27 August 2010

Bila Cik RR Dah Menyampah..

Kenapa la ya bulan puasa ni Cik RR selalu pengsan(tidur) je kan? Rasanya kalau boleh mata ni letak dengan cungkil gigi tu pun boleh tembus. Paling tak boleh blah Cik RR tengah main Farmville boleh tertidur pulak. Mungkin ni ada gara-gara seminggu Cik RR tak dapat masuk dekat farm kot? Out of Sync je. Ada satu hari tu memang tak tahan sangat. Sampai nak hempas je keyboard ni. Lepas tu semalam baru dapat, cuma boleh guna dekat Chrome. Guna kat IE tak boleh jalan. Apekah?
Kemarahan memang agak tak boleh dikawal bila Chrome dan CPU, Cik RR ni tak mampu bersatu. Mungkin kapasiti beta ni agak berat dan hanya mampu di bawa baik oleh komputer yang berkuasa tinggi dan berjenama sahaja. Kalau macam tu, PC Cik RR ni memang mampu tolak lombong jela.

Hue, tidak mampu membebel dengan lebih banyak lagi. Hati dah sakit. Sekarang dah pukul 2. Terpaksa juga tidur. Sebab esok nak bangun sahur. Kerja kat Farmville belum siap. Farmville asyik out of sync dekat Chrome. Kat IE saving je. Alamatnya, tak akan siap la sampai bila-bila.
dan Minta Maaf bebanyak pada PIXILstar. Tiada masa untukmu. Huhuhu.

Bila imaginasi Cik RR sudah tidak dapat dibendung lagi. Gara-gara Zynga buat kerja macam haiwan si bunga matahari tu.

0 Beriang Ria:

Powered by Blogger.