16 August 2010

Jom Meyumbat Dalam Kereta

Adoi, apasal la ko duk depan ni. Sesak napas haku hoiii.
Cik RR selalu merungut dan mengomel setiap kali kena naik kereta Proton Saga mak Cik RR tu. Bukan apa kadang-kadang susah nak pergi mana-mana dengan kereta tu berbanding dengan jumlah keluarga Cik RR yang dua kali ganda dari tempat duduk a.k.a kapasiti yang sepatutnya. Selalu nak pergi mana-mana mesti kena ada orang yang mengalah. Tapi bila dah tak tahan asyik kena tinggal ada pula yang sanggup jadi volunteer masuk dalam bonet.

Mula-mula Cik RR macam malu kan, kena naik kereta kena riba adik tu adik ni. Tapi bila pikir-pikir balik buat apa nak malu kan. Keluarga Cik RR bukan orang senang. Mana yang ada bersyukur la kan? daripada jalan kaki kan. Naik basikal macam cerita Cik RR dulu, berpeluh ketiak bagai. Haih. Mana la tahu masa ni kami susah. Esok-esok? Hanya Allah sahaja yang pegang rahsia tu.

Tapi apa kena mengena ek cerita Cik RR dengan gambar di atas tu? Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut lagi :)

Sebenarnya cerita Cik RR ni ada kena mengena dengan salah satu pertandingan yang diadakan di China ni. Al-kisah pasal sumbat menyumbat dalam kereta jugak. Di mana mereka harus menyumbat seberapa banyak orang yang boleh di dalam satu kereta dalam 3 minit sahaja. Ha! dan hadiahnya ialah USD73 iatu kira-kira bersamaan 231 ringgit duit Malaysia. Tak la banyak mana macam masuk Akademi Fantasia-sia kan? Tapi orang kata berbaloi-baloi la. Sambil beriadah dengan keluarga dapat jugak duit raya sikit.

Cik RR rasa Cik RR boleh bawak masuk keluarga Cik RR la. Yela, sambil berseronok dalam bulan puasa ni boleh juga dapat duit raya kan. *wink*wink* Siapa nak join Cik RR? :)

0 Beriang Ria:

Powered by Blogger.