohoho. Malu-malu ayam la pulak rasanya. Jom tengok video iklan ni. Lagu dia mengancam dan boleh bunuh hati Cik RR dengan kemerduannya. Keh keh keh. Jom!

video

0 Beriang Ria:

Powered by Blogger.