Perkara ni dilakukan oleh seorang wanita korea yang berusia 48 tahun, Hang Mioku. Mioku mengaku telah mula menjalani pembedahan plastik semasa berusia 28 tahun. Sejak itu, Mioku mula ketagih untuk melakukan pembedahan plastik pada wajahnya. Mioku memilih untuk mendapatkan khidmat pembedahan plastik yang murah dan tidak selamat untuk memenuhi keinginannya
Wajah Mioku sebelum dibedahplastikkan
Makin lama apabila sudah terlalu banyak melakukan pembedahan plastik, muka Mioku mula menjadi tak berbentuk dan membesar. Walaupun begitu, Mioku tetap menganggap wajahnya cantik dan menarik. Aku yang tengok ni macam nak kena sawan tarik lagi ada lah.
gambar lagi selepas ini
Sebelum dan selepas
Sampai satu masa, doktor tempat Mioku sering mendapatkan khidmat bedah plastik tidak sanggup lagi untuk melayan permintaannya. Doktor tersebut menasihatkan Mioku untuk berjumpa dengan pakar psychiatric bagi merawat ke-obsess-an Mioku terhadap bedah plastik yang dianggap sebagai suatu sindrom dari masalah psikologis.
Perubahan besar yang terjadi pada wajah Mioku menyebabkan keluarga dia sendiri pun tak dapat nak cam dia lagi. Mak ayah Mioku menghantar Mioku ke doktor untuk merawat wajahnya, tapi oleh sebab rawatan tersebut memerlukan biaya yang besar, Mioku kembali melakukan kebiasaan lamanya iaitu mendapatkan khidmat bedah plastik yang murah dan berbahaya.
Hingga akhirnya, Mioku berjumpa dengan seorang doktor yang bersedia memberikan suntikan silikon. Bahkan, dokter tersebut juga memberikan Mioku jarum suntik dan silikon supaya Mioku dapat menyuntikkan silikon ke wajahnya sendiri. Malangnya, bila dah kehabisan bekalan silikon yang diberi kepadanya, dia menggantikan silikon tersebut dengan minyak masak.
Kejadian yang dialami Mioku akhirnya diketahui oleh orang ramai. Melalui satu rancangan di televisyen, penonton merasa kasihan dan memberikan sumbangan untuk Mioku bagi memperbaiki wajahnya kembali.
Pada pembedahan pertama, doktor berjaya mengeluarkan 60 gram cairan asing dari wajahnya, dan 200 gram dari lehernya. Setelah beberapa kali dibedah, wajah Mioku mulai mengecil. Namun, wajahnya masih belum dapat kembali ke bentuk normal.
Mioku menyesal dengan perbuatannya dan berharap agar wajahnya dapat kembali lagi seperti sebelum melakukan pembedahan plastik.
P/S : Pengajarannya, bersyukur lah dengan apa yang dah diberikan Tuhan.
1 Beriang Ria:
siannye..
2 la, muka dah kira cantik tp gedik nak cucuk2..
Post a Comment