12 July 2010

Hari Ni Cuaca Elok Ke Tidak?

Riang-Riang seronok sangat dapat merasa macam-macam masa zaman ni. Benda yang kita kata tidak mungkin masa dulu, pasti akan dijadikan realiti zaman ni. Produk yang Riang-Riang nak hebohkan ini berkonsepkan "Telefon Tingkap" ataupun "The Window Phone" rekaan Seunghan Song. Handphone ini akan bertukar mengikut keadaan ramalan cuaca y'all. Mesti y'all kata nape ke pelik nama nya Telefon Tingkap. asal tak tangga ke dinding ke. Riang-Riang nak bagitau ni, y'all selalu perasan cuaca dari mana? sejuk ke, hujan ke. mesti dari tingkap y'all bukan?

Riang-Riang rasa memang bagus la diorang wat macam ni. Baru la kali ni kita keluar dari fungsi sebenar handphone yang hanya call dan mesej sahaja. sampai Riang-Riang ni dah bosan tengok handphone tu. Handphone ini akan bertukar sama seperti tingkap anda bila cuaca juga berubah.
 


Handphone anda akan bersih sahaja pada Hari yang Tenang. Bila Hari Hujan, handphone anda akan bertukar lembap dan bila anda nak text message atau melukis ke anda hanya perlu meniup sahaja. Erk y'all jangan la kata leceh pula. Jangan risau, sebab telefon ini dilengkapi dengan user interface yang unik yang membantu pengguna untuk menggunakan telefon sesuai dengan suhu.
sambung balik cerita pasal hembus nafas y'all kat henpon tue. Bila y'all hembus nafas tu y'all boleh la mula tulis mesej. Selain itu, Riang-Riang rasa sedang melihat lelaki hensem telefon yang sangat cantik. semart dan luar biasa. Kalau prototaip ni sudah dijadikan realiti, Riang-Riang tak segan-segan keluarkan duit kat bank tu dan jadi orang pertama yang membelinya. Tapi setakat ni tak ada maklumat lagi mengenai harga atau apa-apa mengenainya kerana masih dalam tahap konsep(dicadangkan). Riang-Riang respek sebab Seunghan dapat memikirkan design handphone sebegini.

0 Beriang Ria:

Powered by Blogger.