09 September 2013

Gambar Step-By-Step: Cara Membuat Makanan Tradisional Korea, Kimchi


Kimchi merupakan makanan tradisional Korea. Kimchi boleh dibuat daripada  napa cabbage (kobis cina), timun, lobak dan daun bawang. Kebiasaannya kimchi dibuat guna napa cabbage.

Bahan sos
* 1 cawan serbuk lada merah (serbuk lada paprika)
* Air secukupnya bagi menggaul ke semua bahan
* 2 sudu besar sos ikan
* 2 sudu besar gula
* 1 sudu besar bawang putih tumbuk
* 1 sudu kecil halia tumbuk
* 4 batang daun bawang












Cara membuat kimchi

  • Pilih kobis panjang yang bersaiz gemuk pendek kerana rasanya lebih sedap dan sesuai di buat kimci.
  • Potong bahagian atas kobis berbentuk + dan koyakkan sahaja menjadi 4 bahagian
  • Celup kobis sekali di dalam air supaya tidak rosak
  • Tabur garam kasar pada setiap lapisan kobis panjang. Simpan dalam bekas dan bubuh sedikit sahaja air tetapi jangan di rendam. Biar 6 jam kerana garam akan mengeluarkan air daripada dalam kobis.
  • Bilas kobis dengan dicelup-celup di dalam air sebanyak 3 kali. Toskan airnya sehingga kering
  • Sementara itu buat sos dengan mencampurkan kesemua bahan ini ke dalam besen
  • Lumur sos pada setiap helaian kobis sehingga rata. Lakukan dengan lembut supaya kobis tidak koyak atau patah.
  • Kemaskan semula daun kobis yang dilumur tadi dan ikat dengan helaian daun yang atas sekali. Genggam sekejap bagi memastikan tiada udara tersimpan di antara celah-celah daun.
  • Selepas itu, simpan dalam bekas.
  • Ia boleh di makan terus sebagai salad kimci segar atau anda boleh menjeruk kimci dengan membiarkan dalam suhu bilik selama 1 hari dan kemudian simpan dalam peti sejuk. Bila hendak di makan, keluarkan kimci dalam kuantiti yang diperlukan dan simpan selebihnya. Ia boleh tahan sehingga berbulan-bulan.

Sumber : Wanista

2 Beriang Ria:

siMati said...

Salam.. kalau Tak simpan dalam peti sejuk.. kimchi cepat rosak Tak? Sy tggal di hostel so xde peti sejuk T_T

Ika Zul said...

@nur as-sakinah

Maaf lambat reply. Insya Allah boleh bertahan. Memang function Kimchi ni macam jeruk juga.

Orang Korea dulu cipta Kimchi ni sebab tak ada peti sejuk juga. Tapi buatlah kuantiti yang sedikit dahulu. Insya Allah bertahan :)

Powered by Blogger.