Diharapkan semua pembaca Riang-Riang sihat sahaja ye...
Okaylah, tanpa buang masa Cik RR nak perkenalkan anda dengan Resepi Aiskrim hari ni yang memang kedebabommm. Dah la sekarang kan musim tak berapa nak sejuk kan. Jadi resepi kali ni Insyallah mampu menyejukkan anda dan bahkan bukan itu sahaja ianya juga sihat. Hee, jom layan resepinya di bawah!
Aiskrim Buah-Buahan Bersama Sayur-Sayuran
Bahan-Bahannya adalah :
Timun Jepun
Karot (Bergantung pada berapa banyak anda nak buat, Cik RR guna sebatang sahaja)
Buah Pear
Madu (Cik RR guna dalam 5ml)
Tepung Beras Pulut (Cik RR guna 5g sahaja)
Cara-Cara untuk membuatnya :
1. Tiga bahan utama yang kita gunakan untuk aiskrim ini haruslah dipotong-potong terlebih dahulu. Nak potong macam mana tu ikut sukahati anda lah ye. Yang penting masa kita nak blend nanti dia betul-betul hancur. Melainkan anda blender yang memang mahal masuk terus tu lain citer lah ye. Setelah semuanya siap, boleh la kita proceed yang seterusnya.
2. Kemudian kita blend buah pear bersama dengan sedikit karot dan setengah lagi buah pear akan di blend bersama dengan timun itu tadi. Setelah semua di blend dengan hancur ia sama dengan gambar di atas.
3. Setelah siap di blend bahan-bahan tadi anda kena panaskan kedua-duanya. Buat dengan api yang perlahan-lahan. Kemudian masukkan 2.5g tepung beras pulut dan 2.5ml madu pada setiap satu bahan. Agak-agak ia dah masak dan pekat boleh tutup api dan letak ia ketepi.
4. Inilah hasil bahan yang kita telah masukkan madu dan tepung beras pulut itu tadi. Biarkan ia sejuk seketika.
6. Simpan dalam peti ais lebih kurang 5 jam. Sementara tu boleh la buat preparation nak tangkap gambar. Heheh. Dan apabila aiskrim anda sudah keras bolehlah ia dimakan. Tadaaaa~
*Tips : Ada sesetengah orang tidak suka rasa karot atau lobak (tidak termasuk saya), jadi saya letakkan buah pear supaya rasa sayur-sayuran tidak terasa. Malah resepi aiskrim ini juga sangat sihat kerana saya menggunakan sepenuhnya bahan yang asli sebagai perasa iaitu madu sebagai pengganti gula. Jadi sekiranya anda rasa tidak berapa manis anda boleh meletakkan madu mengikut citarasa anda! Bahkan manis dari buah pear itu sendiri akan memberi rasa yang sangat sedap dan sihat untuk anda dan sekeluarga! Selamat Mencuba!
0 Beriang Ria:
Post a Comment