Assalamualaikum pembaca RR. Alhamdulillah, akhirnya ada juga masa saya berblogging setelah berkurun lamanya tak buka blog (nasib masih ingat password blog, hihihi)
Saya sekeluarga selamat sampai ke rumah Maghrib semalam biasalah balik ke kampung nak sambut Hari Raya Aidil Adha di rumah Mak Mertua jadi sibuk sedikit. Jadi macam biasa-lah lepas balik dari jalan jauh hari ni kerja mendobi dan mengemas pun jadi berganda-ganda la kan. Mana nak basuh kain kotornya, mana nak sidainya, basuh itu basuh ini, kemas sana, kemas sini dan rasanya masak untuk hari ni pun ala kadar jer la ye Encik Asben? (sambil jeling manje pada suami) Hehe.
Lagi pun dengan cuaca jerebu ni satu family jadi kurang sihat dan Encik Asben pula kena kerja pagi ni. Jadi ingat nak memudahkan kerja saya masak guna Pes Sambal yang saya buat sebelum balik kampung itu hari. Alhamdulillah senang kerja saya. Nak masak Nasi Goreng dengan Pes Sambal ni, bukak laci peti ais ada pulak lebih udang geragau masa buat cucur haritu memang elok sangat la. Suami dengan anak-anak pun suka dengan Nasi Goreng ni. Tak payah susah-susah campak-campak je masaknya, senang dan jimat masa.
Okay-lah tak nak cakap banyak jom kita layan resepi Nasi Goreng Geragau ala-kadar saya ini. Hee Selamat Mencuba.
Bahan-Bahan Nasi Goreng Udang Geragau :
✿ 1 biji bawang besar (dipotong dadu)*
✿ 1/2 biji lobak merah (dipotong dadu)*
✿ Udang Geragau (segenggam)
✿ 2 biji bawang putih (diketuk dan dicincang)*
✿ Capsicum/ Lada Benggala Hijau (dipotong dadu)*
✿ Pes Sambal (saya buat sendiri)
✿ Nasi Putih (lebih elok yang semalam punya)
Cara-Cara Memasak :
✿ Panaskan kuali dan masukkan minyak sedikit untuk menumis. Apabila minyak sudah panas masukkan semua bahan yang bertanda (*). Tumis semua bahan itu tadi sehingga naik bau.
✿ 1 Apabila bawang sudah mula nampak layu masukkan pes sambal (Resepi di bawah) lebih kurang 1 1/2 sudu (bergantung pada jumlah nasi). Kemudian gaul rata pes itu tadi bersama dengan nasi
Bahan-Bahan Pes Sambal :
✿ 1 1/2 biji bawang besar (lebih banyak lebih sedap dan manis)*
✿ 3 biji bawang putih*
✿ 15 tangkai cili hijau (dipotong-potong dan dibuang biji cili)*
✿ 5 tangkai cili burung (dipotong-potong dan dibuang biji cili)*
✿ Udang kering (agak-agak untuk sedapkan sambal,tak letak pun tak pe)*
✿ Ikan bilis (diambil sedikit, agak-agak untuk sedapkan sambal)*
✿ 1 biji bawang besar (dihiris halus)
✿ Garam dan gula secukup rasa
✿ 1 kiub ikan bilis
✿ 2 Keping asam keping - (bergantung pada jenis asam)
Note : Semua bahan bertanda (*) dikisar
✿ Tumis bawang besar yang dihiris-hiris tadi dan kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan tumis dengan minyak secukupnya.
✿ Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa, 3 - 5 keping asam keping.
✿ Selepas itu masukkan kiub ikan bilis dan kacau rata dengan api perlahan hingga sambal pecah minyak dan garing,
✿ RR selalu masak lebih kurang 1 jam. Memasak sambal ni perlu pandai agak2 minyak tu masa memasak supaya sambal tak mudah kering dan hangit semasa proses memasak.
✿ Setelah sambal pecah minyak,sejukkan dan boleh masukan kedalam bekas bersih bertutup rapat dan boleh disimpan dalam freeze dan boleh bertahan hingga 2 minggu lebih.
✿ Semasa hendak mencedok sambal, gunakan sudu bersih yang kering.
✿ Setelah itu masukkan udang geragau ke dalam nasi dan kacau sebati bersama-sama bahan tadi. Selalunya RR tak masukkan dah garam ke dalam nasi sebab dalam pes sambal tu dah cukup rasa. Tapi kalau korang rase macam tak cukup masin boleh je tambah perasa bagi mabeloss and meletopsss.
✿ Kacau Nasi Goreng sebentar dan boleh tutup api.
✿ Nasi Goreng Udang Geragau siap untuk dihidangkan dan boleh la makan nasi goreng ini panas-panas.
0 Beriang Ria:
Post a Comment